Kerapkali ada ibu mendapati susu yang diperah cair tetapi banyak. Persoalannya, mudaratkah jika ia diberikan kepada bayi? Ini penjelasan pakar laktasi.
Mungkin ada ibu yang gusar susu kelihatan agak cair dan mula memikirkan sekiranya ada yang tidak kena serta apakah puncanya. Walhal ibu makan seimbang dan tidak berdiet. Hinggakan ada ibu yang risau untuk memberikan susu perahan yang cair kepada bayi kerana mempengaruhi kesihatan dan perkembangan bayi. Bimbang jika ia kurang berkhasiat.
KUALITI SUSU IBU BUKAN DITENTUKAN OLEH KEPEKATANNYA
Menurut Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Laktasi (IBCLC), Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, kualiti susu ibu tidak ditentukan dengan pekat atau cairnya warna susu ibu tersebut. Susu ibu mengandungi lebih kurang 88 peratus air. Kandungan air di dalam susu ibu memberikan konsistensi susu ibu kelihatan cair dan bukan bermakna susu ibu kurang berhasiat.
Kebiasaannya susu yang kelihatan cair ini dapat dilihat pada masa awal perahan.Tetapi semakin lama ibu memerah susu, maka ibu akan mendapati susu semakin pekat. Ini adalah kerana semakin banyak kandungan lemak di dalam susu mula dikeluarkan. Kandungan lemak ini juga penting untuk membekalkan tenaga kepada bayi puan dan membantu meningkatkan berat badan bayi.
BANYAK SEL IMUNITI
Ads
Susu yang kelihatan cair juga mengandungi protein yang banyak sel imuniti. Sel-sel in penting kerana ia melindungi bayi puan daripada jangkitan kuman. Pada awal kelahiran sehingga bayi berusia 12 hingga 18 bulan, system imuniti (daya pertahaan) bayi belum terbentuk dengan sempurna. Oleh itu susu ibu yang kaya dengan daya pertahanan ini berfungsi untuk memberikan perlindungan kepada bayi.
FOREMILK DAN HINDMILK
Susu awal yang keluar semasa perah atau semasa bayi menyusu dipanggil juga foremilk. Manakala susu akhir dipanggil hindmilk. Adalah penting untuk puan memberikan kedua-dua foremilk dan hindmik kepada anak puan kerana selain bayi puan perlu mendapat perlindungan daripada foremilk, bayi juga perlu mendapatkan tenaga daripada hindmilk.
Dr Zaharah menyarankan ibu yang menyusukan bayi agar mengamalkan pemakananan seimbang dan meminum air mengikut keperluan. Walaupun susu perahan kelihatan cair, teruskan memerah sehingga dapat melihat susu hindmilk yang kelihatan lebih pekat. Pastikan anda memberi susu foremilk dan susu hindmilk kepada bayi puan kerana bayi memerlukan kedua-duanya.
Ads
SEBAB SUSU CAIR
Antara sebab susu perahan cair adalah:
Cuaca yang panas
Cuaca yang panas boleh mendorong seseorang ibu meminum air dengan lebih banyak. Hal ini akan menghasilkan susu yang lebih cair.
Kurang kerap memerah susu
Apabila seseorang ibu kurang kerap memerah susu, maka susu yang terkumpul lama di dalam payudara akan menjadi lebih cair
Ads
Sesi perahan yang pendek
Apabila seseorang ibu memerah hanya sebentar sahaja, maka tidak kesemua susu dikeluarkan. Oleh itu hanya susu awal yang mengandungi lebih air saya yang diperah keluar dan kelihatan lebih cair.
TIP KEPADA IBU YANG MEMERAH SUSU IBU
Oleh yang demikian semasa di tempat kerja, pastikan ibu dapat memerah setiap dua hingga tiga jam. Untuk setiap sesi perahan pula, pastikan juga sesi memerah tidak terlalu pendek supaya bukan hanya susu foremilk yang diperah keluar, tetapi juga susu hindmilk.
Jika susu perahan foremilk terlalu banyak, ibu boleh simpan sebahagian di dalam bekas yang berasingan. Apabila hendak berikan susu perhaan kepada bayi, berikan hanya sebahagian susu foremilk tersebut dan pastikan susu hindmilk juga diberikan kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu cara nak rangsang otak jadi cerdas dan cergas sejak bayi ialah membeli barang permainan yang betul. Permainan pembelajaran memberikan keseronokan kepada bayi. Pada masa yang sama ia juga merupakan permainan yang dapat merangsang pembelajaran dan perkembangan otak bayi anda supaya anak menjadi cerdas dan cergas.
Terdapat banyak permainan seperti ini dipasaran untuk membantu ibu bapa dalam usaha merangsang anak-anak sejak kecil lagi.
Ikuti panduan ini yang menyediakan fakta-fakta asas tentang bagaimana bayi belajar dan jenis permainan pembelajaran yang sesuai untuk anak anda terutama bagi usia anak bawah 12 bulan. Bagaimana bayi belajar
Lazimnya bayi bertindak balas terhadap suara ibu bapanya.Pada masa yang sama, bayi juga bertindak balas kepada bunyi menarik yang lain. Apabila anda memilih permainan pembelajaran untuk bayi mereka seharusnya mencari permainan yang mempunyai bunyi, warna yang cerah dan kontras seperti merah,hitam dan putih dan mempunyai tekstur menarik yang membuatkan bayi teruja untuk menyentuhnya. Bunyi
Bayi bertindak balas terhadap bunyi dan beberapa permainan pembelajaran terbaik termasuk gegaran dan permainan muzik. Muzik yang menenangkan boleh mendodoikan biasanya terbaik untuknya. Permainan yang mempunyai muzik dikatakan mampu untuk merangsang minda dan gambaran pada bayi. Mungkin anda boleh membeli satu alat permainan pendengaran pembelajaran iaitu apabila ditekan butangnya akan mengeluarkan bunyi menarik untuk anda anak.
Penglihatan
Warna yang terang dapat merangsang penglihatan bayi anda. Dapatkan permainan dengan warna yang kontras dan corak yang berbeza. Anda juga boleh memilih untuk memiliki katil bayi yang mengeluarkan muzik, mempunyai tekstur berbeza dan boleh mengantungkan permainan didalamnya. Alat permainan cerah yang mempunyai warna mampu
menarik perhatian anak anda.
Permainan motor halus
Ada permainan yang digunakan untuk merangsang jari-jemari dan pergerakan mata bayi. Dengan blok-blok lembut berwarna terang pasti membuatkan si kecil asyik bermain. Bayi akan membelek-belak permainan itu, dan pada masa yang sama pergerakan matanya aktif melihat permainan itu bergerak.
Kemahiran Kognitif
Terdapat beberapa mainanmainan pembelajaran yang menggalakkan kemahiran kognitif pada bayi. Permainan pembelajaran seperti blok-blok binaan jenis kain, kotak-kotak aktiviti atau buku jenis kain sesuai untuk anak anda. Apa yang pasti, permainan pembelajaran
ini mestilah mudah untuk bayi memegangnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Bismillahirahmanirahim, introducing to you our bundle of joy, Sayf Issa Bin Mohd Izham Tarmizi.
“Was born at 3.27 kilogram on 28th of September 2018. Someone new to love is here. “Thank you ya Allah for sending us a little baby to cuddle and love,” tulisnya.
Pengumuman nama anak Mia Ahmad itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Sayf Issa.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini rupanya cara Sariyanti maintain susu ibu untuk bayinya, Dariya Inara. Walau pun berstatus selebriti, ibu muda ini tidak lokek info bila ada peminat bertanya mengenainya.
Sariyanti yang telah memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq mendedahkan ada ibu yang bertanya kepadanya bertanyakan tentang jenis susu yang diberikan kepada Dariya Inara, 3 bulan. Ia didedahkan oleh Sariyanti menerusi IG story.
Isteri Jep Sepahtu ini rupanya memberikan Dariya Inara yang kini berusia 3 bulan susu ibu. Bertuah si comel Dariya kerana mendapat khasiat dan kebaikan yang tiada tolok bandingnya menerusi penyusuan susu ibu.
Ada ibu yang telah memberitahu Sariyanti yang dia terpaksa memberikan susu formula kepada bayinya kerana susu ibu semakin berkurangan.
Ada juga yang meminta tips daripada Sariyanti bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu.
Ini adalah jawapan Sariyanti kepada persoalan ibu-ibu ini.
Akak makan ontime untuk susu sentiasa ada.
Tak diet. Makan tapi tidak terlebih makan.
Makan banyak kekacang.
Dan minum air bergula. Bukan coffee, I’m tea person.
Tapi itu style kakak la…kalau nak try apa salahnya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.