Bila bab minum air masak je, mulalah anak-anak nak mengelat, baru minum seteguk dua dah tergeleng-geleng tak nak.
Siapa yang mengalami masalah anak camni? Rasanya isu susah minum air masak di kalangan anak-anak terutamanya kanak-kanak yang sedang aktif ni memang dah selalu sangat jadi dan tak pelik, majoriti ibu bapa mesti berhadapan dengan situasi sama.
Jadi ibu bapa kena jadi lebih kreatif untuk tarik perhatian anak-anak kecil minum air masak. Kanak-kanak ni bila mereka telah tertarik, secara perlahan-lahan hati mereka akan terpaut dan terpanggil, ibu bapa kena fikir bagaimana nak menarik minat anak-anak supaya anak mudah minum air masak tanpa paksaan.
Beli cawan yang menarik
Bawa anak ke pusat membeli-belah, pasar raya atau mana-mana kedai yang menjual perkakasan bayi dan kanak-kanak, berikan anak-anak kebebasan untuk pilih cawan istimewa mereka
Bila dah beli tu, letakkan syarat pada anak cawan itu hanyalah boleh digunakan untuk meminum AIR MASAK SAHAJA!!. Selain dari air masak… Tak boleh!! Jadi sentiasa letakkan cawan tersebut di tempat yang boleh dicapai oleh anak-anak kecil supaya bila mereka mahu, mereka boleh ambil cawan tu sendiri.
Cipta permainan
Jadikan aktiviti minum air masak tu sebagai satu permainan.
Biasalah kan hati anak-anak nak kena tambat juga. Kena pandai atur strategi. Boleh cipta satu permainan dan bermain bersama anak-anak kecil yang melibatkan air masak.
Permainan ringkas pun tak apa. Semata-mata nak galakkan anak-anak minum air masak ni. Contoh, lumba minum air masak ke? Siapa habis dulu? Anak ke? Emak ke? Ayah ke? Ataupun jika minum segelas air masak, boleh dapat satu bintang. Sampai cukup 10 bintang, upah anak-anak berjalan-jalan ke? Pergi ke kedai ke? Atau masak masakan kegemaran mereka ke? Ikut kreativiti masing-masing. Hurmmm…
Gunakan Silly Straw
Straw dengan pelbagai pusingan dan warna. Masa kecil-kecil dulu Zie mudah tertarik kalau straw itu bengkok sana, bengkok sini dan berwarna. Unik dan cantikkan bentuknya. Jadi tak mustahil, anak-anak kecil zaman sekarang pun sama. Seolah-olah ada rasa keterujaan bila air tu berpusing-pusing mengikut bentuk straw. Ha ha ha…umpan tu. Cubalah..Mana tau menjadi…
Role model
Nak anak minum air masak, mak-mak, ayah-ayah kenalah jadi “role model” juga. Tunjukkan pada anak-anak betapa kita sukakan air masak. Janganlah kita asyik sibuk suruh anak minum air masak, kita pula yang bantai minum air manis atau bergas setiap masa kan? Nanti anak tengok, anak akan bertanyakan.. “Lead by example” gittew…
Macam tulah serba sedikit yang dapat Zie kongsikan. Boleh cuba tip ni. Kalau tak cuba tak taukan berhasil ke tak. Mana tau menjadi dan ibu semua juga yang gembira tengok anak minum air masak sendiri.