Kadang-kadang sampai setengah jam di depan kaca televisyen sambil mencari filem atau siri yang ada dalam Netflix untuk ditonton, tapi masih buntu tiada lagi pilihan yang dapat memenuhi citarasa dalam menonton. 

baru-baru ini Netflix telah meminta pelawak terkenal Malaysia, Douglas Lim untuk menjawab beberapa persoalan yang sering dikirim terus kepada mereka bertanyakan perihal yang sama, ia mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi anda setiap kali membuat pilihan rancangan kegemaran.  

Ini adalah cara yang boleh anda ikuti untuk mencari rancangan kegemaran anda di Netflix!

1. Apa itu Netflix dan peranti apa yang boleh saya gunakan untuk menontonnya? 

IKLAN

Netflix adalah sebuah platform penstriman di mana anda boleh menonton pelbagai rancangan hiburan daripada filem hinggalah drama bersiri, rancangan varieti, dokumentari dan banyak lagi merangkumi pelbagai genre serta bahasa yang berbeza. Apa yang menariknya ialah anda boleh menonton Netflix pada SEBARANG peranti! Telefon pintar, tablet atau TV, semua pun boleh!

  1. Bagaimana saya mendaftar untuk melanggan Netflix dan bolehkah saya membuat pembayaran tanpa kad kredit? 

Untuk mendaftar, anda cuma perlu pergi ke www.netflix.com dan mengisi butiran maklumat anda, pilih pelan langganan anda dan siap, anda sedia untuk menonton! Senang je. Oh ya, anda boleh membayar tanpa kad kredit atau kad debit. Apa yang anda perlu lakukan ialah sama ada memilih untuk memasukkan bil anda ke dalam bil penyedia perkhidmatan mudah alih anda atau membayar menerusi bil pasca bayar anda. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk melakukannya, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi anda untuk mendapatkan bantuan. Anda juga boleh membeli kad hadiah di kedai serbaneka yang berdekatan dan masukkan kod dengan pergi ke Akaun>Tebus kad hadiah atau kod promo.

IKLAN
  1. Adakah perbezaan besar di antara pelan-pelan yang ditawarkan? 

Pelan-pelan yang berbeza ditawarkan bagi memenuhi keperluan berbeza. Jika anda malas nak melihat dan menyemak apa yang ditawarkan oleh setiap pelan, jangan bimbang, kami akan ringkaskan untuk anda: 

Pelan Mudah Alih: Pelan yang terbaik untuk mereka yang sentiasa dalam perjalanan, pelan mudah alih ini membolehkan anda menstrim SEMUA yang ada di dalam katalog Netflix menggunakan telefon mudah alih atau tablet anda. Anda boleh menstrim video pada Definisi Standard (yang sesuai untuk peranti mudah alih). Anda hanya boleh menstrim dengan menggunakan sebuah peranti pada satu masa dan ciri-ciri seperti ‘muat turun pintar’.

Pelan Standard: Pelan ini membolehkan anda menstrim menggunakan mana-mana telefon, tablet, komputer atau TV dalam Definisi Tinggi (HD). Anda boleh menstrim menggunakan dua peranti pada satu-satu masa, bermakna anda tidak lagi perlu berebut untuk menonton rancangan kegemaran anda.

Pelan Premium: Jika dua skrin tidak mencukupi (terutama sekali jika anda berkongsi dengan keluarga besar), maka pelan premium adalah pilihan yang terbaik untuk anda kerana ia membolehkan anda menonton di empat skrin berbeza pada satu masa, semuanya dalam Definisi Ultra Tinggi/4K! Sesuai jika anda menginginkan pengalaman menonton yang memuaskan!

IKLAN
  1. Adakah cara untuk mengawal apa yang anak-anak saya tonton? 

Salah satu ciri-ciri terbaik perkhidmatan kami ialah anda boleh menetapkan profil berbeza. Ini bermakna, anda bukan sahaja boleh memastikan pengesyoran rancangan disesuaikan mengikut kegemaran anda, tetapi anda juga boleh menetapkan profil berbeza untuk anak-anak (menerusi Pengurusan Profil) yang sesuai dengan mereka. Anda juga boleh menghalang anak-anak daripada mengakses ke dalam profil anda dengan menggunakan PIN Profil yang terdiri daripada nombor 4 digit yang boleh anda aktifkan supaya anak-anak anda tidak mendapat akses ke profil anda.

5. Bagaimana untuk mendapatkan rancangan kegemaran saya di dalam Netflix?
Ya, kami memahami kekecewaan yang anda alami apabila anda pergi ke Netflix untuk mencari rancangan kegemaran anda dan mendapati ia masih belum ada di dalam platform ini! Anda hanya mahu menonton sepuas-puasnya rancangan kegemaran anda itu. Kami faham. Sakit hati dibuatnya. Jika anda fikir ada rancangan yang sememangnya perlu ditayangkan di Netflix, sila pergi ke  www.help.netflix.com/titlerequest dan minta kami dapatkan rancangan kegemaran anda. Macam biasa, anda tidak semestinya dapat apa yang diminta, tetapi tidak salah kalau mencuba, mana tahu nasib anda baik!

Kini anda telah mengetahui apa yang berlaku di dalam DM kami. Saksikan bagaimana Douglas Lim membantu menjawab segala persoalan anda DI SINI serta ikuti kami di @netflixmy dan beritahu kami sama ada dia patut kekal sebagai Ketua Bahagian Pertanyaan (CHOI) kami, boleh?

Psst:  Jangan percaya cakapnya yang kononnya dia akan mendapat rancangan istimewanya sendiri, ingat tu? 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI