Bagi ibu yang sememangnya mempunyai anak ekzema pastinya mereka lebih sensitif dari pelbagai aspek. Persekitaran seperti habuk, asap dan sebagainya, pakaian, produk dan bermacam lagi. Pemakanan juga umpamanya paling penting untuk dijaga, akan tetapi janganlah sampai susu ibu pun dikatakan sebagai penyebab.
Susu ibu adalah sebaik-baik susu, berbeza jika hendak dibandingnya dengan susu formula. Penyebab susu memberi kesan kepada anak mungkin disebabkan oleh susu ibu kurang bermutu, kesan dari pemakanan ibu itu sendiri.
Menurut Dato’ Dr Suriyakhatun Osman di facebooknya, sememangnya tidak ada susu formula yang boleh menggantikan susu badan. Ikuti perkongsiannya.
Nak jadi cerita semasa saya tanya kepada ibu pesakit saya, seorang bayi yang menghidap ekzema kenapa dia nak berhentikan susu badan dan beri susu formula dan dia jawab, sebab ada doktor kata susu dia yang menyebabkan ekzema.
Saya dapat rasa marah saya mula naik. Mungkin muka garang saya muncul seketika.
Saya cepat sedar tentang marah saya dan mula fokus pada nafas dan tenangkan diri saya sebelum saya huraikan lagi sekali ( memang saya sudah banyak kali katakan ) bahawa tidak ada susu formula yang boleh menggantikan susu badan.
Ibu hanya perlu makan seimbang dan berkhasiat serta elak makanan yang banyak toksin.
Ini hand out yang saya selalu berikan pada ibu yang menyusukan anak .
Punca masalah kurang mutu susu ibu
1. Kurang probiotik – bakteria baik dalam usus
2. Kurang zat makanan
3. Usus ibu tak sihat maka susu mengandungi bahan alergen/ alahan
4. Ibu mengambil makanan yang mencetus tindakan alahan pada anak atau makanan yang bertoksin seperti makanan berproses, ikan tercemar dan lain-lain.
Berikut adalah cara-cara untuk meningkat mutu susu;
1. Makan prebiotik: Gam arab, Baobab, psyllium, dan banyakkan buah berserat. Khasiat makanan ini bukan setakat pada seratnya tetapi juga zat galian dan vitamin serta anti oksidan. Gam arab mempunyai asid amino yang lengkap.
2. Lemak Wajib , ( essential fatty acids ) .EFA: fish oil , Omega 3, chia seeds, flax seed, black seed ( Nigella Sativa ada keduanya 3 dan 6, Omega 6,VCO , EVOO.
3. Elak makanan yang mengandungi toksin, seperti ayam, ikan dan daging lama dan tidak segar, gunakan sebaiknya ayam yang bebas antibiotik – ABF (antibiotic free) atau organik atau ikan segar atau daging kampung. Elak makanan berproses, terutama gula putih. Awas gula yang tersembunyi dalam makanan.
4. Kenalpasti alergen anak ( jika ada) dan elak memakan makanan tersebut.
5. Elak makan makanan yang mengandungi elergen tinggi. Antara makanan tinggi allergen adalah makanan laut (tercermar dengan bahan pengawet, logam berat dan kuman yang keluarkan histamin dan serotonin), susu lembu, terutamanya susu komersial dan elergen yang spesifik seperti kekacang dan buah -buahan.
Kredit: Dato’ Dr Suriyakhatun Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI