Suspek kes dera fizikal dan seksual bayi berumur 11 bulan mendedahkan yang dia telah h memandikan mangsa pada hari kejadian.
Dalam kes tular ini, mangsa adik Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di sebuah hospital di Serdang.
MANGSA TELAH DIMANDIKAN OLEH SUSPEK
Suspek yang berusia 36 tahun dalam kes yang membabitkan kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut akibat didera secara seksual didapati telah membuat pendedahan yang dia memandikan mangsa pada pagi hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pendedahan berkenaan dibuat suspek yang juga suami kepada pengasuh bayi itu kepada pihak polis.
“Sebelum ini, suspek tidak mengaku dia uruskan bayi ini, namun perkembangan hari ini dia mula dedahkan telah mandikan dan salin pakaian bayi tersebut. Setakat itu sahaja, suspek tidak nyatakan dia telah buat perkara tidak elok kepada mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Ads
SIASATAN LANJUT KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA & MAJIKAN SUSPEK SEDANG DIJALANKAN
Selain itu, Ahmad Dzaffir juga turut mengesahkan yang pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dari semua sudut termasuk memanggil anggota keluarga mangsa dan majikan suspek berkenaan untuk membantu siasatan.
SUSPEK POSITIF DADAH METHAPHETAMINE
Hasil siasatan juga mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada suspek mengalami masalah mental atau pun tidak.
Ads
“Beberapa individu lagi akan turut dipanggil dan kita juga akan menyiasat sama ada suspek yang positif Methaphetamine mempunyai masalah mental atau tidak.
“Tempoh reman pengasuh bayi yang berakhir hari ini dan reman suspek berakhir esok akan disambung selain kes akan ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini yang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan berkenaan Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di sebuah hospital di Serdang.
Ads
Hasil bedah siasat Jabatan Patologi mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di kepala hingga tempurung bayi pecah.
Pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa dan dubur mangsa juga mengalami koyakan.
Selepas hampir lima bulan melahirkan bayi sulung, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi wajah anak sulungnya Wan Khair Amir kepada tatapan umum
Suami bekas pengacara Nona ini, Wan Emir Astar memuat naik potret mereka sekeluarga di Instagram miliknya yang mendedahkan wajah anak tersayang kepada tatapan peminat.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.
— Papa & Mama
“Mira Junior Sangat”
Foto mereka sekeluarga mengenakan pakaian tradisional warna hijau muda dipercayai diambil dalam majlis akikah si comel yang manja dipanggil Amir berdasarkan perkongsian gambar-gambar pelamin dan sekitar majlis tersebut yang dimuat naik oleh beberapa tetamu jemputan.
Gambar-gambar tersebut diulang siar semula oleh Mira di Instagram Story.
Telatah Amir yang melemparkan senyuman manis dalam dukungan papanya menarik perhatian ramai peminat yang memuji kecomelan dan raut wajahnya yang saling tak tumpah seperti wajah mamanya.
Dengan busana baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, Amir kelihatan tidak meragam sepanjang majlis seolah memahami acara yang diadakan meraikan dirinya.
Perkongsian foto tersebut membuatkan ramai rakan-rakan artis dan peminat Mira mendoakan Amir menjadi anak soleh.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak pada 10 Mei 2022.
Sumber: IG Wan Emir Astar & Mira Filzah
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Selebriti, Betty Rahmad tidak kisah berbelanja untuk membeli peralatan perkhemahan kerana ianya antara pelaburan yang sangat berbaloi dan baginya aktiviti berkhemah bersama keluarga adalah kebahagiaan seumur hidup.
Malah, dia dan suami juga turut menunjukkan bagaimana mereka mendirikan tapak perkhemahan yang turut dilengkapi ruangan tidur, tempat memasak, tandas dan macam-macam lagi.
“Camping setup, one time investment, lifetime happiness. Ramai yang request nak tengok setup & list barang apa nak bawa untuk camping.”
“Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa.”
“Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dari pergi sampai balik. Dalam video ni je lah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemah sebagai content😂 Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!”
“One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.”
“Tapi benda paling penting korang kena ada is suami yang pandai pasang khemah dan pandai semua benda. Kalau takde takpe, carilah tempat yang boleh sewa khemah dah siap ok!”
“Sebelum pergi camping I cakap bestnya kalau kita boleh tengok movie tepi pantai. Know know ada wayang pacak! Macammana dan kain apa dia pacak jadi screen tu i taktau”
Seorang wanita berdepan dengan detik trauma dalam hidupnya apabila kepala bayi yang baru sahaja dilahirkan dipenggal secara tidak sengaja oleh seorang kakitangan perubatan di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.
Menerusi laporan NDTV, kejadian berkenaan berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh di mana seorang wanita berusia 32 tahun telah pergi ke sebuah pusat perubatan pedalaman (RHC) di kawasan tempat tinggalnya itu.
Menurut Ketua Unit Ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, pengamal perubatan tersebut terpenggal kepala bayi terbabit di dalam rahim wanita dan dia tidak mengeluarkannya.
Disebabkan tak ada doktor sakit puan, pengamal perubatan tak berpengalaman itu telah menyebabkan dia (pesakit) berdepan dengan trauma.
Pesakit berdepan situasi kritikal
Ketika pesakit berkenaan berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran di bandar Mithi, namun tiada kemudahan untuk merawatnya di situ.
Walau bagaimanapun, dia dibawa ke LUMHS untuk mengeluarkan keseluruhan mayat bayi daripada rahim wanita terbabit dan pihak pengamal perubatan di sana berjaya menyelamatkan pesakit berkenaan.
Susulan daripada itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr. Juman Bahoto telah mengarahkan agar siasatan lanjut dijalankan berhubung kes berkenaan serta jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar berlaku terutamanya situasi di mana ketiadaan pakar ginekologi dan kakitangan wanita di RHC.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.