Ada ibu mengadu, bayinya berumur 3 bulan langsung tidak tidur siang di rumah pengasuh. Sepertimana yang kita maklum, tidur penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu risau.
Untuk bayi yang ‘exclusive breastfeeding’, ibu boleh semak kembali susu perahan yang dibekalkan kepada pengasuh diperah pada waktu bila. Nampak tak pentingnya melabel tarikh dan waktu perahan pada setiap sesi perahan.
Tahukah ibu, susu yang diperah pada waktu malam tinggi melatonin?
Hormon ini dirembes pada waktu malam oleh orang dewasa. Susu ibu yang tinggi melatonin akan memberi kesan hipnosis (bayi akan relaks dan mengantuk) dan melancarkan pergerakan usus (mengurangkan terjadinya kembung perut). Jadi, bayi akan tidur lena!
Untuk bekalkan susu perahan ke rumah pengasuh, ibu boleh cuba bekalkan seperti berikut:
sesi 1 – 8am (susu perahan siang)
sesi 2 – 10am (susu perahan malam)
sesi 3 – 12pm (susu perahan malam)
sesi 4 – 2pm (susu perahan siang)
sesi 5 – 4pm (susu perahan siang)
sesi 6 – 5pm/6pm ambil anak di rumah pengasuh, direct feeding di rumah
*jadual pemberian susu perahan boleh diubah mengikut kesesuaian*
Selepas sesi 2, bayi sudah mandi dan segar. Bermain sebentar bersama dan tidurkan bayi sebelum dia terlalu letih. Kenapa? Bila terlalu letih, bayi akan meragam dan ini akan menyebabkan bayi sukar untuk tidur.
Selain pemberian bekalan susu perahan seperti di atas untuk pengasuh, ibu juga boleh berbincang dengan pengasuh cara untuk tenangkan bayi supaya bayi relaks dan tidur pada waktu tengahari.
Antaranya :
1. Tetapkan rutin tidur – selepas mandi, bermain pada jam 11am.
2. Tidurkan bayi di tempat yang sama – bilik/baby cot
3. Tidurkan bayi sebelum dia terlalu letih – kenalpasti ciri bayi mengantuk seperti menggosok mata, merenung kosong ke satu tempat
4. Tenangkan bayi – beri selimut/mainan kegemaran atau buka muzik/zikir yang menenangkan semasa dalam fasa menidurkan bayi
Perkongsian ini sekadar tips yang diharap dapat membantu bayi mendapat tidur siang yang berkualiti. Semoga bermanfaat.
Kredit: Noraqilah Johari
Kaunselor Laktasi
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI