Ada susu yang dibancuh lama namun hanya dibiarkan begitu sahaja kerana anak tidak menghabiskan penyusuannya. Jangan dibiarkan lama kerana ada bahayanya susu dibiarpunterdedah pada tempoh waktu tertentu.
Memang sayang untuk dibuang tetapi selamatkah jika susu tersebut disimpan di peti ais?
Secara umumnya, susu formula yang telah dibancuh boleh bertahan selama 2 jam pada suhu bilik. Dengan syarat, ia tidak dipanaskan atau disentuh kerana dua perkara ini boleh mengakibatkan susu basi.
Kiraan ini juga dimulakan sebaik sahaja susu tepung dan air berlaku. Namun begitu, tempoh tahan lama ini juga boleh bergantung kepada jenama dan jenis susu formula yang anda beli.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rujuk pada label susu formula di rumah. Hal ini kerana sesetengah jenama susu formula hanya boleh bertahan selama 1 jam sahaja pada suhu bilik.
Simpan Dalam Peti Sejuk?
Selagi susu tersebut belum diminum oleh bayi, ia boleh disimpan dengan lebih lama di dalam peti sejuk. Botol yang mengandungi susu formula yang telah dibancuh boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam peti ais.
Ini merupakan alternatif yang sesuai buat ibu bapa yang sibuk. Apa yang mereka perlu lakukan ialah membancuh susu formula dalam sukatan yang besar dan simpan di dalam botol yang bersih.
Ibu bapa juga boleh menuangnya ke dalam botol susu bayi apabila diperlukan. Jadi tidak berlakulah pembaziran. Anak boleh sahaja minum ketika mahu minum susu.
Ads
Namun, suhu peti ais mestilah berada pada suhu 4.4°C atau lebih rendah. Suhu yang tidak sesuai boleh mengakibatkan bancuhan susu formula cepat basi.
Bolehkah Susu Formula Disejukbekukan?
Tidak boleh. Susu formula yang disejukbeku atau disimpan di dalam freezer akan mengalami perubahan tekstur. Ini sekaligus akan menjejaskan tempoh ketahanannya. Jadi, anda tidak digalakkan untuk sejuk bekukan susu formula yang telah dibancuh.
Bahaya bayi minum baki susu
Susu formula yang tidak habis perlulah dibuang selepas 1 jam. Jangan sesekali menyimpannya di dalam peti sejuk untuk diminum kemudian.
Hal ini kerana produk berasaskan susu sangat mudah untuk terdedah kepada bakteria. Anda juga tidak boleh panaskan baki susu formula yang tidak habis kerana ini juga boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.
Untuk serbuk susu formula, ia biasanya boleh bertahan dalam masa 1 bulan selepas dibuka. Harus diingat bahawa serbuk susu perlulah disimpan di tempat kering dan sejuk, tetapi bukan dalam peti ais!
Ads
Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak panduan serta tarikh luput yang tertera pada bekas atau pek bungkusan susu tersebut.
Walaupun agak rumit untuk mengenalpasti susu formula tahan berapa lama, namun ilmu ini adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi anda.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Empat jenis ubat batuk yang diimport dari India didakwa menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 70 bayi di Gambia akibat kegagalan buah pinggang tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Dr Ahmadou Lamin Samateh, berkata terdapat kegagalan dalam pemeriksaan kawal selia dan import ubat, bermula produk tidak didaftarkan dengan Agensi Kawalan Perubatan (MCA) negara Afrika Barat itu.
Berikutan itu ketua MCA dipecat dan Samateh menyalahkan pegawai farmasi penyelia yang membenarkan pengimportan dadah tanpa pemeriksaan mencukupi.
Bermula pada September tahun lalu, Gambia mengarahkan penarikan balik beberapa ubat batuk dan selesema, serta semua produk yang dikeluarkan makmal Maiden Pharmaceuticals selepas kematian sekurang-kurangnya 70 bayi.
Negara itu kemudiannya mengharamkan semua produk daripada firma berkenaan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ujian makmal mendapati sirup ubat batuk itu mengandungi dietilena glikol dan etilena glikol dalam ‘jumlah yang tidak boleh diterima’ yang biasanya digunakan sebagai antibeku dan boleh membawa maut apabila diminum.
Kesan toksik daripada bahan ini termasuk kecederaan buah pinggang akut yang boleh menyebabkan kematian,” kata agensi itu.
Pasukan petugas Gambia menyatakan keperluan mendesak untuk menubuhkan makmal kawalan kualiti bagi menjalankan ujian ke atas semua ubat yang diimport ke negara itu, yang mana WHO menyediakan sokongan untuk penubuhannya.
Samateh berkata ia turut mengesyorkan penambahbaikan kepada sistem perubatan negara termasuk mewujudkan sekolah farmasi dan peraturan lebih ketat mengenai ubat.
Kerajaan Gambia juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar ubat dari India itu dalam usaha mendapatkan pampasan bagi mangsa.
Selepas skandal kesihatan, India melancarkan siasatan dan menutup kilang Maiden Pharmaceuticals pada Oktober.
Awal tahun ini, WHO mengumumkan gesaan untuk “tindakan segera dan terkoordinasi” untuk membasmi ubat yang tidak patuh dan dipalsukan, khususnya ubat batuk tercemar yang dikaitkan dengan kematian 300 kanak-kanak di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan. – AFP
Sebelum ini kecoh mengenai individu yang difahamkan sebagai ibu kandung kepada anak angkat Datuk Aliff Syukri yang dikatakan mahu menjaga anaknya kembali kerana kononnya, Datuk Aliff dan isterinya itu tidak menjaga anaknya dengan baik.
Usahawan terkenal itu nyata terkilan dengan permintaan ibu kandung Qayyum yang meminta semula anaknya selepas tular video kanak-kanak itu kononnya didera oleh pembantu rumah.
Yang terbaru, setelah menerima pelbagai desakan daripada ibu kandung Qayyum, Datuk Aliff dan Datin Shahida memaklumkan akan memulangkan kembali Qayyum seperti yang diminta.
Lebih kasihan Qayyum sekarang sedang sakit. Badannya dipenuhi dengan bintik-bintik merah dan telah ditahan di wad kerana semakin teruk.
Kami dah buat yang terbaik.. Sebab doktor cakap antibodi Qayyum lemah. Buat pengetahuan ibu Qayyum, kami dah dua kali bawa jumpa pakar kanak-kanak sehinggalah Qayyum terpaksa di tahan di wad kerana keadaannya semakin teruk.
“Boleh dikatakan 2 bulan sekali Yom sakit dan ini antara paling teruk.
“Walaupun keadaan Qayyum selalu tak sihat, kami tetap menjaganya sepenuh kasih sayang dan tak pernah pun abaikan kesihatannya,” kongsinya dalam instagram.
Netizen juga turut bersimpati dengan keadaan Qayyum dan doakan kesembuhannya
“Kesian yom. sedihnya tengok.. mesti ada hikmah kenapa Allah duga mcm ni. jgnlh pulangkn balik.. apalah nasib yom nti..”
“Ya Allah.. mcam mna lah ank tu Nak Smbuh.. Mak nya buat Prangai.. kejap bgi org, kejap nak ambik balik.. Apa2 pun Dato ttap insan yg Mulia…ikhlas je Dato.. Insya Allah… Allah Akan Bagi ganjaran yg tak Terduga.. Aamiin…”
‘wlaupun dato ni mulut je kepoh tp dato penyayang yg amat..”
Sama-sama kita doakan untuk Qayyum. Kepada Datuk Aliff dan Datin Shahida, banyakkan bersabar. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
Berita yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil kini telah dikemaskini. Seperti umum sedia maklum, dalam Pembentangan Bajet 2020 pada Oktober tahun lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk program vaksin Pneumococcal dan akan diberikan secara percuma kepada bayi yang lahir pada tahun 2020.
Bayi Lahir 1 Jan Tahun Ini Layak Dapat Vaksin
Dalam satu laporan berita oleh BERNAMA, memetik kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, bayi yang lahir bermula 1 Januari tahun ini layak menerima suntikan vaksin pneumococcal secara percuma.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dalam proses perolehan vaksin berkenaan untuk diedar ke semua klinik dan hospital dan suntikan itu dijangka dilaksana mulai Jun depan.
“Sebanyak RM60 juta diperuntuk untuk program vaksin pneumococcal ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Ipoh pada pagi ini.
Terdahulu, Dr Lee menyerahkan alat perubatan LEGA, yang merupakan inovasi tempatan untuk membantu pesakit berkaitan masalah paru-paru seperti asma dengan mengeluarkan kahak dan melegakan pernafasan, kepada Klinik Kesihatan Gunung Rapat di sini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta daripadanya sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.
Dijangka mula diberikan pada bayi yang layak bermula Jun 2020
Laman Facebook Public Health Malaysia juga dilihat turut mengemaskini status mengenai suntikan Vaksin pneumococcal yang dijangkan akan mula diberikan kepada bayi yang lahir bermula 1 Jan tahun ini sekitar Jun 2020.
Sebelum ini vaksin pneumococcal tidak ditawarkan dalam suntikan imunisasi wajib tetapi boleh diambil oleh ibu bapa sebagai vaksin tambahan di klinik swasta dengan anggaran kos antara RM200 hingga RM300 untuk satu dos.
ibu bapa yang mempunyai bayi yang dilahirkan pada tahun ini, jangan lupa untuk dapatkan dos vaksin percuma buat bayi anda kelak.
Nora Danish bimbang penampilan berhijab dilabel munafik - "Tidaklah sempurna tapi lebih baik." Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab. Wanita ini tampil berhijab dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis.