Lain orang lain pengalamannya. Bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, pengalamannya menyusukan dua anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa adalah pengalaman terpaling indah dalam hidupnya.
Kata Dato’ Siti menerusi perkongsiannya di Webinar Penyusuan Pa&Ma, Aku Tak Penat Susukan Anak, pengalamannya membawa Afiyah ke beberapa negara dan menyusukan kedua anak kecilnya dalam kesibukan waktu adalah detik paling manis dalam hidupnya.
Satu kepayahan dan perjuangan yang bukan sedikit tetapi cukup manis untuk dikenang. Kata Siti lagi, bila orang kata mengenai penyusuan yang struggle, penyanyi kesayangan ramai ini mengakui dia juga melalui detik yang sama dengan ibu yang lain.
“Bila bercakap tentang menyusukan anak, saya rasa setiap ibu memang niat nak menyusukan anak sendiri dan itu juga yang berlaku pada saya.
“Walaupun saya jadi ibu agak lambat, iaitu pada usia 39 nak masuk 40 tahun, saya ada juga perasaan takut. Takut dan bimbang adakah saya boleh susukan anak saya sampai umur dua tahun.
“Dari dapat tahu saya hamil lagi, saya dah banyakkan membaca untuk cari ilmu nak menggalas tanggungjawab dan sebagai persediaan untuk jadi ibu dan menyusu nanti.
“Saya banyak belajar dari menantu saya, Tya Ariffin. Saya tengok depan mata sendiri macam mana gigihnya Tya menyusu dan stok dia sampai penuh satu peti sejuk. Saya kagum sangat. Jadi waktu itu saya terfikir-fikir, dapatkah saya menyusu macam itu dengan usia yang dah lewat.
“Jadi saya positifkan pemikiran saya. Bila sampai waktu masa nak dekat bersalin, masa hamil tujuh ke lapan macam tu, emak saya pesan bila lepas mandi tu kena urut-urut sikit untuk lancarkan susu kelak. Jadi dari awal saya dah biasakan.
“Saya juga mengalami bengkak susu masa awal-awal dulu tapi alhamdulillah saya ada orang berpengalaman di sekeliling saya yang banyak membantu. Saya banyak membaca dan buat petua orang lama-lama dan konsisten positif serta sentiasa berdoa.
“Saya minum air yang cukup untuk menyusu. Apa saja petua banyakkan susu saya cuba termasuklah amalkan minuman sarang burung, Beaunest saya.
Ada waktu susu makin drop
Kegigihan Dato’ Siti dalam penyusuannya dua anaknya bukan sedikit. Sewaktu Aafiyah berusia hampir setahun, penyanyi tersohor negara ini turut sama membawa Aafiyah ke siri jelajah konsertnya di Jakarta tidak ketinggalan ketika lawatan ke Jepun dan Singapura demi memastikan penyusuannya pada Aafiyah lancar.
“Ini pengalaman yang sangat indah dalam hidup saya. Dari awal lagi, saya memang niat ke mana saya pergi saya memang akan bawa dia dan dah niat nak susukan dia sampai umur dua tahun.
“Lepas saya pantang, saya dapat offer ke Jepun, masa tu Aafiyah masih menyusu lagi dan sudah semestinya saya bawa dia ke Jepun. Masa latihan dan masa full dress pun saya tetap bawa Aafiyah.
“Alhamdulillah penganjur sangat memahami dan sediakan tempat untuk saya berehat dan menyusu. Sebelum naik pentas, saya susukan dia kenyang-kenyang dulu dan barulah buat persembahan. Semua ini satu pengalaman cukup manis buat saya,” kongsi Siti lagi.
Kata ibu cantik ini lagi, pengalaman menyusukan dua anaknya cukup berbeza.
” Pengalaman menyusukan Aafiyah dan Afwa memang sangat berbeza. Anak lelaki dan perempuan memang lain sangat. Kalau tengok badan Afwa pun memang sangat semangat. Saya pun cuba sedaya upaya untuk susukan Afwa walaupun kemampuan tak seperti orang muda. Tapi saya sentiasa positif.
“Orang kata struggle susukan anak dan sekarang pun saya melalui struggle tu. Ada masa susu banyak dan ada waktunya susu drop. Walaupun duduk dekat rumah, tidur tak cukup, badan penat.
“Masa saya penuh, terkejar-kejar dan kadang-kadang saya tak sempat nak pam susu. Bila dah tak konsisten mulalah susu makin kurang dan saya alaminya sekarang.
“Afwa pulak memang kuat sangat menyusu, sekali menyusu sampai 4-5 auns sampai berat sekarang berat dah 8kg lebih. Bila dah makin kurang, saya dah mula top up dengan susu formula. Saya harap saya diizinkan Allah untuk teruskan menyusu Afwa sampai umur dia dua tahun. Insyallah.
Banyak makan ikan dan lobak putih
Kata Siti lagi, selain menjadi kesihatan tubuhnya, apa yang diamalkannya adalah dengan menjaga pemakanan terutama di waktu pantang untuk memperbanyakkan susu.
“Sebenarnya waktu kita pantanglah cukup penting pada saya. Saya dijaga oleh Natalis, saya memang banyak makan ikan yang dikukus dan buat sup. Saya ambil lobak putih, susu kambing dan vitamin untuk banyakkan susu.
“Selain itu saya amal makan kurma dan Beaunest saya dan alhamdulillah saya konsisten sahaja dengan minum jumlah air yang banyak.
“Bagi saya kalau struggle nak susukan anak jangan sampai kita stress dan down, sedih yang berpanjangan sebab Allah akan bagi rezeki pada anak-anak.
Kalau kita dah cuba sehabis baik, kalau tak ada rezeki tak ada salahnya kita campurkan dengan susu formula,” kongsi Siti lagi.
Siti sempat berkongsi beberapa tip dan rahsianya menurunkan berat badan serta turut menyanyikan dua buah lagu untuk para peserta Webinar yang dilakukan secara virtual semalam.
Dihiburkan dengan dua nyanyian cukup merdu pastinya menjadi kegembiraan buat semua peserta webinar. Dan Pa&Ma begitu berbesar hati dengan kesudian Datuk Siti berkongsi pengalaman penyusuannya.
Menarik: Setiap Kali Ada Event Dialah Penghibur Orang Sekeliling, Stacy Sokong Anak Minat Menari
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)