Semalam tular berita dimana seorang wanita hamil disahkan positif Covid-19 di Kelantan dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.
Artikel berkaitan: Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid-19, KKM Cari Kontak Rapat
Rentetan itu ramai Netizen yang melepaskan kemarahan di sosial media. Memetik laporan daripada Hmetro, Ibu kepada wanita hamil tersebut, Puan Norazlina Abdul Rahim memohon agar netizen menghentikan kecaman terhadap anaknya itu.
“Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.”
Ada Surat Kebenaran Rentas Negeri
Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.
“Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu. Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suami anak saya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.
“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.
Anak Saya Mula Tertekan
“Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu. Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaman itu,”
Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita apabila pihak hospital menghubungi memaklumkan dia positif Covid-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.
“Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Malah, pagi ini saya sempat ‘video call’ (panggilan video) dengan anak saya dan setakat ini keadaan anak saya dalam keadaan baik.
Mungkin Perlu Melahirkan Bayi Secara Pembedahan
“Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif Covid-19,” katanya yang mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.
Akhbar melaporkan, wanita hamil yang positif Covid-19 di Kelanyan, dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Sumber: Hmetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI