“Suruh Ambil Buku Buat Muka, Suruh Buat Kerja Sekolah Bergenang Air Mata” Mencabar Bila Ibu Jadi Cikgu Di Rumah

Share

Pejam celik pejam celik dah masuk 18 hari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Maknanya dah 18 hari juga kita duduk di rumah bersama ahli keluarga. Mungkin ada yang dah serupa hantu Kak Limah terjerit-jerit depan anak-anak.

Makin lama terasa makin mencabar pula melihat perangai anak-anak setiap hari selama 24 jam. Belum lagi ditambah dengan perangai si bapa. Paling mencabar bagi ibu-ibu sudah pasti apabila mengeluarkan arahan agar anak-anak menyiapkan kerja sekolah ataupun mengulang kaji pelajaran. Fuhhh nak tercabut anak tekak kan bila anak tak bagi kerjasama?

Patutlah guru-guru disekolah terpaksa menghukum anak-anak murid jika mereka ingkar. Semuanya bertujuan untuk mendidik anak kita agar patuh dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Encik Mohd Fadli Salleh berkongsi pengalaman ibu-ibu apabila terpaksa mengajar anak di rumah.

Aku tanya seorang beberapa orang parent, apa kesukaran paling tinggi masa mengajar anak mereka di rumah. Ini antara respon mereka.

“Anak akak, baru suruh ambil buku dah buat muka. Mula kata mengantuk, mula kata penat, mula kata lapar nak makan, mula nak mandi. Masa kita suruh belajar semua benda lain dia nak buat. Geram betul.”

“Saya pula cikgu, suruh buka buku dan buat. Bila tanya cakap faham. Bila suruh buat tak boleh. Katanya tak faham, nak tanya saya takut.”

“Anak saya pula sikit-sikit menangis. Bayangkan cikgu, suruh ambil buku dah bergenang airmata. Suruh tulis punya la lambat Ya Auowwoh (nada pelakon sinetron Indon).

Bila saya tinggikan suara sikit menangis. Bukan marah, bukan pukul. Lepas tu merajuk tak nak buat. Nak buat macamana cikgu? Tolong la saya.”

“Saya langsung tak boleh ajar cikgu. Geramnya Ya Ampunnnn. Kita ajar lain dia buat lain. Kita marah dia menangis. Saya suruh anak saya yang besar je ajar.”

Haaa, apa pula masalah yang kalian hadap? Tulis-lah kat komen. Sama-sama kita hilang sabar bersama. Haha.

Kita perlu berterima kasih pada guru-guru yang mengajar anak kita menjadi anak yang pandai. Anda sendiri merasai bukan senang untuk mendidik anak-anak yang mempunyai pelbagai perangai dan ragam. Setuju?

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Baca:

Published by
NuFa