Bagi ibu yang menyusu, ketika berpuasa, masalah yang sering dibimbangkan ialah tentang ‘bekalan’ susu badan untuk anak. Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika berpuasa.
Sebenarnya anda tidak perlu pun meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada pengetahuan bagaimana untuk mengekalkan tenaga berpanjangan. Paling penting, usah lupa bersahur dan ambil makanan berkhasiat.
Susu Banyak, Tubuh Bertenaga Walau Ibu Berpuasa
Berikut dikongsikan 25 tip untuk berpuasa walaupun anda aktif menyusukan anak. Tip-tip berguna ini dikongsikan oleh Kaunselor penyusuan, Juzaila Abd Satar.
Kaunselor Penyusuan, Juzaila Abd Satar.
Ini Tip Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan
1.Sentiasa positif dan berdoa serta yakin Allah SWT akan membantu memudahkan proses penyusuan ibu dan anak.
2.Minum air yang cukup ketika berbuka puasa, sebelum tidur, antara waktu tidur dan semasa bersahur.
3.Lewatkan waktu bersahur. Banyakkan pengambilan air masak dan makanan pemberi tenaga seperti susu dan kurma sebelum makan berat.
4.Kekalkan kekerapan memerah jika bekerja. Jangan risau jika susu sedikit kurang, teruskan mengepam dan menyusukan. Jika permintaan tinggi, penghasilan susu juga akan bertambah.
5.Tingkatkan kekerapan menyusu terus ke payudara ketika bersama.
6.Seimbangkan pengambilan karbohidrat kompleks. Anda boleh ambil lebih sedikit kuantiti karbohidrat jika berpuasa dan menyusukan.
7.Ambil makanan tinggi protein seperti daging tanpa lemak, ikan, ayam, dan telur yang dimasak dengan baik.
Ads
8.Berbuka dengan air kelapa tanpa gula. Air kelapa bukan sahaja baik untuk melegakan rasa dahaga tetapi ia boleh membantu mengatasi masalah dehidrasi ketika berpuasa.
9.Elak makanan tinggi garam kerana ia akan menyebabkan kehausan.
10.Lebihkan sayuran ketika berbuka puasa dan bersahur. Anda boleh makan salad dan tambahkan telur rebus serta mayones untuk hidangan pantas tetapi cukup nutrisi untuk bekalan tenaga ketika berpuasa.
11.Ambil makanan berasaskan sup. Paling baik, anda buatlah sup sayur. Jika menyusukan, makanlah sup lobak putih untuk membekalkan tenaga dan menggalakkan penghasilan susu badan.
12.Kurangkan pengambilan gula dan lemak secara berlebihan kerana ia akan mengakibatkan kurang air dalam badan serta membuat badan menjadi mudah letih.
13.Ambil buah-buahan tinggi air seperti tembikai atau buah yang kaya dengan kalori seperti pisang.
Ads
14.Elak terdedah pada cuaca diluar yang panas dalam tempoh yang lama untuk mengelakkan dehidrasi.
15.Hentikan pengambilan makanan segera.
16.Elakkan makanan yang bergoreng dan tinggi kandungan rempah di dalamnya.
17.Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi yang akan menyebabkan ibu asyik membuang air kecil. Tanpa pengambilan air masak yang secukupnya, ibu menyusu boleh mengalami dehidrasi dan mengganggu penghasilan susu.
18.Tidur awal supaya tidak letih dan mengganggu emosi.
19.Jadikan kurma dan kekacang sebagai kudapan pada waktu malam.
Ads
20.Sentiasa positif dan kekalkan emosi ceria.
21.Ambil jus buah-buahan sebenar tanpa gula supaya tidak mengganggu khasiatnya.
22.Tangguhkan dahulu kerja-kerja berat yang memerlukan tenaga yang banyak.
23.Berehat atau tidur sebentar pada waktu tengahari.
24.Sediakan stok susu secukupnya jika perlu dibekalkan kepada anak. Jika jumlah susu kelihatan berkurangan dan memberi kesan kepada anda dan bayi, berehatlah dari berpuasa untuk satu atau dua hari.
25.Jangan paksa diri dan kenali tanda-tanda dehidrasi. Jika ada, banyakkan pengambilan air masak serta buah-buahan yang tinggi kandungan air.
Paling penting buat ibu yang menyusu pastikan mengambil makanan yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Dapatkan rehat yang cukup, barulah pengeluaran susu badan tidak terganggu.
Sebagai ibu ayah, sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh tak mahu mereka susah, kita sanggup lakukan apa saja untuk memudahkan kehidupan mereka. Dalam diam sebenarnya kita tak sedar yang sebenarnya telah memanjakan mereka sehingga anak tidak mampu berdikari.
Terlalu risaukan keadaan anak mungkin menyebabkan kita take charge segala kesusahan atau cabaran yang dihadapi oleh mereka. Dr Redza Zainolmelalui perkongsiannya di laman Twitter ada berkongsi tentang keadaan ini.
Menurutnya, ada seorang kanak-kanak perempuan ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Untuk menguji tahap perkembangan mereka, doktor ini meminta kanak-kanak tersebut untuk lukis sebuah bulatan. Namun yang memeranjatkan apabila ibu kanak-kanak tersebut memegang tangan anaknya untuk melukis bersama.
Selepas berkali-kali doktor ini meminta si ibu melepaskan tangan anaknya, baharulah dia menurut. Kemudian dia diminta untuk melukis garisan lurus pula. Sekali lagi ibunya mahu membantu. Doktor meminta si ibu membiarkan anaknya buat sendiri dan sebenarnya kanak-kanak perempuan itu mampu melakukannya dengan baik.
Apabila berkongsi tentang hal ini dengan isterinya, rupa-rupanya ibu ayah begini dipanggil sebagai LAWNMOWER PARENTS.
Jom lihat apakah kriteria LAWNMOWER PARENTS ini:
“Tak benarkan anak menangani konflik.”
“Ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.”
“Tak benarkan anak naik basikal, takut cedera.”
“Sanggup bertengkar dengan guru anak.”
Kesannya? Anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.
Berpada-padalah ketika kita membantu anak ketika mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Anak-anak mempunyai potensi mereka yang tersendiri dan perlu mendapat sokongan kita untuk membantu mereka berjaya. Lebihkan galakan bukan bantuan supaya mereka sentiasa berpeluang untuk berfikiran secara kreatif.
Sekaya manapun seseorang itu kasih sayang memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Oleh kerana itu, Chef Selebriti dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob akui walau sesibuk mana pun dirinya, beliau akan ambil peluang untuk pulang ke rumah demi menjenguk anak-anaknya.
Menurut Fazley dia percaya hubungan yang rapat dengan anak-anak adalah perlu dan perlu dijalinkan sejak usia anak-anak masih lagi kecil.
Ia penting supaya anak-anak tidak berasa janggal atau kekok untuk memegang dan mengucup ibu ayah walaupun di khalayak ramai.
Tambahnya lagi, biarlah hidup miskin harta namun kaya dengan kasih sayang yang berpanjangan. Itulah yang membuatkan dirinya begitu akrab dengan anak-anak.
“Alhamdulilah setiap peluang saya dapat untuk balik ke rumah dan menjenguk anak-anak, saya akan buat. Sebab saya percaya hubungan yang rapat dengan anak-anak adalah sangat perlu dari kecik. @fieradzfazley@elliefazley
“Supaya bila besar nanti mereka tak janggal untuk pegang tangan kita dan kucup pipi kita walaupun depan khalayak ramai.
“Biar kita miskin harta, tapi kaya kasih sayang yang berpanjangan. Setuju tak?,” tulisnya
Menerusi entri tersebut Fazley memuat naik video saat pulang ke rumah dan dikucup anaknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dan terinspirasi dengan cara didikan Fazley.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.
Dalam perkembangan lain, Fazley menunjukkan skil luar biasa apabila mencipta kek replikasi dari bentuk span basuh pinggan Scotch-Brite Scrub Dots Sponge.
Sumber: Gempak & IG Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaannya, ibu-ibu yang ada anak nak masuk taska, hantar rumah pengasuh atau tadika akan kelam kabut sikit untuk menulis nama pada baju, seluar, tuala atau apa saja yang berkaitan. Maklumlah bila dah ramai-ramai, kemungkinan untuk tertukar tu ada.
Walaupun dah pesan banyak kali, kejadian tertukar barang ni semua ibu akan alami. Nak salahkan anak pun, tak boleh juga. Jadi ibu bapa kena ambil inisiatif ini. Jika sebelum ini gigih ibu menulis dengan marker, kali ini cuba pula guna cop.
Cop nama ini sesuai atas fabrik dan boleh guna cop atas buku. Difahamkan juga, cop nama ini tak mudah tertanggal walaupun dibasuh. Lagi satu yang menarik satu cop sahaja tapi boleh guna untuk semua anak. Sangat berbaloi!
BOLEH COP NAMA ATAS BAJU & BARANG ANAK, WAJIB BELI COP INI!
Parents yang hantar anak ke taska, tadika dan asrama wajib ada textile stamp ni. Senang cop nama anak dekat baju so tak ada lah tertukar baju atau hilang.
Bagus stamp ni boleh cop dekat baju anak dan cop atas buku jugak.
Satu cop boleh pakai dekat semua adik beradik.
Boleh tukar-tukar nama anak untuk cop sebab dia provide banyak huruf.
Harap dapat membantu papa mama menyiapkan kelengkapan anak-anak. Bukan itu saja, bila baju anak dah cop nama siap-siap, sekiranya giliran suami perlu jaga anak, tak ada istilah tertukar baju lagi dengan anak yang lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!