Jangan pandang rendah kepada formula permintaan dan pengeluaran (demand and supply). Power pumping adalah rahsia yang membantu anda memenuhi keperluan susu ibu yang mungkin sedang merudum atau tiada.
Menurut Dr Nur Haya Yacob, pakar laktasi dan IBCLC dari Dr Nurhaya Lactation Center, power pumping bukanlah satu aktiviti yang asing lagi bagi anda adalah seorang ibu yang sedang menyusukan Persoalan mengenai berapa kali perlu buat power pumping, bila masa yang sesuai, bagaimana untuk melakukan power pumping dan banyak lagi kerap kali menjadi soalan popular yang diajukan kepada pakar laktasi oleh para ibu yang menyusukan.
MATLAMAT UTAMA POWER PUMPING
Kadang-kala keinginan di si bu yang sangat ghairah mengumpul stok susu menjadikan power pumping ini sebagai aktiviti harian mereka. Maka untuk memeriksa apakah tujuannya, mari kita semak matlamat sebenar power pumping ini dan sebab ia sering menjadi aktiviti ibu-ibu yang ingin meningkatkan produksi susu mereka.
Idea utama di sebalik melakukan power pumping ini adalah sebenarnya mimik cluster feeding bayi agar payudara dikosongkan kerap dan cepat. Tindakan pengosongan payudara dengan pantas dan kerap ini akan memberi signal kepada otak agar payudara memproses penghasilan susu dengan lebih cepat.
Seperti yang kita tahu lebih kerap payudara dikosongkan maka lebih banyak susu di hasilkan mengikut prinsip permintaan dan pengeluaran. Power pumping adalah satu cara yang bermanfaat kepada ibu-ibu mengamalkan memerah secara eksklusif (exclusive pumping mother) atau ibu yang hanya memberikan susu ibu melalui teknik perahan susu dan bukan penyusuan secara terus (direct feeding). Ini kerana ibu tidak mengalami proses cluster feeding daripada bayi, maka power pumping ini amat membantu.
Ads
PERLUKAH POWER PUMPING?
Sebelum mengambil keputusan melakukan power pumping, anda seharusnya memeriksa punca sebenar yang menyebabkan penghasilan susu menurun serta sebab anda memerlukan power pumping. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
#1 TIDAK DISARAN DILAKUKAN LEBIH DARIPADA 2 KALI SEMINGGU
Power pumping ini tidak disarankan untuk dilakukan secara sering (lebih dari dua kali seminggu) kerana khuatir akan berlanjutan menjadi masalah lain seperti over supply sehingga menjadi bengkak susu dan tersumbatnya saluran susu atau juga di kenali sebagai blocked duct. Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi dengan betul dan cepat, ia boleh saja menjadi mastitis (radang tisu payudara) dan mengakibatkan tisu payudara bernanah.
#2 BAIKI PENYUSUAN TERUS KEPADA BAYI TERELBIH DAHULU
Ads
Sekiranya anda mengalami produksi susu yang menurun atau kurang, sebaik-baiknya perbaiki prinsip penyusuan iaitu tingkatkan penyusuan terus kepada bayi. Ia adalah rangsangan yang lebih semula jadi berbanding power pumping kerana produksi susu akan meningkatkan mengikut keperluan bayi dan bukan pam payudara. Tidak ada pam payudara yang boleh mengosongkan payudara sehebat hisapan bayi anda!
#3 PAM SEBELUM TIDUR, BUKAN BANGUN TENGAH MALAM SEMATA-MATA UNTUK PAM
Sekiranya power pumping masih menjadi pilihan, sebaik-baiknya ia dilakukan sebelum tidur dan bukan bangun di tengah malam semata-mata untuk melakukan power pumping. Ini kerana badan ibu juga memerlukan istirahat yang cukup. Badan yang tidak cukup rehat juga akan menyebabkan menurun susu kerana ibu berada di dalam keadaan stres fizikal.
TEKNIK POWER PUMPING
Ads
Kebanyakan ibu-ibu sering melakukan power pumping pada waktu malam kerana kadar hormon prolaktin yang lebih tinggi berbanding siang. Power pumping mengambil kira-kira satu jam untuk melengkapkan satu sesi. Power pumping di lakukan perlu dilakukan dengan pam payudara elektrik sahaja (sama ada tunggal atau berganda).
a)MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA BERGANDA
Teknik ini ialah untuk anda yang menggunakan mesin perahan elektrik berganda (double pumping).
20 minit memerah susu dari payudara kiri dan kanan
10 minit rehat dari memerah
10 minit memerah susu dari payudara kiri dan kanan
10 minit rehat dari memerah
10 minit memerah susu dari payudara kiri dan kanan
b)MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA TUNGGAL
Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal (single), tekniknya adalah seperti di bawah;
10 minit perahan susu payudara kanan
10 minit perahan susu payudara kiri
10 minit perahan susu payudara kanan
10 minit perahan susu payudara kiri
10 minit perahan susu payudara kanan
10 minit perahan susu payudara kiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat melahirkan adalah waktu paling genting dalam hidup seorang wanita bergelar ibu. Banyak yang dipertaruhkan termasuk nyawa sendiri. Bukan mudah untuk melahirkan anak, ada yang diuji dengan kesukaran ketika mahu melahirkan. Begitu besar pengorbanan seorang isteri dan ibu.
Berkongsi detik kelahirannya yang ditemani suami, Instafamous yang juga ahli perniagaan, syima_eima memberitahu betapa dia menghargai kehadiran suami menemani sepanjang proses bersalin.
Turut menitipkan pesanan, kata Syima lagi untuk para suami yang menemani isteri mereka ketika bersalin peganglah tangannya. Jangan dilepaskan kerana genggaman tangan suami memberi kekuatan kepada isteri untuk melahirkan bayi.
Untuk si isteri pula, janganlah sesekali membazir tenaga dengan mengeluarkan bunyi. Simpa tenaga sebaik mungkin untuk proses melahirkan anak.
Melihat pada video yang dikongsikan ini, jelas sekali wajah Syima sedang menahan sakit kontraksi. Dengan kehadiran suami, sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya.
Tahniah kepada Syima dan suami kerana dikurniakan seorang bayi yang sangat comel pada awal bulan Disember tempoh hari!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim panas yang melanda sekarang ini memberi kesan buruk kepada kesihatan semua orang termasuklah anak kecil. Sebagai ibu bapa, Kita pastinya berasa bimbang apabila suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding biasa. Namun ukuran suhu bukanlah petunjuk terbaik menentukan sama ada keadaan demam itu membimbangkan atau tidak.
Sebagai ibu bapa, anda perlu memerhatikan tahap keselesaan anak. Jika mereka demam ringan dan masih aktif, ia mungkin bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Pun begitu, amat penting untuk memantau pengambilan makanan dan cecair serta corak kencing mereka semasa demam. Jika ia masih biasa, tidak perlu panik atau tergesa-gesa untuk membawa mereka berjumpa pakar pediatrik.
Menurut Dr. Erna Nadia, Pengamal Perubatan, apabila anak tidak sihat maka bermulalah episode tidak tidur malam demi manjaga anak- anak yang sedang sakit. Beliau berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan apabila berhadapan dengan anak demam, antaranya:
1. Berikan ubat demam (paracetamol) setiap 6 jam sekali. Jika anak ada G6PD, boleh bagi ibuprofen pada anak (elok dapatkan nasihat doktor ya).
2. Pastikan anak memakai pakai yang nipis. Tidak perlu bedung atau selimut mereka. Nanti lagi panas badan mereka.
3. Kerapkan anak anak mandi atau lap badan mereka. Ini untuk pastikan suhu mereka turun.
4. Bantu mereka minum air kosong dengan kerap. Sejam sekali offer mereka minum. Semasa tidak sihat, badan perlu lebih untuk sejukkan badan dan juga untuk pastikan organ berkerja dengan padu untuk melawan jangkitan kuman.
5. Biar mereka berehat. Semasa anak kecil tidur, sewaktu itulah badan mereka sedang melawan kuman dan sewaktu itulah proses pemulihan berlaku.
6. Jika mereka ada batuk, selsema, sakit tekak, muntah, cirit atau simptom lain, berikan mereka ubat setelah mendapat rawatan dari doktor.
7. Offer makanan yang mudah ditelan dan dihadam oleh anak anak. Jika mereka tak mahu nasi, tak perlu paksa. Bagi apa yang mereka mahu makan contohnya roti, sup, buah. Asalkan mereka makan.
8. Jika demam (suhu lebih 39) sudah melebihi 3 hari, walau dah bagi ubat demam 6-8 jam sekali, terus bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
9. Jangan lupa lakukan ujian covid-19, influenza atau RSV untuk pastikan mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.
10. Jika anak kelihatan lemah, lesu, tak mahu makan dan minum, pampers kering hampir seharian, menangis tiada air mata, nafas laju, nafas berbunyi, menangis kuat tanpa boleh dipujuk, muntah atau cirit melebihi 10 kali, sawan atau perut keras, teruslah bawa ke jabatan kecemasan hospital bagi pemeriksaan lanjut. Inilah tanda amaran pada anak kecil.
Jika demam anak semakin teruk, ibu bapa haruslah segera membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ibu bapa haruslah memantau anak apabila demam, bimbang demam semakin teruk dan memberi kesan kepada otak anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengambilan ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini.
Bagaimanapun ada sesetengah ibu bapa masih lagi keliru pemberian ubat pada anak terutama yang perlu diberikan dua kali, tiga kali atau empat kali.
Berikut antara pengambilan ubat yang betul yang dikongsikan oleh Klinik Avicenna dan boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa sama ada ketika nak beri pada anak atau pun panduan diri sendiri.
Lepas ni jangan ada istilah pening nak bagi waktu bila anak makan ubat dan risau takut tersilap waktu makan.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.