“Susah Berak Sampai Berdarah, Usus Bengkak”. Ibu Sebak Anak Setahun Lebih Kanser Saraf Tahap 3

Share

Susah berak sampai berdarah, usus bengkak, ibu ini sebak anak baru setahun lebih alami kanser saraf tahap 3.

Ibu mana yang dapat menahan rasa melihat anak sendiri menanggung kesakitan. Perkongsian Puan Maryiam Edran tentang anaknya, Mawar Hanania ini pasti membuatkan air mata menitis laju. Membayangkan tubuh anak kecil sedang berjuang melawan barah.

Pucat & susah nak buang air besar. Seminggu sekali sahaja kadang-kadang tu berdarah.  Rupanya Mawar alami masalah usus.

Mawar dirujuk ke hospital kerajaan. Bila X-ray, doktor kata “usus anak awak ni bengkak.”

Nampak sendiri buah pinggang Mawar ada mass. Ketumbuhan besar 12cm. Ketumbuhan 12cm pada budak 1 tahun lebih adalah besar sangat-sangat.

Mawar perlu jalani bone marrow & hasil diagnosis disahkan Right Neuroblastoma (kanser saraf) tahap 3. Akan jalani 7 kitaran kimoterapi, pembedahan & radioterapi.

Mama sedih tengok Mawar muntah, demam & tak selera. Pernah tak boleh berjalan sebab terlampau lemah.

Nak tampung perbelanjaan lain, kami anak beranak cukup-cukup makan je.

 

Bakal jalani kimoterapi ke-4.Mama harap  Mawar kuat, lepas habis kimoterapi akan bedah buang ketumbuhan pada buah pinggang.

Mawar juga ada 5 ketumbuhan lain selain di buah pinggang.

Doakan Mawar untuk terus kuat dan kuat.

Sumber: Mariam Edran

Published by
Azma ML