Para ibu yang menyusukan anak tidak perlu memikirkan tentang kepekatan susu ibu. Jika anda benar-benar faham tentang komposisi susu ibu, hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

Ketahuilah bahawa susu ibu mengandungi komposisi yang terbaik untuk bekalan nutrisi sesuai dengan tumbesaran bayi. Ia telah dijadikan sangat sempurna dan seakan-akan tailored-made mengikut keperluan si manja.

Kolostrum

Di awal kelahiran, tubuh menghasilkan cecair kuning, pekat dan melekit. Ia adalah kombinasi yang kaya dengan antibodi untuk saat-saat pertama perkembangan bayi. Ia sukar dikeluarkan melalui pam payudara kerana sangat pekat dan sedikit. Walaupun sedikit, perlu diingatkan ia mencukupi dan sesuai dengan perut bayi iaitu sebesar guli selepas dilahirkan.

Kolostrum sangat mudah dicernakan dan mengandungi semua khasiat yang diperlukan bayi bagi membina sistem imuniti yang kuat. Ketika ini, anda boleh mengeluarkannya menggunakan teknik Marmet jika bayi tidak dapat menyusu secara terus di payudara atau terpaksa berjauhan. Setelah tiga hingga empat hari, barulah susu matang yang terdiri daripada foremilk dan hindmilk dihasilkan.

Ads

 Foremilk

Ia adalah susu awal yang dikeluarkan ketika bayi menyusu secara terus atau apabila susu dikeluarkan menggunakan pam payudara. Kaya dengan karbohidrat, laktosa, protein dan vitamin, ia cair dan nampak kebiru-biruan.

Susu ibu cair? Punca utamanya hanya kerana payudara dibiar penuh terlalu lamaHindmilk

Ads

Dikenali sebagai susu akhir. Ia adalah susu yang dikeluarkan selepas foremilk. Jika melihat kepada hasil pam, susunya kelihatan lebih pekat dan warnanya gelap. Ia sangat kaya dengan lemak yang membekalkan kalori secukupnya kepada bayi.

Pada awal stimulasi daripada bayi yang menyusu secara terus atau menggunakan pam, foremilk dikeluarkan bagi menghilangkan dahaga bayi. Dengan stimulasi berterusan, hindmilk pula dihasilkan. Komposisi ini menghasilkan makanan yang sempurna untuk bayi iaitu gabungan foremilk yang kaya dengan laktosa, memberikan tenaga serta hindmilk yang memberi lemak dan kalori untuk pertumbuhan bayi.

Perlu diingatkan! Lebih lama susu tidak dikeluarkan daripada payudara, lebih banyak hindmilk berkurangan dan menjadikan susu kelihatan lebih cair bila dipam. Jika susu dikeluarkan dengan kerap, susu yang dihasilkan adalah lebih berlemak dan pekat.

Ads

Kepekatan susu juga tidak semestinya kelihatan sama setiap kali dikeluarkan. Komposisi susu berubah mengikut keperluan seharian bayi. Apabila bayi makin membesar, ia berubah mengikut keperluan optimal perkembangannya. Ia turut berubah mengikut cuaca. Jika cuaca panas, ia lebih cair untuk menghilangkan dahaga bayi. Ketika cuaca sejuk, susu lebih pekat untuk membekalkan jumlah lemak yang secukupnya untuk bayi menghadapi keadaan yang lebih sejuk.

Suplemen penambah susu ibu cuma boleh membantu anda membekalkan tenaga seharian tetapi tiada kajian membuktikan ia boleh membantu menghasilkan susu yang lebih pekat. Hanya dengan kekerapan mengosongkan payudara akan menghasilkan lebih banyak susu yang kaya dengan kalori dan lemak. Makin kerap payudara dikosongkan, makin tinggi kandungan lemak dalam susu.

Susu ibu cair? Punca utamanya hanya kerana payudara dibiar penuh terlalu lama

Jika menyusu secara terus, anda boleh memanjangkan tempoh bayi menyusu dalam satu sesi penyusuan demi memastikan dia mendapat susu hindmilk secukupnya. Bayi yang menyusu lebih lama akan mendapat kedua-duanya. Biarkan bayi menyusu dengan lebih lama pada sebelah payudara sehingga menghentikan hisapan dengan sendiri sebelum menukar kepada sebelah yang lain, agar dia mendapat hindmilk yang diperlukan. Menyusulah sekerap mungkin untuk mengosongkan payudara sepenuhnya. Jika bayi tidak bersama, pastikan jarak sela mengepam adalah kerap dan payudara tidak dibiarkan penuh terlalu lama.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI