Melihat hasil perahan susu buat pertama kalinya memang terasa perit. Bagi mendapatkan susu sekitar 2oz terasa cukup sukar. Apa lagi kala melihat kuantiti susu ibu lain yang cukup banyak. Makin buat ibu bertambah tertekan.
Menurut Kaunselor Laktasi bertauliah, Pn NoorFazila Abdul Rahman, yang juga merupakan salah seorang Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, kejayaan menghasilkan 2 auns susu diperingkat awal boleh disifatkan sebagai satu kejayaan besar buat ibu.
Kunci utamanya adalah jangan pernah merasa tertekan dan membandingkan dengan ibu lain.
Suka saya katakan bahawa jumlah hasil perahan 2oz yang diperolehi ketika baru melahirkan anak itu bukanlah satu jumlah yang sedikit. Mungkin anda rasa ia jumlah yang sikit kerana membandingkan hasilnya dengan ibu lain yang mampu dapat lebih dari jumlah tersebut. Berapa banyak hasil perahan yang kita mampu dapat melalui sesi perahan sebenarnya langsung tidak menggambarkan jumlah susu yang badan kita mampu hasilkan.
Ini kerana, jumlah hasil perahan ini sebenarnya hanya menunjukkan kemampuan pam susu yang anda gunakan untuk mengeluarkan susu dari payudara anda. Sama juga halnya dengan jumlah hasil perahan yang anda dapat, ianya tidak menggambarkan jumlah yang sama dengan berapa yang anak perolehi bila menyusu terus.
Jumlah hasil perahan tidak boleh dijadikan indikator untuk menentukan sama ada anda ibu yang tidak mampu menghasilkan susu yang cukup untuk anak atau sebaliknya. Jika anak membesar dengan sihat, pembuangan air kecil dan besarnya normal setiap hari dan terdapat kenaikan berat badan setiap bulan, itu tanda yang badan anda telah menghasilkan susu yang cukup untuk anak. Jadi, saya harap anda tidak terus rasa kecewa dan beranggapan anda tidak mampu menghasilkan susu yang cukup untuk anak.
Ubat Minda & Elak Tertekan Dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran susu, ramai ibu mengharapkan mereka dapat hasilkan susu yang banyak untuk anak, hakikatnya mengharapkan susu yang banyak hanya akan membuatkan mereka lebih tertekan dan mudah berputus asa.
Apa yang penting, pertama sekali anda boleh mula mengubah mindset dari mengharapkan susu yang ‘banyak’, adalah lebih baik anda setkan minda agar dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anak kerana sesungguhnya, untuk menjayakan penyusuan susu ibu, ibu tak perlu susu yang banyak yang penting cukup untuk anak.
Ads
Perkara paling penting yang anda perlu lakukan untuk memastikan bekalan susu sentiasa cukup untuk keperluan anak adalah dengan memastikan rutin penyusuan yang sepatutnya anda lakukan, dilakukan sebaiknya sebelum memikirkan makanan apa yang mampu membantu membanyakkan bekalan susu. Ini kerana, banyak atau tidak susu yang badan ibu hasilkan bukan bergantung pada apa yang ibu makan sebaliknya berapa kerap susu dikeluarkan dari badan.
Patuhi Rutin Penyusuan Rutin penyusuan yang perlu dilakukan perlu mematuhi konsep asas penyusuan iaitu lebih banyak permintaan, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Apa yang dimaksudkan dengan konsep asas penyusuan ini adalah :-
1. Bila bersama dengan anak, anda boleh terus menyusu pada payudara sekerap 1-2 jam sekali. Lebih kerap rangsangan pada payudara, lebih tinggi paras hormon prolaktin dalam darah ibu, lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Apabila di tempat kerja, pentingnya menjaga jadual memerah susu. Pastikan jarak antara sesi perahan tidak lebih dari 3 jam. Ini penting bagi memastikan payudara terus mendapat rangsangan permintaan susu supaya badan terus menghasilkan susu walaupun tanpa kehadiran anak di sisi.
Ads
3. Penyusuan waktu malam juga dapat membantu meningkatkan bekalan susu, ini kerana paras hormon Prolaktin di dalam darah ibu dua kali ganda lebih tinggi di waktu malam. Jadi biasakan untuk mengejut anak menyusu 2 jam sekali sepanjang waktu malam.
4. Jika ada kelapangan masa, boleh ikhtiarkan dengan melakukan Power Pumping sehari sekali di awal pagi selama 2 minggu. Power pumping merupakan teknik mengepam yang seolah meniru gaya hisapan anak dan ia merupakan antara usaha untuk menaikkan paras hormon supaya badan terus menghasilkan lebih susu.
5. Selain itu, jika anda mengambil pil perancang pastikan ianya tidak mengganggu hormon penyusuan. Berbincanglah dengan doktor agar doktor memberi pil perancang yang tidak mengganggu produksi susu. Ini penting bagi memastikan bekalan susu yang sentiasa mencukupi untuk anak.
6. Selain itu, pastikan minum air kosong mencukupi mengikut keperluan badan. Ini kerana, hormon Oksitosin yang dirembes sewaktu aktiviti penyusuan berjalan membuatkan anda berasa dahaga, jadi minumlah air kosong mencukupi. Selain itu, air kosong juga membantu membawa oksigen yang cukup ke otak dan ini penting untuk memastikan anda entiasa bertenaga.
7. Sentiasa tenangkan diri. Amalkan zikir Ya Matin sepanjang sesi memerah atau waktu menyusukan anak. Elakkan berada dalam keadaan tertekan atau sedih kerana ia akan mengganggu penghasilan hormon Oksitosin. Seperti yang puan sedia maklum, hormon Oksitosin sangat penting kerana ia membantu mengeluarkan susu dan memastikan aliran susu lancar keluar dari payudara.
Ads
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, minum susu sebagai sumber kalsium, makan lebih sayur-sayuran dan buah buahan kerana diet ibu menyusu perlulah berwarna warni dari bahan semulajadi. Jangan sesekali bazirkan wang membeli produk-produk yang dikatakan mampu membanyakkan susu ibu sedangkan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya boleh diambil dalam bentuk semulajadi. Adalah lebih baik membelanjakan wang dengan membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber protien dan makanan berkhasiat yang lain.
9. Akhir sekali, jika anda telah lakukan semua yang disenaraikan di atas anda bolehlah mencuba makanan yang dikatakan boleh membantu membanyakkan susu ibu. Saya akui ada sesetengah makanan atau herba yang dikelaskan sebagai ‘Galactagogue’ dikatakan mampu membanyakkan susu ibu seperti lobak putih, oat, halba, jantung pisang dan sebagainya tapi ia bukan jaminan.
Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit manfaat dan boleh dijadikan panduan dalam usaha anda meningkatkan penghasilan susu. Memang hakikat perjalanan penyusuan agak sukar di peringkat awalnya tapi percayalah berkat kesungguhan pasti akan berjaya jika anda terus bersemangat dan komited dengan rutin penyusuan yang sebenar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun kes COVID-19 semakin berkurangan, kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diikuti. Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya, jadi kita tidak boleh leka.
Dipetik dari laman Facebook rasmi KKM, mereka menyeru agar ibu bapa lebih peka dan tidak membawa anak-anak kecil ke tempat awam.
Boleh bawa anak kecil ke tempat awam atau tempat ramai orang? Ibu bapa boleh dikompaun?
Tapi bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, COVID-19. Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan. Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab.
Mungkin kenyataan ini agak berterus terang dan kasar, tapi ia kenyataan.
Ibu bapa/penjaga tahu anak-anak kecil dan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Bukan setakat nasihat, malah KKM pernah merayu ibu bapa/penjaga jangan bawa keluar mereka ini.
Kita sebagai orang dewasa pun dinasihatkan elak tempat orang ramai dan kena patuh SOP. Inikan pula anak kecil yang tidak boleh lindungi diri sendiri.
Alah admin ni, kecoh pulak. Bukan ada kes kanak-kanak meninggal sebab COVID-19 kat Malaysia ni.
Memang betul. Satu sebabnya kerana penguatkuasaan ketat pasukan keselamatan negara khususnya PDRM yang membuat pemantauan dan rondaan setiap masa sejak awal PKP hingga hari terakhir PKPB. Itu pun masih ada ibu bapa yang ‘gedebe’ ingkar arahan.
Tapi kita nak tunggu ada kematian baru kita ikut nasihat?
Tunggulah sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.
Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan bukan menyusahkan.
Ini bukan marah tapi nasihat…
Sekiranya terpaksa bawa anak keluar rumah, kena ambil langkah berjaga-jaga. Pastikan anda bawa bersama hand sanitizer, mudah untuk bersihkan tangan sekiranya tiada air.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat anak-anak melakukan perbuatan yang lucu seperti mengorek hidung sememangnya mencuit hati. Tapi harus juga diperhatikan gerak-geri mereka supaya tidak mendatangkan mudarat.
Atirah Alias berkongsi pengalaman yang tidak mungkin dia lupakan. Pada awalnya dia menegur anaknya kerana kelihatan mengoreng hidung terlalu dalam. Kemudian si kecil itu mengadu sakit pada bahagian dalam hidung dan badannya mulai panas.
Ikuti cerita ini untuk pedoman kita semua.
KEJADIAN 31/5/20
Tak dapat mama n papa nak lupakan…bagaikan mimpi ngeri sahaja..Tetapi apakan daya..Allah telah tetapkn takdir begitu buat kakak Aura …Hanya Allah sahaja tahu bagai mane persan mama ketika itu………sedikit cerita untuk mak2,Dan ayah dekt luar Sana….berhti2 Dan sila ambik berat…jika sesuatu begini terjadi dekt anak2 kecil uolls.
30/5/20 Petang pukul 3 lebih mama tengak kakak TENGAH ASYIK corek hidung dengan jari telunjuk…mama tegur ” kakak jangn corek hidung dengan jari telunjuk nanti besar lubng hidung kakak “ Kakak teruskan corek tnpa hiraukan mama bagitahu Selepas beberapa jam petang pukul 4 lebih…kakak ngadu sakit hidung…mama minta nak tengak dia.. Tak Kasi..malah dia teruskn corek Dan menangis cakap skit….hingus Mula keluar belah hidung Kiri… Mama paksa tengak dgn lampu tlfn…Tak Ada benda ape2 melainkn hingus dia yang keluar…mama minta dia buang hingus. dlam bilik air…lpas buang hingus…mama tengk dia ok Dan bermain seperti biasa…mama Tak sak ape2 …mungkn sebb dia korek terlalu dalam..Hanya FIKIR begitu sahaja….
Malam dalam pukul 7 lebh…dia nampk lain..bdan pans…Dan dia cakap sejuk..lepas tu hidung dia Mula bercmpur dengan cecair wrna hitam..mama ingat darah beku …mungkn sebb dia corek tadi terlalu dalam……
pukul 11 lebih..SEMAKIN banyk sikit cecair wrna hitam..mama cium..x bau apa2…Hanya ingt darah beku lagi
Kakak x dapat nak tido tubuh SEMAKIN pans…mama paksa papa bagi kakak ubat…setelah itu..kakak dapat tido kejap… Tetapi tdak Lena seperti biasa…Hanya tidur2 ayam sahaja …. smpai la pukul 4 pagi baru dia tidur Lena smpai ke pagi…
31/5/20 Pukul 7 pagi…mama x sedak Hati sebab tengak cecair hitam masih keluar…mama sapu dengan Kain lapin..Dan cium …tapi x bau ape2… Minta adik lelaki cium…dia cakap bau mcam asap rokok…tapi mama masih x puas Hati Dan rsa Tak sedak duduk..terus ajak papa g klink swasta…bila DAFTAR…klink swasta tu x terima sebb suhu badan kakak dah panas sangat…mungkin sebb dia tahan sakit hidung tu…
Dalam pukul 9 terus mama n papa bawa kakak g hospital serdang…sampai sahaja hospital serdang…papa TRS bawa kakak PERGI dekt kecemasan..DAFTAR semua..terus PERGI jumpa doktr….dktor pun x pasti benda ape cecair hitam tu …lepas tu doktr minta nak x-ray…bila smpai ke bilik x -ray…DOKtr bagi tahu..Ada benda bulat dalam hidung kakak…benda bulat tu kecil..dah duduk dekt dlam dah sebab tu Tak nampak …bila tengak betul2…DOktr bagi tahu benda bulat tu ADALAH ” BATERI JAM YG KECIL TU “ Time ni HANYA Allah Saya tahu mcm mane kami berdua…TANPA sedar air Mata mengalir dengan laju.
Mama Tak tahu kakak ambik dekat mane bateri jam tu Dan sempat sumbat dalam hidung …padahal mama SENTIASA perhatikan kakak…HANYA sekelip mata ALLAH NAK UJI mama…tnpa melihat……
DOKTR MINta nak corek dengan besi Dan wayar..time tu mama xdapat nak masuk sebb Aril mama bawa..mama TERPKSA tunggu dalam kerta… Kakak HANYA bertemankan papa sahaja Dan 3 ore dktr…yang pksa pegang kakak untuk corek batri jam tu…kakak menangis tanpa Henti…BAYANGKAN KITA kena cek covid pun dah skit..dia kena corek dgn wayar dn besi …..mama HANYA MAMPU berdoa shaja ketika itu…
SETELAH BEBERAPA MINIT mama call papa.. Papa bgi tahu dah siap…batri pun dah keluar.. Alhamdulillah syukur sangt rsa time tu… Hnya ALLAH sahaja tahu mcm mane rsa….. Papa bagi tahu doktr cakap… Bateri jam ni bahya sikit sebab dia boleh menghakis sebab tu dia keluar cecair wrna hitam …dan dktr pesn suruh cuci sehri bnyk kali pun xpe… Antibiotik semnggu kakak kena habiskan..
4/6/20 Kakak kena apoinment dgn dktr lagi sebb nk tengk ok ke x…
Bila pergi… Dktr tengk ada lagi kesan hitam tu… Walaupun mama n papa cuci dia ada lagi.. Mungkn ubat cuci x kuat sangt.. So doktr minta dgn papa nk cuci lagi… Kakak dh mula menngs sebb takut… Dia dah trauma.. Memalm tido pun mimpi x nak2 …papa pegng kakak kuat2…pksa lagi.. kakak nngis x hnti.. …smpai la dia tersa ok mase dktr cuci.. Dia berhnti menngis dengan sendri ….dktr ni bagi ubat lain lagi… Minta cuci setiap hri lagi…. 11/6 ni minta dtng lagi…
11/6/20 Hari ni… Bila sampai je hospital tadi dktr cek dengan camera.. Dia cakap dalm hidung kakak ada lagi bekas kesn bateri… So kena cuci lagi.. kakak dah nngis lagi…mama x dapat nak bayngkn mcm mne.. Setiap mnggu kakak hnya bertemankan papa… Ujian buat kkk …kakk kena kuat ye… Insyallh mnggu depn kita pergi….kakak dh ok dn dah sembuh… Sahbat tirah doakn semga kakak aura cepat sembuh ye…
Jika sesuatu terjadi dekt anak2 shbt tirah mcm tu tolong cpt bwa g hospital ..jika terlambat bhya… Boleh menghakis nnti Masuk manik xpe lagi..
Semoga perkongsian dari Atirah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Anak-anak kecil suka belajar dan mencuba perkara baharu, mereka tidak tahu apa yang bahaya atau tidak. Sentiasa perhatikan aktiviti anak-anak dan pantau apa yang mereka main.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejurus seorang bayi dilahirkan sehinggalah usia enam bulan, susu ibu adalah makanan terbaik untuk mereka. Bukan sahaja kaya nutrisi, susu ibu juga umpama ‘senjata’ untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh anak. Sekiranya ibu mempunyai rezeki untuk menyusukan bayi anda, teruskan. Bukan sahaja si manja dapat khasiat terbaik, and apun boleh turunkan berat badan!
Di samping menjadi satu sumber pemakanan, susu ibu juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bayi tersebut di masa hadapan. Penyusuan susu ibu membantu meningkatkan sistem imun bayi, IQ, dan tabiat makan yang sihat.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak mitos yang mengelilingi amalan ini. Mari kita lihat 5 mitos penyusuan yang patut disangkal:
Susukan Anak, Payudara Jadi Tak Cantik!
Ramai wanita berfikir penyusuan akan membuatkan payudara mereka menjadi kurang menarik. Padahal penyusuan susu badan akan membantu menguatkan payudara anda dan mengelakkannya daripada jangkitan. Jika susu tersekat dalam saluran susu, ia akan memberi peluang kepada pembentukan bakteria dalam tisu payudara, menyebabkan keradangan.
Selain itu, penyusuan jangka masa panjang membantu mencegah kanser payudara dan masalah ovari. Anda juga akan mempunyai peluang untuk membina hubungan dengan bayi anda melalui penyusuan.
Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu yang berterusan dalam tempoh 3 tahun pertama akan membantu bayi mewujudkan tabiat makan yang baik di kemudian hari. Anak yang disusui ibunya akan mempunyai sistem imun dan penghadaman yang lebih baik berbanding yang diberikan susu melalui botol.
Penyusuan susu ibu yang dipam tidak setanding dengan susu ibu yang diberikan secara langsung. Kanak-kanak yang disusu botol mungkin mempunyai masalah untuk mengenal pasti apabila kenyang kerana isyarat penghadaman yang lemah. Jadi, mereka akan berterusan makan dan akhirnya mempunyai masalah dengan berat badan mereka.
Semua susu ibu ‘sejenis’
Susu seorang ibu akan sentiasa berbeza daripada susu ibu yang lain. Susu ibu sentiasa berubah bergantung kepada hari anak anda makan dan ia tidak akan sama walaupun selepas 8 jam suhu bilik. Fenomena ini berlaku kerana susu ibu sentiasa berubah bergantung kepada peringkat bayi.
Apabila bayi anda mula menyusu, susu ibu tersebut lebih banyak mengandungi laktosa dan protein. Pada akhir penyusuan, bayi anda meminum susu yang kebanyakannya terdiri daripada lemak dan kalori.
Susu ibu mempunyai formula unggul sendiri
Ramai orang mempunyai tanggapan salah bahawa susu ibu mempunyai formula unggul dan mempunyai kualiti yang sama daripada setiap ibu. Sedangkan nutrien yang terkandung dalam susu ibu bergantung kepada pemakanan si ibu.
Sebagai contoh, wanita hamil dan wanita menyusu yang kekurangan vitamin dan nutrien tidak dapat membekalkan susu ibu yang baik untuk anak mereka. Oleh itu, sangat penting untuk wanita hamil dan menyusu mengamalkan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat.
Susu Beku Kurang Khasiat
Jika anda tidak pasti jika dapat memberikan anak anda makan dengan kerap, anda boleh menyediakan susu ibu yang dibekukan setelah dipam. Susu ibu boleh dibekukan dengan selamat dalam bekas sehingga 4 bulan jika di dalam penyejuk beku biasa, dan sehingga 6 bulan dalam penyejuk beku yang ditetapkan pada 0 darjah.
Menurut statistik global, kurang daripada 40% daripada bayi berusia bawah enam bulan mendapat penyusuan susu ibu. Namun begitu, kadar ini semakin meningkat secara beransur-ansur dengan kesedaran kebaikan penyusuan susu ibu bagi kesihatan ibu dan anak.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...