Walaupun tidak memiliki susu ibu yang mencukupi adalah sebab utama para ibu berhenti menyusukan anak, memiliki susu badan yang berlebihan juga menyebabkan masalah bagi para ibu. Mengapakah ia berlaku? Bagaimana mengubahnya? Baca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Susu Badan Terlebih Sampai Basah Baju, Ini Langkah Pantas Yang Ibu Boleh Ambil

Mengapakah susu berlebihan berlaku?

Terdapat beberapa sebab mengapa seorang ibu mungkin menghasilkan terlalu banyak susu. Sesetengah ibu mempunyai badan yang bersedia dan menghasilkan susu berlebihan daripada mula.

Dalam kes yang lain pula, ini boleh berlaku disebabkan ketidakstabilan hormon atau pengurusan susu badan yang tidak betul yang memberi kesan kepada penghasilan susu. Ini boleh berlaku jika si ibu mengepam susu dengan banyak sebelum menyusukan bayi untuk memperlahankan aliran susu kepada bayi.

Sebab lain ialah kepercayaan bahawa si ibu mestilah memastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu. Memindahkan bayi daripada satu payudara kepada yang lain boleh menyebabkan ransangan yang menyebabkan penghasilan susu yang lebih banyak.

Strategi untuk memperlahankan kadar penghasilan susu ibu

Ads

Menyusukan bayi pada satu sisi

Jika bayi anda ingin menyusu lagi dalam masa 2 jam, cubalah untuk memberikan sisi payudara yang sama untuk melihat reaksinya. Payudara anda akan mengurangkan kadar penghasilan susu memandangkan susu tersebut tidak dihabiskan dengan kerap kerana keperluan bayi anda.

Apabila anda memastikan bayi menyusu daripada sisi yang sama untuk tempoh masa yang lama, anda telah memastikan bayi anda telah mengosongkan payudara dan mendapat susu dengan lebih kalori.

Anda boleh menekan atau mengepam hanya untuk beberapa saat (20-30 saat) untuk mengurangkan sebarang rasa tidak selesa pada payudara yang lagi satu. Jangan mengepam dengan berlebihan kerana ia akan mengeluarkan isyarat untuk menyuruh payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.

Ads

Menggunakan sage

Sage, sejenis daun herba mempunyai kandungan estrogen semula jadi yang boleh mengurangkan hormon prolactin dan mengurangkan bekalan susu anda. Berhenti mengambil sage apabila penghasilan susu anda telah berkurang.

Dermakan susu anda

Ads

Cara alternatif ialah dengan menjadi penderma susu ibu. Sebilangan ibu yang mengalami penghasilan susu berlebihan memilih untuk mendermakan susu. Susu ibu yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa dan membaiki kesihatan bayi baru lahir yang ditinggalkan ibu bapa mereka. Ia juga membantu bayi yang ibunya tidak dapat menyusu badan.

Dalam konteks penggunaan di hospital, petugas bertanggungjawab akan memastikan bayi mengambil susu ibu daripada penderma berlainan dengan kuantiti sedikit daripada setiap satu supaya bayi tidak menjadi anak susuan kepada penderma.

Sementara itu, anda juga boleh memilih untuk menjadi ibu susuan bayi yang ibunya tidak dapat menyusukan badan.

Kebiasaannya, masalah bekalan susu berlebihan boleh selesai dengan sendiri apabila bayi membesar. Akhirnya badan anda akan dapat menangani aliran susu tersebut dengan lebih baik dan menghasilkan susu cukup untuk bayi anda sahaja.

Bersabar dan bertenang. Sepertimana masalah berkaitan kehamilan yang lain, susu berlebihan boleh diselesaikan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI