Susu sikit? Mommies jangan panik. Mommies perlu tahu saiz perut bayi yang baru dilahirkan hanya sebesar buah ceri?
Dan percayakah mommies bila mommies perah susu selepas kelahiran, yang keluar hanyalah kolostrum dan jumlahnya adakalanya hanya beberapa titik sahaja dan selalunya tak sampai 1oz pun.
Jadi, mommies jangan panik. Susukan sahaja bayi mengikut demand bayi. Biasanya bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 1 jam mengikut permintaan. Jadi mommies tak perlu panik nak terus perah untuk kumpul stok.
14 hari pertama, mommies teruskan sahaja direct feeding untuk beri peluang mommies adapt dengan bayi, betulkan latch position, beri rasa selesa dan selamat kepada bayi dan in shaa Allah demand bayi akan bertambah mengikut saiz perutnya yang semakin membesar.
Selepas 14 hari, barulah mommies boleh tumpukan kepada matlamat mommies untuk kumpul stok. Jadi tak adalah mommies rasa terkejut, stress dan panik bila lihat susu yang diperah tak sampai 1oz.
Hasil perahan setiap mommies juga adalah berbeza. Jangan bandingkan hasil kita dengan orang lain. Macam saya, sampai baby berusia 27 hari, sekali perahan hanya dapat 2oz sahaja dan selepas itu barulah hasil perahan meningkat kepada 3oz dan seterusnya 4-5oz.
Hasil perahan ini juga bergantung kepada keperluan dan saiz perut bayi. Dan setiap keperluan bayi adalah berbeza, maka hasil perahan juga boleh jadi berbeza.
Ads
Sekali pun mommies hanya dapat 2oz sekali perah, dan sekiranya mommies perah 3x sehari. Mommies boleh buat pengiraan hasil perahan mommies untuk anggarkan sama ada stok mommies mencukupi atau tidak untuk keperluan bila mommies sudah bekerja nanti.
✅3 x 2oz = 6oz sehari
✅6oz X 30 hari = 180oz
Kalau baby mommies hanya perlukan 2oz sekali minum dan minum 4x sehari
Ads
✅2oz x 4 = 8oz
Dan hasil perahan sebulan tadi ialah 180oz.
✅Maka, 180oz bahagi 8oz = 22.5 hari
Ads
So nampak tak, walaupun hasil perahan sedikit, tapi mencukupi untuk keperluan bayi selama 22 hari. Ini saya beri contoh keadaan saya dahulu, sekali perah hanya dapat 2oz sahaja. Dan keperluan bayi akan meningkat seiring dengan pertambahan usia dan saiz perutnya juga.
Kalau mommies dapat 5-8oz untuk sekali sesi perahan, mommies boleh buat anggaran seperti ini juga. Paling penting mommies jaga jadual pam, makan dan minum air yang mencukupi, tidak stress, belum hamil dan tidak period, in shaa Allah susu dan stok mommies akan mencukupi.
So mommies jangan panik bila lihat hasil perahan tak sebanyak orang lain ya. Guna kalkulator untuk kira dahulu. Yakinlah bahawa Allah akan beri kecukupan kepada kita mengikut keperluan bayi masing-masing ?
Semoga tips ringkas ini dapat membantu mommies yang resah kerana susu sikit.
Sebelum ini pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad hanya sempat merasai pengalaman hamil buat seketika tahun lalu. Namun tiada rezekinya apabila keguguran dan sehingga kini masih berusaha dan tak berputus asa.
Teruja tengok kawan-kawan ada anak
Melalui perkongsian Elizad, dia bersangka baik dengan ujian Allah serta akan kembali menjalani proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekali lagi pada tahun ini.
“Tahun lalu saya keguguran. Namun, saya takkan berputus asa dengan apa yang berlaku. Saya selalu positif dan akan terus berdoa.
“Jadi, tahun ini harapnya datang semangat semula untuk terus mencuba. Tengok kawan-kawan seangkatan serta yang sebaya ramai dah jadi ibu, buat saya teruja. Saya risau lagi dua, tiga tahun usia nak masuk 40-an dan saya masih tiada zuriat. Doakan saya,” katanya.
Akan lebih beringat dan kurangkan aktiviti lasak
Dalam pada itu, Elizad berkata kali ini dia akan lebih berhati-hati agar perkara lalu tidak terjadi lagi serta akan mengurangkan aktiviti lasak.
“Selepas buat IVF nanti, saya nak lebihkan berehat dan tak nak terlalu banyak bergerak. Malah, saya akan cuba kurangkan aktiviti lasak.
“Dulu, mungkin kerana saya banyak bergerak. Sekarang saya dah ada pengalaman, Insya-Allah saya ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Pada November tahun lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Bengkak tonsil seringkali dihadapi tak kira kanak-kanak atau dewasa. Jika dewasa, keadaan lebih mudah kerana sudah pandai menjaga diri tetapi bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu ambil tahu.
Kanak-kanak seringkali kerap demam dan sakit tekak. Demam yang dialaminya kerap kali disertai dengan batuk dan selesema. Setiap kali ke klinik, doktor mengatakan kanak-kanak ini mendapat jangkitan pada tonsil. Doktor akan memberikan preskripsi antibiotik namun bengkak tonsil ini terus berulang.
Persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa ialah adalah perlukah tonsil tersebut dibuang untuk mengelakkan kejadian berulang? Adakah pembedahan membuang tonsil perlu dijalankan untuk mengelakkan perkara ini berulang?
KERAP TERJADI KEPADA KANAK-KANAK
Jangkitan pada tonsil adalah jangkitan yang kerap berlaku dikalangan kanak-kanak.
Selain daripada demam yang berlaku ada juga kanak- kanak yang mengalami kesukaran tidur dan pernafasan waktu malam. Ia malah menjadikan kanak-kanak enggan menjamah makanan kerana kesakitan yang dirasai apabila hendak menelan.
GANGGUAN TIDUR
Pembengkakan pada tonsil ini akan menyebabkan kanak-kanak itu sering mengalami tidur yang terganggu sehingga menjejaskan aktiviti harian seperti persekolahan dan tidak mendapat tidur yang cukup. Ini secara tidak langsung akan mengganggu perkembangan dan ada juga terjejas prestasi di sekolah.
PERINGKAT MANA YANG PERLU DIBEDAH?
Demam yang berulang kepada kanak-kanak yang berpunca dari jangkitan kepada tonsil sebanyak 5 hingga 6 kali dalam setahun sehingga dan memerlukan antibiotik memerlukan mereka diperiksa oleh pakar untuk mendapatkan nasihat mengenai pembedahan.
Selalunya kanak-kanak yang mempunyai tonsil yang terlalu besar dan sering bernanah atau bernanah pada bahagian sekitar tonsil (peritonsillar abcess) juga boleh dipertimbangkan untuk pembedahan. Ibu bapa bawa anak utuk dapatkan rawatan, rundingan dan nasihat daripada doktor untuk dipantau dan menentukan tahap yang dihadapi dan rawatan yang sesuai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak yang sihat dan aktif sebelum ini tiba-tiba hanya terlantar dan sesekali merengek cukup membuatkan sesiapa melihatnya mengair air mata.
Begitulah nasib yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli, 6, yang kini hanya terlantar dan mampu mengelipkan mata selepas parah dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Pendarahan Dalam Kepala
Selepas setengah tahun peristiwa hitam itu berlalu, kehidupan Fawwaz telah berubah 360 darjah setelah doktor mengesahkan Fawwaz mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Dari seorang kanak-kanak yang ceria, Fawwaz kini hanya mampu terbaring di atas katil, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan selepas beberapa kali menjalani pembedahan.
Menerusi perkongsian pengacara televisyen iaitu Fedtri Yahaya, dia telah berkongsi keadaan terkini adik Fawwaz ketika melawat kanak-kanak itu bagi mengetahui perkembangan terkininya.
Keadaan adik Fawwaz cukup membuatkan sesiapa melihatnya menitik air mata.
“Adik Fawwaz ditimpa peti ais 1.8 Meter. Sudah 4 kali jalani pembedahan sejak Julai tahun lalu. Doakan kesembuhannya. Ibu ayah tak dapat bekerja buat sementara waktu kerana fokus penjagaan anak. Mereka berniaga air balang di Nilai.
Dalam pada itu Fedtri memohon jika sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dan meringankan beban adik keluarga Fawwaz boleh berbuat demikian melalui akaun bapanya 5622-6354-7454 (Maybank-Mohd Bukhari).
Tak Boleh Bangun & Bercakap
Sementara itu, melalui perkongsian Mohd Bukhari melalui Metro, mereka sekeluarga sentiasa berikhtiar untuk melakukan pelbagai rawatan untuk lihat Fawwaz kembali tersenyum.
“Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki anaknya juga bengkok selepas demam sawan seminggu selepas kejadian.
Katanya, doktor menjangkakan keadaan anaknya kekal, tetapi dia masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
Terpaksa Berhenti Kerja
Mohd Bukhari berkata, buat masa ini, dia tidak dapat bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada Muhammad Fawwaz di wad.
“Saya berniaga air balang di taman perumahan sekitar Nilai, Negeri Sembilan, tetapi tidak lagi bekerja sejak Julai tahun lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya yang menjaga Fawwaz di wad manakala isteri, Siti Khadijah Daud menetap di rumah mentua di Taman Gedung Lalang, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan bersama dua anak,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.