Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam! Rupanya ada penyebab yang membuatkan bayi mudah tertidur. Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya dan sesuai dengan masanya.
Pernah tak dengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu malam atau dinihari akan menyebabkan bayi mengantuk? Setiap spesies mamalia menghasilkan susu unik tersendiri memenuhi keperluan nutrien anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia dan menghasilkan susu ibu yang sempurna untuk keperluan anaknya.
HORMON
Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya ialah hormon melatonin. Hormon ini di rembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan juga kesan merehatkan otot-otot di usus.
Ads
Ada kemungkinan bahawa susu ibu , yang mengandungi melatonin memberikan kesan sedatif yang membuatkan bayi rasa mengantuk (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut. Hebatnya Ciptaan Allah!
KURANGKAN BAYI MERAGAM
Ads
Untuk pengetahuan anda, penyusuan eksklusif juga boleh mengurangkan bayi meragam. Ia juga boleh mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut kepada si kecil serta cenderung untuk tidur pada waktu malam lebih panjang. Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan formula tidak. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa bayi akan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah pada waktu malam atau dinihari ( sebagai contoh semasa bekerja syif malam).
MUDAH UNTUK TERTIDUR
Ads
Seperkara lagi, ialah bayi yang menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormone cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, rembesan CCK oleh kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.
BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan . Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus.
Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan. Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar semula untuk menyusu semula sama ada daripada payu dara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Tunggu 30 minit selepas menyusukannya sebelum meletakkan bayi ke katilnya membantu bayi untuk tidur lena.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa yang melegakan seorang ibu selepas berjaya melahirkan cahaya mata yang dinanti-nantikan. Penyanyi Shila Amzah bercerita bagaimana perjalanannya selama 55 jam 43 minit bersalinkan anak sulungnya.
Shila yang selamat bersalinkan anak lelaki dinamakan Seth Uwais pada 31 Ogos lalu berkongsi menerusi Instagram tentang cabaran dan kegetiran yang dilalui sepanjang 55 jam itu.
Assalamualaikum semua, sorry sangat tak dapat balas msg satu2.. Sha baru dapat baca semua ni. Baru dapat nak jalan Sikit2 as I’ve been on drugs these few days kan ?
Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy.. Sha just tak dapat nak breastfeed betul2 lagi sebab c section ni sangat tak selesa nak bf..
Hari ni gagahkan diri juga utk bangun.. Keluar kan Segala tiub from my body.. Kalau ada tips on post c section boleh la Korang share dgn sha Korang punya experience
TIADA BUKAAN PUNCA EMERGENCY CAESAR Anyways banyak orang tanya kenapa sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh sha failed utk dilate sampai habis walaupun dah Di induced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon.
KONTRAKSI TERLALU KUAT, AMBIL EPIDURAL Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night.. And I’ve been contracting tinggi sangat2.. Before amek Pitocin Sha buka 4cm je so me and Haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.
Tak sakit sangat pun bila jarum tu masuk kat belakang, doctor cakap dengan Sha supaya duduk, peluk bantal and jangan gerak.. So I didn’t move at all.. Bila ubat masuk, you’ll get a tingling feeling macam kena mild electric shock.. Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki.. Honestly after days of contractions Sha rasa relieved sangat bila dapat epidural tu..
BIMBANG BAYI STRES & TALI PUSAT TERBELIT LEHER
DAPAT RASA SAPUAN ANTISEPTIK, EEPIDURAL KURANG BERKESAN
Apa yang mendebarkan Shila ialah sapuan antiseptik dapat dirasakan sejuk pada abdomen. Sah epidural yang digunakan semakin kurang berkesan.
AMBIL BIUS AM
LEPAS PEMBEDAHAN WALAU PUN DIKEJUT TAK BANGUN
Shila juga mengakui kesan bius menyebabkan dia berasa khayal (lalok). Dia turut cuba untuk menyusukan Seth dengan susu ibu dan sedang mendapatkan pelekapan terbaik.
Meningitis, radang paru-paru, jangkitan kuman dalam darah, sinusitis & jangkitan telinga adalah antara penyakit-penyakit yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan bayi. Perkongsian doktor ini amat bermanfaat untuk menanganinya.
Dr Syahr Musafir berkongsi mengenai bahayanya serangan bakteria streptococcus pneumoniae yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti meningitis, radang paru-paru, jangkitan kuman dalam darah, sinusitis & jangkitan telinga. Malah lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan kecacatan sekiranya.
Tindakan ibu bapa memberikan anak suntikan vaksin pneumococcal berupaya mengurangkan risiko kesan dan komplikasi yang mungkin terjadi seperti kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian. berikut ialah perkongsian beliau;
Esok nak masuk tahun baru 2019, sudah pasti ramai yang menyusun-nyusun azam baru. Buat para ibu bapa, saya nak kongsi vaksin pneumococcal (Pneumococcal Vaccine). Manalah tahu boleh dijadikan sebagai salah satu AZAM 2019.
Penyakit pneumokokus adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus pneumoniae yang menjangkiti orang dewasa dan kanak-kanak. Tetapi lebih berisiko kepada kanak-kanak dan orang tua.
Bakteria ini boleh membawa pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru / peradangan (radang paru-paru), meningitis (keradangan membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media (jangkitan telinga bahagian tengah).
Kalau tak silap, tahun ini ada viral kes meningitis yang melibatkan kanak-kanak.
SERANGANNYA BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN KEKAL & KEMATIAN
Terdapat banyak jenis strain (jenis) Streptococcus pneumoniae (sekitar 90 jenis atau serotaip) tetapi hanya minoriti strain (kira-kira 20 serotaip) menyebabkan penyakit pneumokokus. Majoriti jangkitan ini serius dan memerlukan rawatan di hospital, kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian.
Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan bahawa daripada 8.8juta kematian tahunan di seluruh dunia dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, 476000 kematian adalah disebabkan oleh jangkitan pneumokokal. Kadar kematian dan penyakit adalah lebih tinggi di negara-negara membangun dengan majoriti kematian yang dilaporkan di Afrika dan Asia.
WALAU PUN ANTIBIOTIK BOLEH MENGUBATI, VAKSIN PILIHAN TERBAIK
Walaupun rawatan antibiotik untuk penyakit pneumokokus boleh didapati, beberapa jenis bakteria ini ‘lebih kuat’ berbanding antibiotik. Maksudnya, antibiotik tak mampu menyelesaikan jangkitan bakteria.
Memandangkan penyakit pneumokokus adalah penyakit yang boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin, vaksinasi adalah pilihan terbaik. Di Malaysia, penyakit pneumokokus adalah salah satu daripada penyakit yang boleh dielakkan melalui vaksin untuk membantu melindungi daripada penyakit serius, komplikasi dan menyelamatkan nyawa.
Vaksin ini mencegah penyakit. Antibiotik itu mengubati. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
CARA PEREBAKAN BAKTERIA STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE
Streptococcus pneumoniae boleh tersebar dengan mudah melalui permukaan yang dijangkiti, dan daripada orang ke orang apabila terdapat hubungan langsung atau melalui titisan, contohnya apabila orang yang dijangkiti bersin atau batuk. Bukan semua orang yang telah terdedah kepada bakteria, akan mengalami gejala penyakit pneumokokus.
Sesetengah orang membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan tanda-tanda gejala penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti.
Kanak-kanak sangat terdedah kepada jangkitan tersebut. Maka, vaksin memberi perlindungan terhadap risiko ini. Terutama anak-anak yang bersekolah, bersukan, aktiviti outdoor malah anak-anak yang ditinggalkan di pusat/rumah asuhan, nurseri dan sebagainya.
VAKSIN PNEUMOCOCCAL
Pada masa ini terdapat dua jenis vaksin pneumokokus: vaksin polysaccharide pneumokokus (pneumococcal polysaccharide vaccine) dan vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine). Untuk kanak-kanak dan orang normal (kurang dari 65 tahun) yang tiada risiko tinggi jangkitan kerana masalah imunisasi tersensitif, mendapatkan vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine) sudah cukup bagus.
Vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine) pula ada dua jenis:
(1) Prevenar13, yang melindungi daripada 13 jenis serotaip bakteria.
(2) Synflorix, yang melindungi daripada 10 jenis bakteria Streptococcus pneumoniae.
VAKSIN PNEUMOCOCCAL INI ADALAH INISIATIF SENDIRI
Anak-anak kami, Along ST (7 tahun 5 bulan) dan Angah IY (5 tahun 2 bulan) mendapat vaksin ini secara percuma di Australia kerana perlindungan insurans – diberikan secara 3 dos berkala sebelum umur 2 tahun.
Namun di Malaysia, vaksin ini tidak tersenarai dalam vaksinasi percuma. Mungkin salah satu sebabnya adalah vaksin ini berkos tinggi dan masih tidak berisiko tinggi. Di Australia, caj yang dikenakan adalah AUD$380 hingga $450 untuk 1 suntikan vaksin ini jika bukan rakyat Australia yang tiada perlindungan insurans.
Jadi, untuk anak-anak kami yang lahir di Malaysia, perlu dapatkan vaksinasi ini melalui inisiatif sendiri.
HARGA & DOS VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK
Saya survey harganya dalam range RM270 hingga RM350 untuk Prevenar13, dan RM230 hingga RM280 bagi Synflorix. Saya mendapatkan khidmat vaksinasi ini di sebuah klinik swasta di Kota Bharu, dengan harga RM270 untuk Prevenar13 (Kena PM kalau nak tahu klinik mana) untuk anak ke-3 kami, Aboy HE (2 tahun). Tahun lepas RM250, tahun ni naik harga dah.
Jika tak silap saya, di Selangor, boleh dapatkan vaksinasi ini di hospital/klinik kerajaan dengan bayaran RM230 (Synflorix). RM230 ni kira murah sangat dah ni.
Untuk anak bawah 2 tahun, perlu pergi ke klinik 2 hingga 3 kali kerana suntikan vaksin ini dos berkala bagi anak berusia kurang 2 tahun. Tetapi apabila menjangkau 2 tahun, hanya 1 dos (1 suntikan) sahaja.
UNTUK ANAK 2 TAHUN KE BAWAH PERLU DOS BERKALA
Kalau nak mudah, boleh buat macam saya ni, pergi bila anak sudah berumur 2 tahun untuk 1 kali suntikan sahaja. Tetapi risikonya anak tiada perlindungan vaksin sebelum berumur 2 tahun. Ada risiko di situ, yang tak patut diambil tetapi diambil sebab kos. Saya ambil risiko ini sebab anak-anak saya dijaga sendiri oleh isteri saya di rumah, tidak dihantar ke pengasuh dan sebagainya.
Saya sekadar berkongsi, para ibu bapa boleh jadikan azam tahun 2019 untuk vaksinkan anak-anak secara tambahan. Boleh menabung RM25 setiap bulan supaya dapat kumpul RM300 pada bulan Disember 2019, boleh pergi suntikkan anak dengan vaksin ini penghujung tahun 2019. RM300 itu masih berbaki, boleh beli aiskrim. Heheh. Berbaloi.
Saya pula, dapat gaji bulan Januari nanti, akan mula asingkan RM15 menabung bagi tujuan vaksinasi ini, untuk anak ke-4 kami, Adik AL (1 bulan 24 hari), supaya cukup RM300 pada Disember 2020 (ketika umur 2 tahun). InsyaAllah.
Tahniah diucapkan buat anggota kumpulan K-Clique, Fareed yang kini bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya pertama mereka pada 8 Ogos lalu.
Kongsi Fareed, isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.86kg secara pembedahan.
Berkongsi rasa gembira, Fareed meluahkan rasa syukur malah turut memberitahu isteri dan anaknya kini dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah isteri dan bayi saya berada dalam keadaan sihat.
“Isteri saya sekarang sedang berehat dan dalam tempoh pemulihan untuk sembuh. Maklumlah bersalin secara pembedahan.
“Bayi kami seberat 2.86kg, syukur semuanya selamat dan dia juga dilahirkan dengan sempurna,” katanya berkongsi.
Isteri Fareed yang juga kakak kepada MK, Siti Hawa kini sedang berpantang di Sabah.
Berkongsi rasa terujanya, akui Fareed ianya satu pengalaman yang baru buatnya dan isteri.
“Saya begitu gembira kerana ia merupakan satu perjalanan baru buat saya dan isteri. Saya juga sangat teruja menjadi seorang bapa,” kongsinya lagi.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.