Susah Nak Jumpa Cream Cheese, Wanita Ini Buat Sendiri & Kongsi Resipi Homemade Cream Cheese

Share

Wow..rupanya krim keju atau cream cheese boleh dibuat sendiri di rumah dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Memang sangat mudah resipi perkongsian ini.

Selamat mencuba!

Hari tu susah hati tak jumpa cream cheese kan. Buat sendiri…settle masalah. Lepas ni boleh la nak buat roti korea pun..🤪 Nak buat kek pun takda hal..

Resipi Homemade Cream Cheese

Bahan-bahan:

🥭 1 liter susu full cream jenama tak kisah
🥭 4 sudu makan lemon @ cuka
🥭 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

🍉 Masak susu hingga mendidih, kemudian kecilkan api.
🍉 Masukkan lemon atau cuka. Kacau hingga nampak mengental seperti susu
basi kemudian matikan api.
🍉 Tapis dengan penapis teh.
🍉 Pukul dengan mixer atau blender kemudian tambah garam. Sekian!

Selamat mencuba!

Credit : Dee Diana Haser

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

 

Published by
NuFa