Bukan mudah nak buat anak sulung faham yang mereka akan dapat adik baru. Kalau anak yang dah besar sikit mungkin boleh faham, tapi kalau menjadi abang atau kakak pada usia yang masih kecil mungkin menyebabkan mereka ‘memberontak’. Ketika inilah akan banyak drama air mata berlaku.
Buat beberaoa cara ini untuk pastikan mental dan emosi anak sulung bersedia menerima adik baru:
Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.
Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!
Perut Yang Semakin Membesar
Ads
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.
Kelapa parut yang kita simpan di dalam peti ais sebenarnya masih elok digunakan jika tahu cara terbaik untuk menyimpannya. Nak buat macam mana?
Perkongsian Ani Zam ini anda kena cuba. Bukan sahaja masih elok digunakan bahkan masih boleh digunakan sehingga tiga bulan lamanya. Kena cuba!
CARA SIMPAN KELAPA PARUT AGAR TAHAN LAMA
Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama.
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata (fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan)
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.
5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut.
Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.
Sejak berita penularan wabak HFMD makin meningkat, ramai ibu bapa mula risau nak bawa anak keluar berjalan atau melakukan aktiviti luar rumah. Kebanyakannya berpendapat ada baiknya duduk di rumah sahaja daripada terpaksa lihat anak menderita sakit. Itu saja caranya.
Namun bagi ibu bapa yang terpaksa juga bawa anak keluar atas sebab-sebab tertentu, langkah pencegahan perlu memandangkan sekarang ini pelbagai wabak penyakit ada.
Nak mudah boleh ikut tip ibu ini, Hani Mynis dalam menyediakan barang keperluan khas untuk anaknya keluar lagi-lagi waktu wabak HFMD sedang merebak.
Sekarang ni musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kita orang bawa dia berjalan terutamanya ke pasaraya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah (kesian anak ibu, paranoid punya pasal setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground”).
Oleh itu, kita orang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan barang yang kita orang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang.
Ingat tak hani pernah kongsi ‘Medical kit Aqil’ haritu? Kit perubatan Aqil ni memang kitorang wajib bawa kalau balik kampung atau berjalan jauh-jauh/melancong.
Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni.
Memandangkan ada yang tanya apa yang wajib bawa dalam beg jalan Aqil ni, Hani kongsikan untuk semua ibu bapa.
Walaupun tiga kali Aqil kena HFMD bukan lah semata-mata disebabkan indoor playground/troli pasaraya, this is the least that we can do. Kita tak boleh kawal kebersihan semasa di taska/rumah pengasuh.
Apa yang penting selain kita ambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya upaya elakkan anak terkena HFMD ialah kesedaran untuk kuarantin anak kita kalau dia dah terkena HFMD untuk mengelakkan anak kita menjangkiti kanak-kanak lain.
Semua ibu idamkan anaknya jadi manusia yang bijak pandai. Tentu sahaja ada amalan yang kita mesti buat dalam usaha mendidik anak menjadi anak yang bijak.
Selain memberikan rangsangan positif, menyediakan peralatan belajar yang terbaik dan memberi anak makanan berkhasiat yang baik untuk otak, ibu ayah juga mesti sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk membantu usaha mendidik anak yang bijak.
Ada pelbagai doa yang boleh kita amalkan tapi tak salah kalau kita ikut amalan doa yang sudah sekian lama dipraktiskan oleh seorang ibu ini. Atas keizinan dari Allah, hajatnya untuk mendapat anak yang bijak dimakbulkan oleh Allah asbab dia istiqomah mengamalkan doa tersebut.
Amalan tersebut diceritakan kepada adiknya Pengiran M. Nizam Rahman yang kemudian mengambil inisiatif untuk berkongsi amalan tersebut kepada semua ibu ayah di laman facebook beliau. Semoga ilmu yang beliau sebarkan ini memberi manfaat kepada semua dan dia diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. InsyaAllah…
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakan tekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.