Suspek kes dera fizikal dan seksual bayi berumur 11 bulan mendedahkan yang dia telah h memandikan mangsa pada hari kejadian.

Dalam kes tular ini, mangsa adik Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di sebuah hospital di Serdang.

Suspek Positif Dadah. PDRM Dedahkan Rupanya Suspek Memandikan & Menyalin Pakaian Mangsa Pada Hari Kejadian!

MANGSA TELAH DIMANDIKAN OLEH SUSPEK

Suspek yang berusia 36 tahun dalam kes yang membabitkan kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut akibat didera secara seksual didapati telah membuat pendedahan yang dia memandikan mangsa pada pagi hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner  Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pendedahan berkenaan dibuat suspek yang juga suami kepada pengasuh bayi itu kepada pihak polis.

“Sebelum ini, suspek tidak mengaku dia uruskan bayi ini, namun perkembangan hari ini dia mula dedahkan telah mandikan dan salin pakaian bayi tersebut. Setakat itu sahaja, suspek tidak nyatakan dia telah buat perkara tidak elok kepada mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

IKLAN

SIASATAN LANJUT KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA & MAJIKAN SUSPEK SEDANG DIJALANKAN

Selain itu, Ahmad Dzaffir juga turut mengesahkan yang pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dari semua sudut termasuk memanggil anggota keluarga mangsa dan majikan suspek berkenaan untuk membantu siasatan.

SUSPEK POSITIF DADAH METHAPHETAMINE

Hasil siasatan juga mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada suspek mengalami masalah mental atau pun tidak.

IKLAN

“Beberapa individu lagi akan turut dipanggil dan kita juga akan menyiasat sama ada suspek yang positif Methaphetamine mempunyai masalah mental atau tidak.

“Tempoh reman pengasuh bayi yang berakhir hari ini dan reman suspek berakhir esok akan disambung selain kes akan ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini yang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002,” katanya.

Suspek Positif Dadah. PDRM Dedahkan Rupanya Suspek Memandikan & Menyalin Pakaian Mangsa Pada Hari Kejadian!

Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan berkenaan Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di sebuah hospital di Serdang.

IKLAN

Hasil bedah siasat Jabatan Patologi mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di kepala hingga tempurung bayi pecah.

Pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa dan dubur mangsa juga mengalami koyakan.

Sumber: Sinar Harian & Bernama

Artikel berkaitan:

“Zara Menangis Setiap Kali Lihat Lelaki Itu”. Ibu Tak Sangka Anak Yang Maut Didera Sebenarnya Dijaga Suami Pengasuh]

[Bayi 9 Bulan Maut Didera Suami Pengasuh. Tempurung Kepala Pecah, Koyakan Di Kemaluan]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI