Masalah anak sembelit memang boleh buat hidup seorang ibu jadi susah hati. Siapa tak risau bila setiap kali nak buang air besar, anak akan menangis sekuat hati sampai merah muka dan meneran bersungguh-sungguh tapi najis tak keluar juga.
Rasanya ramai ibu pun mengalami masalah yang sama iaitu anak sukar buang air besar atau sembelit. Sebenarnya masalah sembelit sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang menyusu susu ibu tetapi bagi bayi yang minum susu formula, risiko untuk mereka terkena sembelit adalah sangat tinggi.
Ini antara tanda-tanda biasa menunjukkan si kecil mempunyai masalah sembelit. Cuba periksa anak anda.
Menyedari hal tersebut, Puan Herny Hafiz berkongsi tip mengatasi masalah bayi sembelit mengikut pengalaman dan pembacaannya.
Apa nak buat bila baby sembelit berak keras (refer bristol stool chart)
6-7 bulan
beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving) – buah naga, avocado, betik,plum
elak buah buahan ini ( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit) – epal, pisang,
beri makanan berasaskan
>timun (buang kulit), labu, butternut, zuchini (buang kulit)
elak beras kalau dah start makan bubur nasi :guna baby mix porridge millet quinoa
elak /delay karot dan kentang
elak sayuran hijau cth bayam , brokoli. delay lagi 1-2 bulan. > wajib letak 1-2 sudu oil & fat cthnya ghee, olive oil, virgin coconut oil
elak/ delay ayam, daging, ikan untuk 1 bulan lagi
> dapatkan protein dari sumber millet, quinoa, bean. kalau guna green peas cukup 5- 10 biji sahaja.
beri air kosong 1-3 oz semasa makan (sebelum selepas)
Semoga dengan mengamalkan tip yang dikongsikan tersebut membantu mengatasi masalah si kecil yang kerap sembelit.