Jangan pandang rendah kepada formula permintaan dan pengeluaran (demand and supply). Power pumping adalah rahsia yang membantu anda memenuhi keperluan susu ibu yang mungkin sedang merudum atau tiada.

Menurut Dr Nur Haya Yacob, pakar laktasi dan IBCLC dari Dr Nurhaya Lactation Center, power pumping bukanlah satu aktiviti yang asing lagi bagi anda adalah seorang ibu yang sedang menyusukan Persoalan mengenai berapa kali perlu buat power pumping, bila masa yang sesuai, bagaimana untuk melakukan power pumping dan banyak lagi kerap kali menjadi soalan popular yang diajukan kepada pakar laktasi oleh para ibu yang menyusukan.

Susu Merudum? Boleh Cuba Teknik Power Pumping, Tapi Hati-Hati. Kalau Tak Ikut Cara Boleh Bengkak Susu & Mastitis

MATLAMAT UTAMA POWER PUMPING

Kadang-kala keinginan di si bu yang sangat ghairah mengumpul stok susu menjadikan power pumping ini sebagai aktiviti harian mereka. Maka untuk memeriksa apakah tujuannya, mari kita semak matlamat sebenar power pumping ini dan sebab ia sering menjadi aktiviti ibu-ibu yang ingin meningkatkan produksi susu mereka.

Idea utama di sebalik melakukan power pumping ini adalah sebenarnya mimik cluster feeding bayi agar payudara dikosongkan kerap dan cepat. Tindakan pengosongan payudara dengan pantas dan kerap ini akan memberi signal kepada otak agar payudara memproses penghasilan susu dengan lebih cepat.

Seperti yang kita tahu lebih kerap payudara dikosongkan maka lebih banyak susu di hasilkan mengikut prinsip permintaan dan pengeluaran. Power pumping adalah satu cara yang bermanfaat kepada ibu-ibu mengamalkan memerah secara eksklusif (exclusive pumping mother) atau ibu yang hanya memberikan susu ibu melalui teknik perahan susu dan bukan penyusuan secara terus (direct feeding). Ini kerana ibu tidak mengalami proses cluster feeding daripada bayi, maka power pumping ini amat membantu.

Susu Merudum? Boleh Cuba Teknik Power Pumping, Tapi Hati-Hati. Kalau Tak Ikut Cara Boleh Bengkak Susu & Mastitis

IKLAN

PERLUKAH POWER PUMPING?

Sebelum mengambil keputusan melakukan power pumping, anda seharusnya memeriksa punca sebenar yang menyebabkan penghasilan susu menurun serta sebab anda memerlukan power pumping. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

#1 TIDAK DISARAN DILAKUKAN LEBIH DARIPADA 2 KALI SEMINGGU

 Power pumping ini tidak disarankan untuk dilakukan secara sering (lebih dari dua kali seminggu) kerana khuatir akan berlanjutan menjadi masalah lain seperti over supply sehingga menjadi bengkak susu  dan tersumbatnya saluran susu atau juga di kenali sebagai blocked duct. Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi dengan betul dan cepat, ia boleh saja menjadi mastitis (radang tisu payudara) dan mengakibatkan tisu payudara bernanah.

#2 BAIKI PENYUSUAN TERUS KEPADA BAYI TERELBIH DAHULU

IKLAN

Sekiranya anda mengalami produksi susu yang menurun atau kurang, sebaik-baiknya perbaiki prinsip penyusuan iaitu tingkatkan penyusuan terus kepada bayi. Ia adalah rangsangan yang lebih semula jadi berbanding power pumping kerana produksi susu akan meningkatkan mengikut keperluan bayi dan bukan pam payudara. Tidak ada pam payudara yang boleh mengosongkan payudara sehebat hisapan bayi anda!

 Susu Merudum? Boleh Cuba Teknik Power Pumping, Tapi Hati-Hati. Kalau Tak Ikut Cara Boleh Bengkak Susu & Mastitis

#3 PAM SEBELUM TIDUR, BUKAN BANGUN TENGAH MALAM SEMATA-MATA UNTUK PAM

Sekiranya power pumping masih menjadi pilihan, sebaik-baiknya ia dilakukan sebelum tidur dan bukan bangun di tengah malam semata-mata untuk melakukan power pumping. Ini  kerana badan ibu juga memerlukan istirahat yang cukup.  Badan yang tidak cukup rehat juga akan menyebabkan menurun susu kerana ibu berada di dalam keadaan stres fizikal.

TEKNIK POWER PUMPING

IKLAN

Kebanyakan ibu-ibu sering melakukan power pumping pada waktu malam kerana kadar hormon prolaktin yang lebih tinggi berbanding siang. Power pumping mengambil kira-kira satu jam untuk melengkapkan satu sesi. Power pumping di lakukan perlu dilakukan dengan pam payudara elektrik sahaja (sama ada tunggal atau berganda).

a)MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA BERGANDA

Teknik ini ialah untuk anda  yang menggunakan mesin perahan elektrik berganda (double pumping).

  1. 20 minit memerah susu dari payudara kiri dan kanan
  2. 10 minit rehat dari memerah
  3. 10 minit memerah susu dari payudara kiri dan kanan
  4. 10 minit rehat dari memerah
  5. 10 minit memerah susu dari payudara kiri dan kanan

Susu Merudum? Boleh Cuba Teknik Power Pumping, Tapi Hati-Hati. Kalau Tak Ikut Cara Boleh Bengkak Susu & Mastitis

b)MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA TUNGGAL

Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal (single), tekniknya adalah seperti di bawah;

  1. 10 minit perahan susu payudara kanan
  2. 10 minit perahan susu payudara kiri
  3. 10 minit perahan susu payudara kanan
  4. 10 minit perahan susu payudara kiri
  5. 10 minit perahan susu payudara kanan
  6. 10 minit perahan susu payudara kiri.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI