Kesihatan

Susukan Bayi Luar Rumah Dianggap Tak Sesuai, Pakar Laktasi Jelaskan Niat Beri Anak Makan!

Share

Menyusukan bayi dengan susu ibu sememangnya dituntut sehingga anak berusia dua tahun. Semuanya kerana khasiatnya yang tidak ternilai.

Pun begitu menjadi kesukaran bila mana terpaksa menyusukan anak apabila keluar atau berada di luar rumah.

Pandangan masyarakat mengenai hal ini terutama kaum lelaki selalu disalah ertikan walhal semuanya untuk kepentingan bayi yang masih kecil dan kelaparan.

Kaunselor laktasi bertauliah, Pn Nad Masrom menyelar tanggapan sesetengah pihak yang sering memandang serong ibu menyusu di luar, terutama di khalayak ramai.


“Suami tak izinkan saya menyusu di luar walaupun pakai nursing cover sebab nampak lucah. Berikan saya semangat…”, luah seorang ibu kepada saya.

Jika suami TAK IZINKAN, isteri perlu hormat dan patuh kerana suami berniat menjaga kerhormatan isteri di luar dan saya yakin suami akan menyediakan bantuan dan bimbingan kepada isteri bagaimana dapat menyusukan bayi dengan selesa.

Tetapi melihat penyusuan itu sebagai LUCAH, sesuatu yang saya rasa tidak wajar kerana menyusu itu proses memberi makan kepada anak.

“Kalau aku jadi suami aku pun tak bagi isteri aku menyusu kat luar. Macam anjing…”

Ada suami yang menyamakan isteri menyusu kat luar macam anjing. Walaupun ada je haiwan mamalia lain yang lebih sedap didengar bila disebut seperti kucing, arnab, ikan paus, tapi tetap disamakan menyusu di luar tu seperti anjing.

Sebab apa? Untuk menghina perbuatan menyusu itu. Kita lihat semula soalan ibu. Ibu kata dia menyusu PAKAI NURSING COVER. Kalau yang tak tahu, nursing cover ni besar boleh jadi alas meja. Dan kalau kita ni tak tahu, memang rasa macam tengah selimut dengan kain besar.

Masih lucah? “Memanglah lucah, sebab otak lelaki ni dia fikir bukan-bukan…”.
“Lelaki ni sebut menyusu je dia dah bayangkan lain..”

Saya ulang semula konteks di atas. Ibu pakai nursing cover dan bukan dia war-warkan pun dia sedang menyusu. Tiada siapa yang nampak ‘apa berlaku di dalam’ melainkan kalau ada yang nak fikir se’dalam’ itu.

Sama juga seperti wanita yang berjubah, bertutup litup, yang dibayangi dengan bentuk tubuh yang menggiurkan di saat wanita itu dah berusaha bagi nampak mata sahaja, adakah salah wanita itu juga jika ada lelaki fikir sejauh itu?

“Kenapa nak menyusu merata? Hukum Islam bagi ke mak menyusu kat luar ni?”, tanya seorang lelaki yang guna fake account. Berkaitan hukum ni saya tak nak komen. Saya bukan orang yang ahli.

Cuma menjawab tentang, “Kenapa nak menyusu merata?” – merujuk kepada kehendak bayi bila nak disusukan bukan boleh ditangguh. Nursing room yang ada di pusat membeli belah pula kebanyakan jauh belaka dan tersorok.

Bila pakai pakaian menyusu, menutup elok dan ditambah dengan nursing cover, di mana kurangnya sehingga ibu tak dibenarkan menyusu untuk beri makan kepada anak?”Bagilah botol macam tu! Tak payah bagi direct…”

Botol tu satu pilihan. Kenapa nak dinafikan hak bayi tu menyusu dengan apa jua cara? Sebab tu saya katakan sebelum ni, penyusuan di Malaysia masih taboo.

Iklan double meaning. Menormalisasikan soft porn dalam cerita dan buku. Game l*cah, video l*ucah yang boleh diakses di mana-mana dan paling penting – AKHLAK & IMAN yang tipis – adalah punca kepada semua masalah ini.

Nak jayakan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia? Carilah cara untuk memahamkan fitrah bagi susu itu adalah proses beri makan dekat anak dekat semua orang.

Selagi mana kita taboo bila bercakap tentang penyusuan, selagi itulah ada sesuatu yang perlu dipulihkan.

Tengok orang seksi : NORMAL
Tengok mak menyusu : LUCAH?
Tepuk dada tanya iman.

P/s: Btw nak bagitahu, mungkin tengok gambar ni akan ingat saya menyusu. Tapi sebenarnya saya tak menyusu. Saya sembunyikan kepala anak saya yang mengenyit mata kepanasan sambil menunggu Fatimah terkedek-kedek kat belakang tu 😄.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM