Sesetengah wanita mengalami masalah penghasilan susu merudum daripada waktu ovulasi (pertengahan kitaran) hingga hari pertama atau kedua haid. Untuk makluman, kalsium dalam darah perlahan-lahan menurun sewaktu wanita mengalami haid.

Oleh yang demikian, dalam sesetengah kes, penurunan kalsium dalam darah memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Anda jangan lekas berasa tertekan apabila berhadapan dengan masalah seperti ini. Pakar Laktasi IBCLC, Rita Rahayu Omar ada idea penyelesaian untuk membantu anda menanganinya setiap kali mengalami haid.

Susu Ibu Kurang Ketika Haid? Suplemen Kalsium, Magnesium Boleh Atasi Masalah IniBagi wanita yang mengalami masalah sebegini, pengambilan suplemen kalsium/magnesium mungkin boleh membantu. Amalan ini dilaporkan untuk mengatasi masalah kejang rahim dan sesetengah ketidakselesaan prahaid seperti penakungan air. Dos suplemen kalsium yang disarankan ialah antara 500mg kalsium/250mg magnesium dan 1500mg kalsium/750mg magnesium.

IKLAN

Lazimnya, dos yang lebih tinggi adalah lebih efektif. Walau bagaimanapun, dos kalsium yang tinggi tidak boleh diambil sendirian tetapi perlu digabungkan dengan magnesium (atau kalsium/magnesium/zink). Jika tidak, kalsium tidak dapat diserap dengan secukupnya ke dalam tubuh.

IKLAN

Susu Ibu Kurang Ketika Haid? Suplemen Kalsium, Magnesium Boleh Atasi Masalah IniAmaun suplemen bergantung kepada komposisi diet harian anda. Lebih banyak protein haiwan yang diambil, lebih banyak kalsium/magnesium diperlukan. Jika anda seorang yang vegetarian, dos yang rendah boleh membantu.

IKLAN

Jika anda mengambil suplemen lebih daripada 500mg kalsium sehari, bahagikan dos berkenaan supaya anda tidak mengambilnya sekali gus. Penyerapan kalsium adalah lebih bagus jika anda mengambilnya tidak lebih daripada 500mg dalam satu-satu masa.

Adalah disarankan agar anda mula mengambil suplemen ketika waktu anda ovulasi dan kemudian berterusan sehingga hari-hari pertama haid. Jika haid anda tidak tetap, mula mengambil kalsium/magnesium pada 14 hari selepas habis haid. Atau anda juga boleh menjadikan suplemen ini sebagai amalan setiap hari.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI