Susu mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar ataupun susu tepung. Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya. Ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung.
Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung
Kedua-dua susu segar dan susu tepung mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya. Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.
Kelebihan susu segar
Ads
Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5. Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5. Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.
Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid. Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus. Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.
Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.
Ads
Kelebihan susu tepung
Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini. Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya. Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.
Susu yang manakah paling sesuai buat anda?
Ads
Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama. Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.
Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik. Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.
Konklusinya, susu segar dan susu tepung mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja. Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada anda untuk memilih susu yang terbaik buat anda.
Meroyan atau postpartum depression tidak boleh dipandang ringan. Ibu yang mengalaminya boleh tergamak mengelar leher anak sendiri.
Bayi berusia 5 hari, menjadi mangsa ibunya yang sedang bergelut dengan kemurungan selepas bersalin. Hiralbahen Bhavsar, 29 bertindak mengelar leher dan lengan bayinya dengan pisau.
Kawasan kediaman yang menjadi lokasi kejadian.
Dia yang telah ditahan pihak berkuasa sebelum itu telah menghubungi polis dan memberitahu mengalami sakit dada dan suami, Jaymin cuba untuk membunuhnya. Bagaimana pun, ahli keluarga yang lain menafikan penglibatan suaminya dalam cubaan membunuh.
Di saat lelaki itu digari polis, kemudian Hiralbahen keluar dari bilik tidur dan mengakui “Bukan, bukan dia yang membunuh. Saya yang membunuh. Saya telah membunuh anak saya.”
BAYI DITEMUI DENGAN KESAN KELAR PADA LEHER DAN LENGAN
Dalam siasatan yang dijalankan, polis menjumpai mayat bayi di dalam bilik dengan kesan kelar pada leher dan lengan. Apabila ditanya mengapa membunuh anak sendiri, dia menjawab dia tidak mahukan bayi itu dan ambil keputusan untuk membunuhnya.
Gambar hiasan
AMBIL ‘SESUATU’ DARI DAPUR & KEMBALI KE BILIK
Suami Hiralbahen, Jaymin memberitahu polis, isterinya itu telah membawa bayi mereka yang menangis ke bilik semasa dia sekeluarga menikmati makan malam. Bagaimana pun, dia melihat isterinya keluar dari bilik yang terletak di bahagian hadapan rumah itu tanpa bayi mereka, mengambil sesuatu daripada dapur dan kembali ke bilik berkenaan.
Apa yang ‘menyeramkan’ beberapa jam sebelum bertindak mengelar si kecil, Hiralbahen telah memuatnaik gambarnya bersama anak dan suami di FB. Bagaimana pun, gambar berkenaan telah pun dipadamkan.
ORANG SEKELILING TIDAK MENYANGKA IBU ALAMI MEROYAN
Jiran-jiran keluarga ini tidak menyangka Hiralbahen menderita postpartum depression atau meroyan kerana dia kelihatan normal dan berkelakuan seperti biasa. Seorang ibu yang sihat tidak akan berbuat demikian kepada anak sendiri.
Ibu ini telah pun didakwa dengan kesalahan membuh dan pemilikan senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
Pa&Ma ingin berkongsi info mengenai post partum depression atau meroyan yang terjadi kepada ibu selepas bersalin. Ibu sendiri, suami dan ahli keluarga perlu peka keadaan ini.
Ia bermula dengan keadaan post partum baby blues yang hanya dialami oleh kira-kira 50% ibu baru bersalin dan akan hilang pada 10 hari selepas kelahiran.
Kemurungan selepas bersalin atau post partum depression pula ialah post partum babyblues yang berlanjutan melebihi dua minggu dan lebih mendalam.
Post partum depression terjadi kepada kira-kira 15% wanita selepas bersalin. Jika dibiarkan dan tidak dirawat segera, ia boleh menjadi lebih teruk iaitu psikosis selepas bersalin atau meroyan.
Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius. Implikasi terhadap ibu dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan cara sewajarnya.
Ia juga tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila umur semakin lanjut, lemak perut bawah mula muncul. Kadangkala sampai naik rimas dan malu jika lemak perut semakin membesar. Anda tahu cara untuk buang lemak perut buncit ini?
Lemak perut bawah juga disebut sebagai lemak viseral
Masalah lemak perut bawah ini bukanlah satu isu yang hanya berlegar dalam satu-satu jantina sahaja. Ia boleh berlaku sama ada terhadap lelaki dan juga wanita.
Tahukah anda, lemak perut yang berlebihan ini sebenarnya amat berbahaya kepada kesihatan tubuh?
Ini kerana ia adalah faktor risiko bagi penyakit-penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, kanser, penyakit jantung dan lain-lain lagi.
Dalam dunia perubatan, lemak perut bawah ini dikenali sebagai lemak viseral (visceral fat).
Ketahui punca-punca sebenar yang menyebabkan perut anda menjadi buncit di bawah ini.
Punca-punca terbentuknya lemak perut bawah
Berikut ialah lima punca yang sering menyebabkan perut buncit tanpa anda ketahui:
#1. Lemak perut bawah berpunca daripada jus buah
Percaya atau tidak, hakikatnya jus buah-buahan menjadi antara sebab utama perut anda mempunyai lemak berlebihan.
Walaupun jus buah-buahan kedengaran seperti sejenis minuman yang sihat dan bersifat semula jadi, namun ia tidak seperti yang kita bayangkan.
Jus buah-buahan amat tinggi dengan kandungan gula walaupun jus yang anda buat sendiri di rumah.Tidak dinafikan bahawa jus buah-buahan sememangnya kaya dengan vitamin dan mineral, namun kandungan gula di dalamnya boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
#2. Diet kurang kandungan protein
Jenis makanan yang tinggi kandungan protein boleh menyebabkan anda menjadi lebih cepat kenyang.
Dengan itu, anda akan kurang mengambil makanan yang seterusnya mengurangkan jumlah kalori harian.
Namun, jika anda kurang mengambil sumber protein setiap hari, maka ia boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
Kekurangan sumber protein dalam tubuh akan menyebabkan anda cepat lapar dan akhirnya mempunyai perut yang buncit.
#3. Lemak trans juga jadi punca terbentuknya lemak perut bawah
Lemak trans ialah sejenis lemak jahat yang merisikokan anda kepada pelbagai jenis penyakit.
Lemak trans banyak digunakan dalam industri produk makanan kerana ia boleh membantu memanjangkan hayat produk makanan.
Lemak trans banyak dijumpai dalam makanan yang diproses seperti biskut, nuget dan kek. Lemak trans menjadi antara penyebab utama perut anda menjadi buncit.
#4. Hidup yang pasif
Jika anda banyak duduk atau baring setiap hari tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, maka itu adalah jenis kehidupan yang pasif.
Gaya hidup yang pasif seperti ini sememangnya sangat tidak menyihatkan tubuh badan.
Ia menjadi antara punca obesiti yang paling utama.
Maka tidak hairanlah jika perut boleh menjadi buncit jika kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal yang lain.
#5. Makanan dan minuman yang tinggi gula jadi punca lemak perut bawah
Kita mungkin hanya mengenali gula dalam bentuk gula pasir secara fizikal sahaja.
Namun tahukah anda, ada banyak lagi makanan harian anda yang sebenarnya tinggi kandungan gula.
Ini termasuklah kek, yogurt berperisa, teh, kopi, kicap, sos dan lain-lain lagi.
Makanan tinggi kandungan gula seperti ini sememangnya diketahui boleh menyebabkan perut buncit.
Malah, ia juga boleh menyebabkan anda mengalami obesiti dan diabetes jika pengambilannya tidak dikawal setiap hari.
Cara untuk buang lemak perut buncit
Memandangkan anda sudah mengetahui punca-punca perut buncit seperti di atas, maka anda pasti ingin tahu cara terbaik buang lemak perut buncit.
Antara yang boleh anda lakukan ialah:
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula. Jika anda mengidam kepada makanan manis, ambil pilihan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan segar.
Banyakkan pengambilan makanan berprotein. Pastikan anda mengambil sama ada ikan, ayam atau daging setiap hari apabila anda ingin makan. Makanan tinggi protein juga menjadi cara terbaik untuk buang lemak perut buncit.
Kurangkan memakan makanan yang diproses. Banyakkan makan makanan sebenar dan kurangkan makan makanan yang diproses. Antara makanan yang perlu anda elakkan adalah seperti daging burger, sosej, nuget, makanan dalam tin dan makanan ringan.
Amalkan gaya hidup yang aktif. Pastikan anda melakukan aktiviti fizikal setiap hari seperti bersenam, bersukan, membersihkan rumah, berkebun atau lain-lain lagi.
Dapatkan tidur yang mencukupi. Pastikan anda mendapat tidur yang bukan sahaja mencukupi malah berkualiti. Tidur awal setiap hari supaya anda mempunyai cukup masa untuk mengecas tenaga diri anda.
Berhenti merokok. Merokok menjadi antara punca perut menjadi buncit. Oleh itu, kurangkan dan cuba untuk berhenti merokok. Ia bukan sahaja boleh membantu buang lemak perut buncit, tetapi mengurangkan risiko penyakit kronik.
Kesimpulan
Kini anda telah mengetahui punca-punca yang menyebabkan timbulnya lemak perut bawah.
Amalkan tip seperti yang telah dinyatakan untuk buang lemak perut buncit anda.
Membuang lemak perut seperti ini bukan sahaja mampu menguruskan badan, tetapi juga mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kronik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Amalan berpantang memang menjadi amalan tradisi masyarakat (wanita) melayu selepas melahirkan anak. Namun amalan berpantang yang ketat sebenarnya membahayakan si ibu dari segi fizikal dan emosi.
Ada pelbagai amalan seperti si ibu tidak boleh minum air yang banyak, tidak boleh mandi dan sebagainya. Amalan ini jika diamalkan boleh mengakibatkan komplikasi lain ketika berpantang. Ikuti perkongsian dari doktor ini.
Ini adalah uterus atau rahim. Gambar pertama ialah rahim wanita yang masih subur (pra-menopos). Gambar kedua ialah rahim wanita yang dah menopos. Perhatikan perbezaan saiznya.
Gambar 1: Rahim wanita pra menopos. Ia bersaiz 3 ke 4 x 2.5 inci.
Gambar 2: Rahim wanita pasca menopos. Ia bersaiz separuh dari rahim wanita subur. Nampak tak semakin tua bukannya rahim kita semakin mengembang tetapi semakin mengecut.
Jika wanita menopos mempunyai saiz rahim seperti wanita subur, ia adalah tak normal, malah boleh menandakan rahimnya berpenyakit (fibroid, kanser).
Jadi bagus kah wanita subur ambil suplemen mengecutkan rahim? Kan rahim kecut tu bermakna rahim yang dah menopos?
Rahim boleh mengembang hingga memuatkan sebesar-besar muatan (janin, uri, ketuban) sewaktu mengandung dan akan kembali ke saiz normal iaitu 3 x 2.5 inci dalam masa 6 minggu dengan sendiri.
Rahim boleh kembali kuncup ke saiz asal dan keluar bersih darahnya tanpa urutan, bertungku, jamu dan sebagainya. Itulah kehebatan organ ciptaan Tuhan.
Amalan seperi urutan, bertungku dan berbengkung hanyalah untuk memberi sokongan emosi kepada ibu selepas bersalin. Jadi ibu boleh berehat, terasa disayangi dan diberi perhatian.
Namun amalan berpantang yang ketat boleh menjadi pedang dua mata yang memberi tekanan emosi dan fizikal kepada ibu lepas bersalin.
Bukan itu saja, ia berpotensi membawa maut kepada ibu. Menyekat air minuman boleh menyebabkan dehidrasi dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan jamu boleh menganggu fungsi hati ibu dan bayi menyusu serta memburukkan lagi jaundis bayi.
Berbengkung terlalu ketat dan berbaring sepanjang masa boleh menyebabkan pembentukan darah beku seterusnya kematian mengejut.
Berpada-padalah.
Sokongan fizikal dan emosi untuk ibu adalah penting untuk mengurangkan risiko post partum depression dan post partum psychosis.
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.Memetik Harian Metro, Ketua...