Semakin anak membesar, tidak dinafikan semakin banyak karenahnya untuk menerima satu-satu jenis makanan. Ada anak-anak yang sudah mula memilih makanan dan menolak makan nasi.
Jangan kalah dengan anak sebaliknya cuba idea kreatif daripada nasi yang diolah semula. Resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ain ini boleh mama cuba. Awesome!
Assalamualaikum, saya share beberapa resepi boleh buat untuk anak yang susah makan nasi. Resepi ada di setiap gambar.
Egg Rice Muffin
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
Bawang merah, bawang putih
Lobak merah dan bayam
Ayam cincang
Cream cheese
Telur
Daun pasli
Tumis bawang dan masukkan ayam.
Masukkan sayur, serbuk ayam dan cheese.
Masukkan nasi dan gaul rata. Boleh tambah air kalau nak nasi basah-basah sikit.
Masukkan dalam cup dan letak 1-2 sudu telur setiap cup, taburkan daun pasli.
Bakar 15 minit dengan suhu 180 C. Siap!
Apam Nasi Baby Version
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/4 cawan air suam
3 sudu puri kurma
1/2 cawan puri buah naga
1 cawan tepung unbleached
1 cawan tepung beras
1 sb yis
Blend nasi, air suam dan puri kurma hingga sebati.
Ads
Campurkan pula semua bahan kering.
Masukkan puri buah (warna akan bertukar agak pink)
Masukkan dalam bekas, letak puri buah naga atas apam. Lorekkan.
Kukus 15 minit.
Pasta Baked Cheese
Bahan-bahan:
Pasta prego -direbus
Bawang merah, bawang putih
Lobak merah, brokoli
Ayam cincang
Sedikit pes tomato
60ml susu full cream
1 sk serbuk ayam homemade
Tumis bawang dan masukkan ayam dan pes tomato.
Masukkan sayur dan serbuk cheese.
Masukkan susu segar dan cream cheese. Kacau sebati.
Ads
Kemudian masukkan pasta dan kacau sebati.
Masukkan dalam beka dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180 C.
Siap!
Bread Pocket Carbonara
Bahan-bahan:
Roti putih
Ayam cincang
Kentang -kukus
Lobak merah, brokoli -kukus
60ml susu full cream
1 sb cream cheese
Bawang putih, bawang merah
Serbuk cheese
Kukuskan kentang dan sayur hingga masak.
Tumis bawang dan kemudian masukkan ayam.
Masukkan susu dan krim cheese. Masukkan sayur dan serbuk cheese. Siap!
Ads
Buang tepi roti, gelek roti wholemeal sampai nipis dan potong dua.
Letak inti di hujung dan lipatkan. Kelim guna garpu.
Celup dalam telur dan tabur daun pasli. Goreng sekejap atau boleh letak dalam air fryer selama 15 minit, 160 c.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja donat, anak-anak melompat suka. Mana taknya, rasa donat yang lembut dan gebu ditambah pula taburan gula di atasnya buat anak-anak suka.
Macam mana nak buat donat cara mudah? Resipi sukatan donat satu cawan yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohamad ini mama kena cuba. Senang!
Resepi Donat 1 Cawan. Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. Begitu syulitttt. Tak pa. Hari ni kita buat satu cawan tepung je.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
*Ni semua campur, gaul dan uli sekejap.
*Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung.
Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.
Perap lagi 30 minit. Lepas tu goreng. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.
Hidangan minum petang sudah semestinya menjadi kewajipan bagi kita sekeluarga. Tidak sah tanpa sepinggan kuih bersama secawan teh panas yang menyegarkan petang hari. Namun hidangan atau menu bagaimana yang menjadi kesukaan anak-anak dan suami?
Apam Kampung antara kuih tradisi yang paling senang untuk disediakan. Resipi perkongsian Pn SuiSan Aleizha ini cukup mudah. Hanya empat bahan sahaja, apam tersedia buat keluarga. Jom cuba!
Sepetang bersama Apam Kampung & Teh panas. Kuih orang dulu-dulu, alhamdulillah sempat belajar dengan Uwan & arwah mak. Saya sertakan resepi jika ada yang berminat.
Resepi:
1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
2 senduk gula pasir
1 senduk setengah gula merah ( bancuh dengan air panas, kemudian sejukkan)
Gaul tepung bersama mauripan bagi sebati, kemudian masukkan gula pasir ratakan.
Masukkan air gula merah dan air manis ikut masing-masing. Bancuh jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat, sedang-sedang je. Tutup rapat dengan dulang atau tutup periuk. Biarkan beberapa minit.
Kemudian dah berbuih-buih, kacau semula, isi dalam talam kukus 20 hingga 25 minit.
Pastikn air dalam kukus betul-betul mendidih, dah masak angkat sejukkan baru potong.
Kelapa parut jangan sampai tempurung, gaul sedikit garam dan gaul dengan apam.
Siap!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Rugi kiranya jika ada yang belum merasai keenakan rasa Puding Buah Kuah Kastard sebagai pilihan menu pencuci mulut yang begitu lazat dimakan sejuk. Kelembutan tekstur puding bersatu dengan buah yang segar menjadikan menu ini bukan sahaja mampu menawan selera orang dewasa malah kanak-kanak juga akan teruja untuk menikmatinya.
Sementelah jika ada yang ingin mencuba untuk menyediakan menu ini untuk keluarga, apa kata sediakan seperti resipi yang dikongsikan oleh Mr Ali. Pasti puas hati!
Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.
(Kuah Kastard)
2 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
secubit garam
Cara-Cara
Puding:
1.Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
2.Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
3.Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
Kuah Kastard:
1.Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
2.Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
3.Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.