Ramai diantara kita yang mula bimbang untuk menjalani rawatan ketidaksuburan dan lebih risau lagi bila terpaksa melakukan rawatan IVF kerana kosnya yang mahal.
Tak perlu risau kerana tidak semua disyorkan untuk menjalani rawatan ini jika tahu puncanya. Ikuti perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding ObGyn & Fertiliti dari Prince Court Medical Centre.
Untuk wanita yang berumur 35 tahun ke bawah dah berkahwin selama setahun tapi selepas mencuba masih lagi gagal hamil, maka jumpalah doktor.
Ada beberapa ujian yang doktor boleh lakukan dan pemeriksaan untuk pastikan punca sebenar ketidaksuburan.
Manakala untuk wanita yang telah berusia 35 tahun ke atas pula, dah kahwin enam bulan dan masih gagal untuk hamil, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Apa yang perlu TTC sediakan adalah untuk menyiasat apakah punca ketidaksuburan berlaku.
Tapi sebelum itu pastikan dah catat hari pertama datang haid, sekurang-kurangnya ada tiga atau enam kitaran haid supaya doktor dapat memeriksa sama ada normal atau bercelaru.
Ads
Pastikan juga tulis tarikh akhir haid dan perlu tahu latar belakang kesihatan diri sendiri. Kalau boleh tolong kira sekali berapa BMI tapi kalau tak pandai, doktor akan bantu kirakan.
Periksa juga sama ada pernah mengalami alahan atau pembedahan. Ini antara yang doktor akan tanya dan kemudiannya doktor akan tanya lebih terperinci lagi contohnya berapa kerap bersama, jika bersama bolehkah berlaku penetrasi dan adakah ejakulasi berlaku di dalam vagina atau sebaliknya.
Dari situ barulah diaturkan apakah perawatan sebaiknya dan cari punca kenapa tak subur kemudian lakukan pemeriksaan yang berkaitan.
Lelaki senang sahaja hanya perlu periksa air mani dan untuk isteri pula ada beberapa siri ujian termasuklah ujian darah dan scan vagina kerana cara ini lebih tepat dapat mengesan perubahan dinding rahim dan juga kilang telur.
Jangan lupa juga untuk senaraikan jenis suplemen yang pernah diambil dan ceritakan sejarah kesihatan anda pada doktor.
Ads
Tidak semestinya bila periksa kesuburan terus kena buat rawatan IVF, ada pasangan yang berjaya hanya dengan bantuan doktor menyusun bila waktu subur isteri dan itulah yang paling sesuai untuk bersama.
Jadi wanita di luar sana, semakin lama menunggu lagi susah nak hamil. Bila usia makin meningkat makin kuranglah kadar kesuburan kerana kualiti dan kuantiti telur akan berkurangan. Begitu juga dengan lelaki. Jadi jumpalah doktor cepat-cepat, jangan tunggu lama-lama.
Ini pula check list rawatan yang perlu dilakukan
1. Pada konsultasi pertama:
• Temubual sejarah kesihatan & kesuburan kedua suami & isteri
• Pemeriksaan fizikal wanita
• Pemeriksaan Pap smear*
• Imbasan / scan pelvis – lazimnya scan vagina (TVS), boleh juga scan abdomen sekiranya belum bersedia untuk TVS
• Ujian darah yang berkaitan – FSH, LH, Testosteron, Prolaktin, AMH, Thyroid, Progesteron
Ads
2. Untuk analisis air mani (SA) suami, pasangan perlu berehat dari berhubungan seksual selama 3 hari sebelum melakukan SA.
3. Ujian HSG dilakukan sehari selepas tamat haid. Bagi isteri yang mempunyai masalah tiada haid berbulan-bulan, doktor perlu pastikan isteri tidak hamil sebelum melakukan ujian HSG.
4. Selain dari HSG, ujian lain yang boleh menentukan tiub fallopio tidak tersumbat :
• HyFoSy atau Hysterosalpingo-Foam Sonography
• Laparoscopy & Dye
5. Jika pasangan telah membuat keputusan untuk membuat IVF sebelum hadir konsultasi, isteri tidak perlu melakukan ujian HSG.
6. Bagi pasangan yang ingin menjalani prosedur IUI atau IVF, saringan penyakit berjangkit seperti HIV, VDRL & Hepatitis B perlu dilakukan.
7. Adalah penting untuk suami & isteri hadir bersama semasa konsultasi agar tahap kesihatan kedua-duamya dapat dianalisa disamping memahami penerangan doktor mengenai proses rawatan kesuburan. (It takes 2 to tango!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelahiran bayi pertama yang sememangnya dinantikan. Menanti dalam debaran, penyanyi Hetty Sarlene baru sahaja mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. Pada 14 Julai lalu, Hetty menerusi instagram miliknya mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun berkahwin.
Hetty yang membuat pengumuman itu menerusi instagramnya tampak amat gembira pada majlis ringkas itu sambil dikelilingi keluarga terdekat. Satu kejutan yang cukup menggembirakan.
Hetty dan suaminya, Dani Aqiil menanti cahaya mata pertama mereka selepas empat tahun berkahwin. Malah peserta Gegar Vaganza Ke 5 itu nampak cukup teruja untuk menanti kelahiran bayi pertamanya.
Its a boy” tulis Hetty ringkas di instagram, mengumumkan jantina bayinya kepada peminat.
Dalam pada itu, di ruangan komen turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat Hetty.
“Tahniah kepada anda berdua.”
” Alhamdulillah…dah agak dah anak lelaki. Tahniah Hetty dan suami”
” Alhamdulillah semoga dipermudahkan proses bersalin nanti”
Hetty dan suami dijangka bakal menimang bayi pertama mereka pada Januari 2021 nanti. Semoga kehamilan dipermudahkan dan selamat melahirkan kelak.
Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga bersama suami, Daniel Oakes yang berasal dari London, England pada 23 Julai 2016.
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Ada waktunya diketika hamillah pelbagai ragam sakit yang mula datang tanpa diduga. Namun jangan sembarangan ambil ubat-ubatan tanpa pandangan daripada doktor.
Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi.
Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.
Berbincang dengan doktor dulu
Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.
Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.
Ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?
Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung.
Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.
Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?
Masalah
Jenis ubat-ubatan
Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam
Paracetamol
Sembelit
Serat (bran, ispagula dan sterkulia).
Julap (laktulosa – selamat bagi jangka masa pendek).
(Tingkatkan pengambilan serat dan cairan sebanyak mungkin).
Wanita mengandung akan mengalami macam-macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi. Lebih-lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan. Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi.
Dari awal mengandung dengan alami alahan, seterusnya mengidam, perubahan fizikal sehinggalah tiba waktu hampir tarikh jangkaan bersalin. Kebanyakkan ibu mengandung akan rasa tidak selesa, tidur malam tak lena, sakit belakang dan sebagainya.
Bagi yang ingin tahu punca kenapa sakit belakang sering dialami oleh ibu hamil, perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad bakal rungkaikan persoalan tersebut dalam perkongsian di Facebook miliknya.
PUNCA SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Bayi & rahim ibu semakin membesar
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.
Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.
Bagi mengimbangkan pusat graviti itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.
Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda. Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, bukan saja di bahagian pinggang tetapi juga di bahagian kedua belah kaki.
Perubahan hormon boleh sebabkan sakit belakang
Selain perubahan pada saiz bayi dan rahem yang semakin membesar, perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana perubahan hormone ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis. Dengan banyak melakukan pergerakan membongkok puan akan merasa sakit terutama berjalan atau berdiri terlalu lama, duduk untuk tempoh yang lama, menukar pergerakan dari duduk kepada berdiri dengan cepat, membongkok atau mengangkat benda yang berat.
Jangan risau jika sakit belakang puan hanya bersifat sementara dan merasa lega selepas berehat. Berjumpalah doctor jika sakit belakang puan sangat kuat dan tidak kurang selepas berehat.
Selalunya sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.
Seperti yang diulaskan oleh Dr Zubaidi, sakit belakang ketika hamil adalah bersifat sementara dan akan hilang setelah berehat. Namun jika ia menyebabkan kesakitan yang kuat sebaiknya rujuk kepada doktor segera yang mungkin. Paling penting ikut saranan doktor dan jangan terlepas pemeriksaan berkala yang dijadualkan untuk ibu hamil.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!