Umur bayi semakin bertambah. Berat badan anda pun bertambah jua. Nampak gaya ia seperti sukar kembali kepada berat asal sebelum hamil.
Usah khuatir kerana situasi sebegini dihadapi oleh kebanyakan ibu selepas bersalin. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sukar menurunkan berat badan.
Sekiranya anda sudah mengamalkan pelbagai tip mengurangkan berat badan tetapi ia tidak berkesan, itu bererti anda ada melakukan satu atau kesemua perkara berikut.
1. Elak bersarapan pagi
Makan sarapan membekalkan tenaga. Ia penting untuk anda memulakan hari dan kekal cergas sepanjang masa. Malah, dengan mengambil sarapan pagi jua membantu metabolisme tubuh berfungsi dengan lebih efisyen.
Apabila ada bayi, anda mungkin kesuntukan masa menguruskan suami, anak dan urusan rumah tangga. Anda perlu ingat, tidak perlu ambil sarapan pagi yang mewah. Cukup sekadar semangkuk oat atau dua keping roti mahupun sandwic telur bersama buah-buahan kering.
2. Terlupa makan
Bila terlalu banyak urusan yang perlu dilaksanakan, maka anda menjadi sangat sibuk kerana mahu menyelesaikannya dengan sempurna. Malangnya, kadang-kadang anda terlupa untuk makan.
Ads
Mungkin juga anda beranggapan dengan tidak makan pada waktu makan yang sepatutnya anda dapat mengurangkan kalori dan seterusnya menurunkan berat badan. Salah tanggapan sebegitu.
Apabila kerap melakukan perkara sebegini, anda sebenarnya akan berasa sangat lapar apabila urusan kerja mula kendur dan akhirnya menjamah makanan dalam jumlah yang lebih banyak daripada yang patut diambil.
3. Makan makanan anak
Apabila anak tidak habis makan, anda berasa sayang dan tidak mahu membazir lalu memakannya. Tindakan ini menjadikan anda makan dua kali tanpa disedari.
Jadi, sebaik-baiknya kurangkan sikap mahu menghabiskan makanan anak. Jika makanan itu masih elok, mungkin ia boleh disimpan dan dimakan semula pada waktu yang lainnya.
Ads
4. Makan tengah malam
Selepas berhempas pulas menguruskan hal rumah tangga sebaik pulang dari tempat kerja, anda berupaya menarik nafas lega dan mula berasa lapar. Namun, ketika itu sudah hampir tengah malam.
Ketahuilah, amalan makan tengah malam adalah antara penyebab yang mudah menyebabkan anda menambahkan berat badan. Jika berasa lapar ketika ini, cuba ambil makanan berkhasiat seperti salad, buah atau yogurt. Paling tidak pun, anda boleh minum susu.
5. Makan sambil berdiri
Ads
Sibuk melayan kerenah anak tetapi pada masa yang sama, perut sudah berkeroncong. Oleh kerana tidak mahu diri kelaparan, maka anda pun makan sambil berdiri.
Ada satu kajian menyatakan bahawa amalan makan sambil berdiri tidak baik kerana ia boleh menjadi punca kepada amalan makan berlebihan tanpa disedari.
6. Tidak cukup tidur
Apabila ada anak kecil, sudah menjadi sesuatu yang norma bila si ibu mengalami masalah tidak cukup tidur.
Malah ada kajian membuktikan bahawa apabila tidur tergangu, paras kortisol meningkat lalu menyebabkan metabolisme tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik semasa membakar kalori.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Zizie Izette baru sahaja melahirkan bayi kembarnya 2 bulan lepas tapi penampilannya ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan pelakon popular Fazura dan Fattah yang berlangsung kelmarin memang mengagumkan ramai peminatnya.
Pelakon putih gebu ini sempat berkongsikan OOTD nya sebelum ke majlis tersebut yang lengkap berbusana hijau di dalam laman Instagram peribadinya. Walaupun sekadar berkongsi sekeping gambar, namun mendapat puluhan ribu ‘like’ daripada pengikutnya yang rata-rata kagum dengan bentuk badan ibu anak kembar ini.
Ramai netizen memuji penampilan Zizie yang begitu langsing dan ramping selepas melahirkan anak ditambah pula dengan seri ibu yang jelas terpancar di wajah bahagianya. Bukan itu sahaja, mereka juga meminta beliau berkongsikan tip dan rahsia mendapatkan kembali bentuk badan normal bahkan lebih langsing daripada sebelum ini.
Macam mana ramai yang tidak kagum dengan bentuk badan Zizie Izette sekarang kerana berat badannya ketika hampir hendak bersalin mencecah sehingga 90kg seperti yang dikongsi dalam Instagramnya sebelum ini.
Mungkin kesibukan menjaga sepasang anak kembar juga menjadi salah satu penyumbang Zizie Izette kembali langsing selepas bersalin walaupun isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini mempunyai ramai pembantu yang menguruskan si kembar.
Melihat kepada kebahagiaan dan kegembiraan menimang cahaya mata kembar dan rezekinya untuk kembali langsing nyata pelakon senior ini juga bertuah kerana tengok sahaja di mana dia menjalani tempoh berpantangnya selama sebulan.
Kalau dah mampu apa salahnya kan, suami memberikan penjagaan terbaik dan selesa untuk isteri yang sudah susah payah melahirkan anak kembar. Mungkin juga di tempat ini, Zizie Izette menerima penjagaan rapi bab pemakanan ibu berpantang sehingga mampu mendapat kembali bentuk badan asal dalam tempoh sebulan selepas bersalin!
Jahitan bersalin terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.
Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu lepas bersalin. Dalam tempoh dua minggu lepas bersalin risiko luka ini terbuka sangat tinggi.
Sebab itu, ibu kena lebih berhati-hati dan jangan terlalu lasak. Berjalan pun mesti kena beringat. Bagi yang menjalani proses ceaser luka di bahagian tersebut pun kena jaga sebaiknya kerana risiko untuk jangkitan kuman boleh berlaku.
Berikut perkongsian dari Dr Hana untuk peringatan semua ibu dan tip yang perlu dilakukan untuk mencegah luka bersalin terbuka.
LUKA SAYA TERBUKA!
Bekerja di klinik ibu dan anak, Dr Hana banyak terima rujukan kes episiotomy dan luka bersalin yang terbuka semula. Yang Dr Hana terpaksa jahit semula pun ada.
Seorang ibu yang baru 7 hari bersalin dirujuk kepada Dr Hana dengan episiotomy wound gapping. Bila diperiksa, semua benangnya dah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum.
Tak sempat Dr Hana tanya, beliau sendiri mengaku dah guna D***** untuk cuci luka. Mungkin tak serasi, atau cecair antiseptik tu tak dilarutkan dulu sehingga boleh menghakis benang jahitannya.
Sakit bersalin pun masih terasa, lepas tu sakit pula sebab luka terbuka semula. Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabaran ibu-ibu semua dengan ganjaran berlipat ganda.
Secara umumnya luka episiotomi/jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2-4minggu. Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuang setelah luka sembuh.
Jangan lupa share dan tag ibu-ibu yang bakal dan baru bersalin
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal memulakan sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Mei ini.
Jelas Siti, pembedahan minor yang dijalani selepas persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 beberapa minggu lalu adalah persiapan awal untuk rawatan terbabit.
“Saya dalam tempoh yang hampir pulih dah, pembedahan sebelum ini hanyalah pembedahan kecil sahaja.
“Doktor pun menasihati saya untuk bersenam dan menjalani rutin seperti biasa sebelum memulakan rawatan IVF.
“Insya-Allah jika tiada halangan saya akan memulakan rawatan itu selepas raya (Aidilfitri),” katanya kepada Gempak.
Siti ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan Haney D’Jiwa di EQ Plaza Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebelum ini Siti memberitahu niatnya untuk menimang cahaya mata lelaki pada tahun ini menerusi rawatan IVF.
Malah, pelantun lagu Terang itu bakal berehat panjang bagi memenuhi tuntutan proses berkenaan.
Pada 2015 Siti pernah mengalami keguguran dan kemudiannya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang berusia 2 tahun.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.