anis top

Setiap ibu mengimpikan untuk menyusu badan anak secara ekslusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama. Jika dapat melepasi tempoh itu, sudah pasti si ibu akan merasa seronok dan bersyukur. Banyak kaedah yang digunakan untuk menambah susu badan dan ibu akan merasa risau jika kuantiti susu mulai berkurang.

Susu ‘Drop’, Jururawat Ini Ambil Langkah Pantas Buat Power Pumping. Dalam Seminggu Susu Banyak Semula!
Anis bersama dua orang anak kesayangannya

Begitulah sharing dari seorang jururawat yang bekerja di wad dan jadualnya sangat sibuk. Jadual mengepam terpaksa ‘dilanggar’ kerana tuntutan kerja. Anis Maira, berkongsi caranya mengembalikan stok susu seperti sedia kala selepas mengalami kemerosotan kuantiti susu badanya.

Artikel Berkaitan: [Penting Susukan Anak Kerap, Jaga Jadual Mengepam Kalau Tak Mahu Susu Drop]

Assalamualaikum & morning mommies..
Saya nk share pengalaman bf sy…sekarang anak sy dh 1y5m & Alhamdulillah masih bf..
I’m a nurse…as a nurse yg keje kt wad bz mmg xsempat pump & jadual pump kelaut..dgn workloads & tanpa waktu rehat mmg susah nk pump…

Ads
Susu ‘Drop’, Jururawat Ini Ambil Langkah Pantas Buat Power Pumping. Dalam Seminggu Susu Banyak Semula!
Antara stok susu yang berjaya Anis kumpulkan buat si manja

Mommies bayangkn cmne sakit breast bila bengkak susu..bole demam dibuatnya…klo keje shift pagi & ptg mmg xsempat pump..mlm ok skit sbb dpt pump 1kali…so utk shift siang,sy stayback just utk pump…sbb klo dh sampai rumah mmg anak nk menempel je..kadang balik rumah tandem…

Susu ‘Drop’, Jururawat Ini Ambil Langkah Pantas Buat Power Pumping. Dalam Seminggu Susu Banyak Semula!
Susu bernilai yang disimpan sebaiknya di dalam plastik simpanan

Dlm sbulan ni susu sy drop teruk…slalu klo skali pump dpt 10-12oz…tp dlm sbulan ni klo pump dpt 5-7oz je…sy mmg stress smpai nangis..risau sgt susu xckup utk demand anak…klo keje siang demand anak sy 10-12oz…klo sy keje mlm sy kena stanby 15-20oz…lepas tu sy masukkn dlm botol terus,3oz utk setiap botol sbb senang utk bg anak nti…dlu msa anak x start mkn mmg sy simpan stock,tp skang sy pump harini just utk demand esoknya…lgpn anak dh pandai memilih…dia xnk susu yg lame dlm chiller….

Masa susu drop tu mmg sy down sgt…nk amik supplement takot…so lastly sy try buat power pumping & Alhamdulillah after 1 week,susu dh back to normal….syukur sgt2,sampai nk nangis time tu….ada 7 bln lagi perjalanan BF sy…mommies doakn sy tau sbb aimed sy nk complete BF 2y sama mcm anak 1st…

So bg mommies yg susu drop tu,doa byk2,think positive & try buat power pumping…Insyaallah berjaya….gud luck for me & for mommies…

Ads

Cara terbaik untuk membuat power pumping adalah dengan mengepam selama dua puluh minit, kemudian rehat sepuluh minit. Seterusnya pamlah selama sepuluh minit dan rehat sepuluh minit lagi. Kemudian teruskan mengepam selama sepuluh minit lagi.

Untuk keputusan yang memberangsangkan, lakukan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Selebihnya, susukanlah anak secara direct atau pam seperti biasa. In sya Allah, jika niat itu ikhlas untuk anak urusan ibu akan dipermudahkan.

Ads
Susu ‘Drop’, Jururawat Ini Ambil Langkah Pantas Buat Power Pumping. Dalam Seminggu Susu Banyak Semula!
Yang penting disiplin dan mengikut jadual mengepam yang seharusnya

Artikel Berkaitan: [Ibu Menyusu Jangan hanya Obses Mengepam! Fahami Kenapa Perlu Ada Stok Susu Ibu & Keperluannya]

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu menyusukan anak sepenuhnya. Cuba cara ini untuk kembali bersemangat menyusukan si manja dengan jayanya. Selamat mencuba!

Sumber: Anis Maira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI