Berbanding air kosong, air manis buat anak lebih tertarik. Namun bila diberikan air kosong, anak mula liat dan menolak untuk minum. Akibatnya jumlah air dalam badan yang sepatutnya diambil anak tidak mencukupi.
Mulalah bibir menggelupas teruk dan sebagainya. Semuanya bermula dari kurangnya pengambilan air yang wajib diambil anak-anak kecil kita.
Pengambilan air seharusnya dibiasakan dalam rutin pemakanan anak-anak kita malah anak perlu diajar untuk menjadi pencinta air kosong kerana baik untuk tubuh mereka. Ada beberapa tip bagi memastikan anak lebih gemar minum air kosong. Berbelanja lebih sikit tak apa, asalkan anak sihat. Ini yang cuba disampaikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Susah hati kan kalau tengok bibir anak anak mengelupas. Silap haribulan siap terluka dan berdarah lagi. Waktu tu kencing pun mungkin nampak pekat dan kuning sangat petanda badan tak cukup air (dehydration).
Tapi kalau dah sampai ke tahap sembelit masa nak buang air besar, maknanya keadaan dah teruk sangat. Nak rawat keadaan macam ni, dah tentulah kena minum banyak air.
Cuma budak-budak ni kadang tu memang mencabar bila kita nak suruh minum air. Anak anak saya pun sama je.
Jika kalian tengah berdepan masalah macam ni, apa kata mak ayah cuba amalkan 7 cara mudah ni untuk ajak anak minum air tanpa kena paksa:
1. Carikan cawan atau gelas yang cantik dan menarik. Tanyalah si kecil tu apa yang dia suka. Kalau si kecil tu jenis minat kartun ke, suka gambar princess ke, hadiahkanlah dia bekas macam tu. Barulah dia makin seronok nak minum air.
2. Sediakan botol khas seorang satu bagi setiap anak. Ini pun sama. Kalian belilah botol warna warni ikut kesukaan anak. Biarlah kena keluar duit sikit pun. Yang penting anak anak kita sihat dan tubuh dia tak mengalami kekurangan air.
3. Latih anak untuk ambil air sendiri dari bekas air kemudian hidangkan kat atas meja. Bila dah berjaya buat sendiri, makinlah si kecil tu excited. Waktu tu kita tak payah nak arahkan. Nanti dia sendiri sukarela untuk habiskan air tu.
4. Saya suka tengok ice cube pelbagai bentuk. Anak anak lagilah teruja bila nampak. Bentuk dolphin la, bentuk fish la, bentuk love. Yang ni kita cuma perlu sediakan ice cube tray tu dan buat sendiri ice kat dalam fridge. Sesekali letakkan ice cube comel tu kat dalam cawan anak. Confirm berlumba-lumba dia orang datang nak minum air.
5. Ajak anak anak lakukan aktiviti siapkan jus buah sama-sama. Kemudian berilah pujian sedapnya jus dia buat. InsyaAllah anak anak akan terhibur dan lebih seronok untuk minum jus tersebut.
6. Sekali sekala bagi anak anak gunakan silly straw untuk minum air. Kalau dapat silly straw ni, sure dah tak payah berperang tiap kali nak suruh minum air. Hihi.
7. Paling penting, kita pun kenalah tunjukkan teladan yang baik. Ingat ye, children see children do. Tunjuk yang kita pun suka sangat sangat minum air dan puji mereka tiap kali mereka lakukan perkara yang sama. Trust me, anak anak bahagia betul kalau dapat attention daripada mak ayah sendiri.
Tolong saya #sebarkan ilmu tentang minum air ni pada seluruh keluarga dan sahabat Facebook ye. Mungkin ilmu yang sedikit ni la yang akan buatkan anak anak kita makin sihat dan payah nak jatuh sakit.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Artikel berkaitan: Jika Anak Batuk Berkahak Sekali Dengan Selesema, Banyakkan Minum Air Kosong
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)