Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.
Jangan risau kerana ada cara untuk ibu memgatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.
Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Zatiha Nani Ishak, teknik ini sesuai untuk anda yang ada masalah susu merudum. Namun bagi ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, anda perlu mengutamakan penyusuan secara terus terlebih dahulu.
ADA DUA CARA
Ads
Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah!
Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam-macam jenis resipi viral yang kita dah cuba sepanjang tempoh PKP ni. Nak keluar bersenam, ambil angin luar pun tak boleh. Melainkan kita memang sejenis orang yang bersenam secara disiplin, dan tentu berat badan akan naik sepanjang duduk di rumah ni kan?
Untuk para ibu yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut, bolehlah cuba buat air rebusan herba ini. Caranya mudah dan bahan nak buat pun tak banyak.
Ikuti resipi air rebusan herba ini seperti yang dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai.
*Resipi Air Rebusan Pencair Lemak Degil*
Bahan-bahan:
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang kayu manis Ceylon
3 hiris halia diketuk
1 biji lemon
Madu
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
2. Tutup api selepas mendidih. Ambil setengah gelas air rebusan dan tambah setengah gelas air biasa.
3. Perahkan sehiris lemon dan tambah sesudu madu.
4. Minum ketika ia masih suam sebelum menikmati makanan.
Baki air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum ambil setengah cawan dan dicampurkan dengan setengah gelas air panas.
Air rebusan ini perlu diminum suam. Boleh perahkan lemon dan tambah madu untuk rasa yang lebih sedap.
Khasiat Bahan Dalam Air Rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu Manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina
Badan akan terasa ringan serta mengembalikan kecergasan tubuh. Sesuailah buat para ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga sepanjang hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah sembelit berlaku apabila baby tak berak atau ketika si kecil sukar membuang air besar seperti biasa.
Ada sesetengah anak di bawah usia 6 bulan akan mengalami pergerakan usus beberapa kali setiap hari.
Sesetengah bayi pula hanya membuang air besar sehari sekali atau sekali bagi setiap 2 hari. Paling penting, tekstur najis mereka lembut dan mudah melalui usus.
Walaupun sembelit merupakan perkara biasa untuk terjadi, namun ada beberapa kes, ia mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu.
Baby tak berak tandanya sembelit?
Si kecil mungkin mengalami sembelit sekiranya najis mereka tampak seperti pelet kering yang keras dan tidak meresap masuk ke dalam lampin.
Masalah sembelit bayi boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tetapi selalunya, tiada sebab atau punca yang jelas. Keadaan ini dikenali sebagai sembelit idiopatik – apabila penyebabnya tidak diketahui.
Jika anak tidak mengalami pergerakan usus untuk 1 atau 2 hari dan tekstur najis anak lembut atau cair, ia bererti tiada masalah sembelit bayi yang berlaku.
Ini kerana ada kalanya bayi juga memerlukan masa untuk mengatur jadual pergerakan usus sendiri dan kekerapan membuang air besar yang tidak teratur adalah normal.
Meneran
Ibu yang pernah menatap wajah si manja semasa berak pasti menyedari ada kalanya bayi kelihatan seakan meneran, bukan?
Tetapi itu tidak bermakna wujudnya masalah sembelit bayi. Ini kerana otot perut bayi masih lemah menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis.
Si kecil tidak dikategorikan mengalami sembelit jika pergerakan usus yang lembut setelah beberapa minit meneran.
Tetapi jika proses meneran itu disertai dengan tangisan, tekanan, wajah kemerahan dan si kecil merengek, itu barulah petanda sembelit.
Jenis penyusuan dan masalah sembelit bayi
Tidak dinafikan jenis susu yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca sembelit.
Menyusu badan
Isu baby tak berak jarang dialami oleh si kecil yang diberikan penyusuan susu badan. Ini kerana susu ibu mengandungi julap semula jadi.
Malah bayi yang menyusu badan juga cenderung mempunyai najis berwarna kuning yang agak lembut teksturnya.
Bayi baru lahir yang diberikan susu ibu mungkin akan berak setiap kali selepas makan. Manakala bayi lebih berusia mungkin tidak akan membuang air besar sehingga tempoh seminggu.
Jangan risau, ia bukan masalah sembelit ya ibu jika najis lembut dan cair.
Susu formula
Bayi yang diberikan susu formula biasanya mempunyai najis yang banyak dan perlu berak lebih kerap berbanding si manja diberikan susu ibu.
Jika menggunakan susu formula, pastikan anda mengikut arahan bancuhan yang betul atau ia boleh menjadi punca baby tak berak.
Elakkan:
Mencampur adukkan jenis susu
Membuat bancuhan susu yang cair – tidak mengikut arahan bungkusan
Menambah makanan pejal seperti biskut atau nasi kerana anak boleh tersedak dan menjadi punca masalah sembelit bayi
Kaedah rawatan atasi keadaan baby tak berak
Terdapat beberapa cara boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah bayi di bawah usia 6 bulan yang mempunyai masalah susah berak, seperti:
Berikan mandian air suam kepada bayi untuk melegakan usus
Lakukan urutan perlahan pada perut bayi mengikut arah jam. Berikan sedikit tekanan pada perut bayi dan lakukan gerakan bulatan dari pusat ke luar
Baringkan bayi dan gerakkan kaki mereka seolah-olah sedang mengayuh basikal
Jangan berikan sebarang ubat julap melainkan atas arahan doktor
Berikan susu yang mencukupi. Bayi di bawah usia 6 bulan harus mendapatkan 700ml cecair setiap hari – sama ada daripada susu ibu atau formula
Anda boleh berikan antara 50 hingga 120 ml jus buah prun, pir, ceri atau epal setiap hari. Apabila najisnya semakin lembut, kurangkan jumlahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jika ibu tidak pandai meneran semasa melahirkan bayi, ia boleh akibatkan proses bersalin menjadi tak lancar. Jangan kata ibu yang baru pertama kali nak bersalin, kadangkala ibu yang sudah beberapa kali bersalin pun boleh terlupa cara meneran yang betul.
Apabila proses bersalin tiba ke peringkat kedua (pushing stage), gesaan untuk meneran akan mula dirasai. Cara meneran yang betul sangat penting supaya tempoh masa untuk bersalin tidak lama dan berjalan lancar.
Bagaimanapun, bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar. Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat, tidak pandai meneran bagi memastikan bayi dapat dikeluarkan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan kelahiran. Lebih-lebih lagi, setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, anda boleh jadi keliru.
Jangan meneran pada muka kerana ia adalah cara yang salah dan boleh mengakibatkan anda cepat penat. Ia adakah kesilapan yang sering berlaku terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai pengalaman bersalin normal.
2. Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah membuat latihan pernafasan. Caranya ialah:
Tarik nafas sepanjang mungkin.
Cuba tahan nafas.
Latihan ini selalunya akan diberikan dalam kelas antenatal. Menahan nafas bermaksud anda sedang meneran. Ini bermakna anda sedang berlatih untuk meneran tanpa perlu mencuri nafas. Hal ini kerana mencuri nafas membuatkan proses bayi untuk keluar terbantut dan boleh menyebabkan kepalanya masuk semula ke saluran peranakan.
3. Meneran memerlukan tenaga. Maka disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran. Namun, ia bukanlah cara untuk menggalakkan pembukaan serviks dan mempercepatkan proses bersalin.
4. Anda dicadangkan supaya mengambil snek sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti atau buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat yang diambil dalam kuantiti kecil sebagai mengalas perut dapat membekalkan tenaga semasa meneran.
5. Postur badan memainkan peranan untuk memudahkan anda meneran. Caranya ialah dengan:
Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
Bahagian belakang akan ditinggikan sedikit.
Cuba pegang tumit atau letakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.
6. Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.
Cara meneran yang betul semasa bersalin ialah seperti berikut:
Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
Mata memandang ke arah perut.
Tangan pegang pergelangan kaki.
Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak menjadi besar.
Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh selama 10 saat
Rehat dan relaks ketika kontraksi tiada. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
Dengar arahan jururawat dan doktor.
Elakkan menjerit-jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbanding dahulu, apa jua yang melibatkan urusan anak-anak, mak ayah perlu mengisi borang panjang lebar untuk mengisi data, kini tidak lagi bila adanya sistem yang lebih baik.