“Susahnya Anak Nak Makan” Sosej, Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak, Bantu Anak Makan Cara Sihat!

Share

Memang susah bila anak tak mahu makan tapi tak semestinya kita cari makanan paling mudah dan senang sedia setiap hari untuk anak. Sosej, nugget dan sebagainya amatlah tidak sihat untuk anak kita.

Mengapa? Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Berpada-pada nak berikan pada anak. Kita cuba pelbagaikan.

Elakkan bagi makanan frozen sosej, nugget, meatball, burger setiap hari untuk anak, jika kita tak dapat cari pilihan yang lebih baik untuk mereka.
Seminggu satu hari makan, mungkin takde apa-apa kesan. Tapi kalau tiga empat hari dalam seminggu anak dijamu dengan hidangan macam ni, banyak masalah kesihatan akan timbul di kemudian hari.
Dalam makanan frozen tinggi proses, selain dari pengguna garam dan MSG yang tinggi, kandungan nitrite dan nitrate sebagai pengawet pun tak kurang hebatnya.
Nitrite dan nitrate berlebihan, akan hasilkan N-Nitroso, yang mana akan rosakkan sel di lapisan usus, dan boleh tingkatkan risiko kanser usus.
Pengawet macam ni diguna atas 3 sebab;
1. Makin tinggi proses satu makanan, makin hilang zat warna rupa bentuk asal. Maka pengawet digunakan untuk kekalkan warna pada makanan tu.
2. Bantutkan oksidasi lemak yang akan buat makanan rasa tengik, maka rasa yang sedap masih dapat dikekalkan. Pengawet macam ni lah diguna untuk kekalkan rasa pada makanan.
3. Elakkan pertumbuhan bakteria dan sebagai penambah rasa.
Nampak remeh je kan, alah pengawet je pun.
Tapi, tanpa kita sedar anak makan 4 kali seminggu, pelbagai jenis daging tinggi proses, tak boleh bayang apa akan jadi kat anak 10 tahun akan datang.
Isnin spagheti meatball.
Selasa bihun goreng.
Rabu sandwich chicken slice.
Khamis nasi goreng.
Jumaat pizza topping sosej.
Sabtu mee sup.
Ahad steamboat banyak bebola tinggi proses.
Kita tak perasan banyak hari sebenarnya anak dah ambil makanan frozen tinggi proses. Anak suka, sebab sedap. Kita pun suka, sebab mudah, siap sedia tinggal nak goreng dan makan terus je.
Tapi yang mudah itu, tak semuanya baik untuk anak kita kan.

Menarik: Cuba Cara Ni Buat Aktiviti Rangsang Otak Bayi, Baru Anak Makin Bijak & Aktif

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM