Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari! Anak Excited Nak Menyusu, Bila Besar Tak Cerewet Makan

Share

Susu ibu dihasilkan oleh badan ibu untuk keperluan bayi. Rupanya apa yang dimakan ibu akan dirasai oleh bayinya. Secara tidak langsung, mereka telah merasa rasa makanan melalui susu ibu dan tidak cerewet untuk menerima makanan pelengkap kelak.

Perkongsian daripada National Lactation Centre ini menarik.  Bayi yang menyusu dengan susu ibu secara eksklusif hingga 6 bulan kurang berisiko untuk menjadi picky eater. Ini adalah kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai rasa dan bau yang ada dalam susu ibu bergantung kepada pemilihan makanan ibu tu sendiri.

Kalau ibu makan kari, susu akan rasa n bau kari sikit. Kalau makan durian merasalah bayi dengan rasa lemak manis durian tu, bau pun tecalit la sikit

PENGENALAN MAKANAN PELENGKAP LEBIH MUDAH

Jadi, proses memperkenalkan makanan pelengkap kepada mereka kelak akan menjadi lebih mudah tau tetapi dengan syarat bayi diberikan makanan yang ibu makan. Janganlah bagi bayi makan nestum padahal ibu kebiasaannya makan nasi.

Pastu complain kata bayi tak nak makan. Memang lah bayi tak nak sebab ibu tak pernah makan nestum time breastfeed jadi bayi tak pernah terdedah pun dengan rasa nestum tu

MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Disebabkan itu, pemilihan makanan untuk ibu menyusu juga adalah sangat penting. Mesti ibu nak bayi membesar dengan makanan yang sihat, seimbang & berkhasiat kan? Jadi pastikan amalan tersebut dimulakan dari ibu dan ahli keluarga yang lain dahulu barulah bayi pun mudah nak ikut sebab contoh dah ada depan mata.

Sumber: National Lactation Centre

Published by
Azma ML