Beautiful young mother breastfeeding her little baby

Bila tahu fakta yang susu ibu halang masalah obesiti anak bila dia besar nanti tentu semua ibu akan berlumba-lumba untuk menyusukan bayi mereka selama yang boleh.

Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.

Masa kecil memang nampak comel kalau badan montel dan gebu tapi bila semakin meningkat usia, badan yang sedemikian akan dilabel sebagai obesiti. Obesiti atau berat badan berlebihan adalah petanda diri yang kurang sihat.

Sebenarnya selain daripada faktor pemakanan yang menjadi amalan, masalah obesiti boleh dihalang sejak daripada usia bayi lagi apabila ibu memberikan susu ibu kepada bayi.

1. Kaya dengan khasiat

IKLAN

Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.

2. Kurang risiko obesiti

Sebuah kajian yang dilakukan di Okyama University Graduate School of Medicine di Jepun, menyatakan bahawa menyusukan bayi mengurangkan risiko anak mengalami obesiti pada usia lapan tahun sehingga 50 peratus.

Susu Ibu Halang Masalah Obesiti Anak. 5 Fakta Ini Tentu Memeranjatkan Anda!

IKLAN

3. Risiko gemuk kurang 15%

Sekiranya bayi disusukan secara eksklusif selama enam bulan, risiko kegemukan berkurangan lagi 15 peratus, dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula.

4. Tumbesaran sihat

IKLAN

Bayi yang minum susu formula lebih cenderung untuk mendapat obesiti kekal berbanding bayi minum susu ibu secara eksklusif. Ini kerana susu formula biasanya ditambah gula dan juga mengandungi kepadatan kalori yang tidak seiring dengan tumbesaran bayi serta tidak mudah dihadam.

5. Membentuk pola makan sihat

Menyusukan bayi juga mempunyai kaitan erat dengan berat badan untuk jangka masa panjang. Ia membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Pemberian susu formula dalam jangka panjang akan meningkatkan produksi sel lemak yang meningkatkan kenaikan berat badan.

Oleh itu jangan malas untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda sehingga usianya dua tahun. Jika boleh, elakkan daripada pemberian susu yang boleh mendedahkan dia kepada risiko obesiti di masa hadapan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI