Si kecil menunjukkan simptom sukar untuk tidur dan menghantuk kepala ke dinding rupanya tanda-tanda si kecil sedang stres. Pengalaman ini dikongsikan oleh ibu ini dalam rancangan TV Pa&Ma.
Puan Siti Fairuz berkongsi tentang puterinya Nur Zalfa Basyirah, 5 tahun yang pernah disahkan mengalami stres.
“Saya mula mengenalpasti anak mengalami stress apabila dia mula menunjukkan simptom-simptom hilang selera mkn. Apabila menangis, berguling di lantai. Hantukkan kepala ke dinding. Menarik rambut hingga gugur. Sistem tidurnya jadi tidak betul. Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Adakalanya dia mula hilang kawalan bila kita cakap sekejap lagi, atau pun esok kita akan beli atau akn pergi ke sesuatu tempat itu,” kata Fairuz mengimbau pengalamannya.
KULIT KERING & BIBIR MENGGELUPAS
Menurut Fairuz, apabila Basyirah stress, secara tidak lansung kesihatan anak kecilnya itu mulai terganggu. “Kulit badannya menjadi kering. Bibir juga menggelupas dengan teruk.
GARU KEPALA SAMPAI BERDARAH, BERAT TURUN MENDADAK & EKZEMA
Basyirah turut menggaru kulit kepalanya sehingga berdarah. Paling menyedihkan ialah apabila berat badan anak kecil ini turun mendadak & doktor mengesahkan dia menghidapi ekzema (stage 1/2). Dek kerana melihatkan keadaan Basyirah yang luar dari kebiasaan, Basyirah telah dibawa mendapatkan rawatan pakar kanak-kanak memberi rawatan kepada dia.
DOKTOR MULA TEKANKAN MENGENAI STRES KEPADA KANAK-KANAK
Doktor yang merawat memberi tips, agar lebih baik mencegah dari merawat. Doktor juga menasihatkan agar saya bertenang menghadapi perubahan yang dilakukannya.
“Doktor menasihatkan agar saya memperuntukkan lebih masa dengan Basyirah. Perlu pandai mengalih perhatian bila anak mula protes & mula mengamuk. Makan ubat (jika perlu) & paling penting anda sebagai ubat bapa perlu positif dan bersyukur mempunyai anak sebegini.
JANGAN ORANG DEWASA SAHAJA ADA STRES
“Doktor yang merawat pernah berkata, jangan ingat hanya orang dewasa sahaja yang mempunyai stres. Anak-anak kecil sebegini juga mempunyai stress. Itu yang kita sebagai ibu bapa yang tak pernah tahu. Jangan pernah pandang remeh hal ini.
Selain itu, menurut Fairuz, doktor banyak berkongsi tip dan cara mengatasi masalah ini pada diri Basyirah.
“Asal stress orang dengar negatif. Asal stress org dengar negetif. Tp itu silap besar. Cuba pandang sudut positif. Sebenarnya stress adalah salah 1 sebab yang boleh membawa anak anda lebih yakin diri dan pandai berdikari (apabila di cegah & rawat).
“Hari ke hari perlu bersabar dalam merawat & sentiasa positif yang si anak akan menjadi lebih bauk. Dia akan cuba setiap hari melakukan dengan lebih baik, lebih baik & lebih baik dalam apa jua benda mereka lakukan,” kata Fairuz.
SYUKUR KERANA BERJAYA MENEMPUHI FASA SUKAR
“Saya sebagai ibu sangat bersyukur & sentiasa berbangga dengan anak saya kerana dia berjaya melalui fasa-fasa yang sukar. Secara tidak lansung saya dapat merawat eczema anak sy walaupun tak pulih sepenuhnya lagi.
“Stress bukanlah satu perkara yang teruk. Tapi ia adalah 1 asbab anak kita melalui fasa membesar dengan keadaan di sekeliling mereka. Buat ibu bapa yang mempunyai anak sebegini. Tahniah, anda seorang yang hebat!,” kata Fairuz.
PESANAN BUAT IBU BAPA LAIN
Fairuz turut berkongsi beberapa tip kepada ibu bapa lain yang mungkin menghadapi masalah yang serupa.
“Buat ibu bapa lain yang punyai anak sebegini, saya nasihatkan supaya banyak-banyak bersabar. Anak sebegini akan menguji mental & fizikal kita. Kita sebagai ibu bapa harus memainkan peranan yg penting untuk menggelakkan ank kita mengalami stress yg berpanjangan.
BERIKAN SOKONGAN MORAL
“Berikan sokongan moral & menunjukkan yakin diri kepada mereka. Jangan pernah berputus asa & jangan lokek untuk memberi pujian & semangat buat anak kita, agar mereka rasa sangat di sayangi, di hargai & rasa kita sentiasa berbangga dengan mereka.”