Selepas bersalin, ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan bayi. Susu kolostrum memang nampak sedikit namun cukup untuk memenuhi keperluan bayi baru lahir. Ibu-ibu memang digalakkan untuk membuat penyusuan eksklusif kepada bayi sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama.
Lebih bagus penyusuan diteruskan sehingga usia anak-anak usia 2 tahun. Ia merupakan satu bonus yang bukan sahaja baik untuk anak-anak malah juga kepada ibu sendiri.
Bagaimanapun perjalanan penyusuan setiap ibu tidak sama. Ada yang memang susunya meriah dan banyak ada pula yang kurang. Walau apa pun keadaan ibu-ibu jangan putus asa. Teruskan memberi susu ibu kepada si kecil untuk khasiat yang tidak akan diperolehi daripada susu lain.
Susukan Bayi Selepas Bersalin
Perkongsian daripada Pembimbing Penyusuan, Puan Nor Azura tentang susu pertama ibu mungkin dapat membantu kekusutan dan keresahan ibu-ibu baru yang bakal melahirkan anak. Paling penting sebelum bersalin lagi ibu sudah ada perancangan untuk menyusukan anak-anak sehingga usia 2 tahun dan InsyaAllah yang lain akan dipermudahkan!
TUNGGU URUT DULU KAK……
‘Saya belum urut ni kak, boleh ke susukan bayi terus? Ingat tunggu balik nanti, baru tukang urut boleh datang urut adakan susu..’
Awak urut ke tak, susu tetap akan terhasil dan keluar untuk bayi atau kita panggil Fasa Laktogenesis, penghasilan susu ketika ini dipandu oleh hormon..
Cumanya awak tak nampak ia menitik-menitik,awak tak rasa payudara tu bengkak atau penuh sebab hari 1-4 adalah Fasa Susu Kolostrum,i a sedikit dan likat tapi mencukupi buat bayi yang baru dilahirkan.
Jadi lepas lahir tu paling utama adalah susukan bayi dahulu,bukan tunggu mengurut baru susukan bayi. Mengurut membantu untuk kita rasa lebih relax,bila body relax tak stress ia membantu melancarkan aliran susu.
Ada juga ibu yang luar kemampuan dia untuk mengurut dengan tukang urut dan mula risau akan ganggu penghasilan susu pula.
Ads
Kolostrum Memang Nampak Sedikit Tapi Cukup Untuk Bayi Baru Lahir
Ketahuilah, susu akan terhasil seperti biasa paling penting susukan anak dengan kerap. Boleh saja minta bantuan suami untuk urutkan belakang badan dan leher ibu, pasti sakit-sakit melahirkan tu terubatlah dapat layanan dari suami kan..
*Dan berhati-hati juga dengan tukang urut yang pegang-pegang terus kata ibu susu sikit,susu kering,keturunan tiada susu,susu jenis cair anak tak kenyang etc.
Ia tidak tepat sama sekali,kuantiti susu mahupun kepekatan susu bukan diperiksa dari sentuhan.
Untuk fahami bagaimana penghasilan susu sejurus bersalin, boleh baca:
SUSU TAK KELUAR MASA PREGNANT, PERLU RISAU TAK?
Wanita yang hamil kerap menjadi sasaran penjual milkbooster kononnya produk mereka harus diambil seawal si ibu hamil lagi bagi memastikan si ibu mampu menghasilkan susu atau penting untuk mereka mengambil produk tambah susu sejurus melahirkan.
Ads
Wanita yang saya kasihi,Tuhan menjadikan tubuh kita ni unik dan lengkap dengan sistemnya sendiri..Tuhan berikan kita hormon yang pelbagai dan tiap satunya ada fungsi di setiap fasa kita lalui.
Hormon Progesteron tinggi semasa kehamilan kerana ia diperlukan semasa proses ini dan ia berfungsi menghalang prolaktin untuk menghasilkan susu lebih banyak. Progesteron dirembeskan dari Plasenta atau Uri. Jadi,tak perlu risau jika anda sudah mencapai penghujung kehamilan, tapi susu masih belum keluar.
Kerana itu juga tidak hairan jika wanita hamil yang masih susukan anak, susunya boleh berkurangan atau kering walaupun demand vs supply diteruskan, ini kerana hormon kehamilan bertentangan dengan hormon menyusukan. Jika mahu menyusukan bayi hingga dua tahun, sila rancang kehamilan anda.
Apabila selesai proses melahirkan,uri juga sudah dikeluarkan. Ketika ini badan akan mengalami proses penurunan hormon Progesteron yang mendadak.T iada lagi penghalang bagi hormon Prolaktin untuk dirembeskan, iaitu Progesteron tadi.
Maka susu akan keluar juga untuk bayi anda walaupun anda tidak mengambil sebarang produk. Kuncinya, silalah susukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan. Ransangan dari mulut kecil bayi ini sangat Poweful, ia RANGSANGAN TERBAIK sekali bagi payudara anda.
Dia beri bayi kita mulut kecil mungil tapi sangat berkuasa untuk mengeluarkan susu dari payudara.
Ads
Dia beri kita proses hamil dan melahirkan,Dia juga berikan kita sistem dan hormon untuk tubuh kita menghasilkan susu secara semula jadi.
Hebatkan Sang Pencipta kita?
Jadi apa perlu kita buat semasa hamil?
Banyakkan membaca,hadiri kelas penyusuan,fahamkan proses kehamilan dan menyusukan.
Banyak lagi kita perlu belajar selepas bayi dilahirkan nanti.
Tarik suami sekali untuk sertai dan belajar sama-sama.
Alhamdulillah syukur pada Allah! Bayi yang alami pendarahan otak akibat kemalangan di lebuh raya PLUS Ipoh baru-baru ini kembali sihat dan telah dibenarkan pulang ke rumah. Bagaimanapun, rawatan susulan masih diteruskan untuk kecederaan yang dialami di beberapa bahagian badan.
Berkongsi perkembangan terkini Aqasha Alhaq, ibunya, Natasya Nadia memberitahu selepas lebih sebulan menerima rawatan, akhirnya Aqasha sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Alhamdulillah syukur anak kami Aqasha Alhaq bin Aiman Hazim dah discharge hari ni. Berakhir 36 hari di HRPB (3 hari di PICU & selebihnya di Wad Pembedahan Pediatrik) Terima kasih kepada keluarga kami, sahabat, pakar/doktor, staff nurse & semua yang membantu kami dari segi semua aspek.
Tak terbalas jasa dan doa anda semua. Rawatan susulan masih diteruskan setiap minggu di sini sehingga Aqasha Alhaq pulih seperti sediakala.
Keajaiban & kuasa yang Maha Esa menyelamatkan anak kami. Tak lupa juga untuk anda semua.
Ada yang tanya Aqasha masih meniarap ke? Sampai bila?
Ya masih meniarap untuk kurangkan najis masuk ke tempat tampal kulit(skin graft). Jadi bila meniarap najis akan turun ke depan. Tempat skin graft masih lembab (kawasan yang paling dekat dengan anus tu)
Kulit tu tengah struggled nak hidup sebab lembab tu. Kawasan atas dah kering dah. Aqasha boleh tidur mengiring jugak tapi kami bagi mengiring masa menyusu ja. Kalau malam tu memang meniarap sbb takut mama papa tak sedar bila dia berak. Setakat sekarang dia okay ja meniarap takda meragam jadi kami akan teruskan sampai betul-betul pulih skin graft tu.
Setiap minggu perlu ke klinik plastic untuk cuci & tengok perkembangan kulit tu.
Rupa tempat skin graft : pinggul kiri leper sebab dah operation 1st dah buang semua kulit mati & berparut.
Tulang peha (femur) yang patah tu macam mana?
Alhamdulillah tulang dah tumbuh semula (bercantum). Mungkin ada senget sikit tapi utk budak Doc ckp tak perlu risau. Masih ada appointment lagi 3 minggu untuk x-ray balik dengan pakar ortho.
Pendarahan dalam kepala?
Lagi 3 minggu akan jumpa semula dengan pakar neurologi. Buat masa sekarang tak da tanda-tanda yang abnormal. Alhamdulillah.
Aqasha aktif gerakkan kaki dia sendiri jadi maksudnya sakit tu dah berkurangan jadi Doc cadangkan ubat tahan sakit makan bila perlu saja.
Boleh dukung macam biasa tapi kena berhati-hati. Selagi tak menangis maksudnya dia okay. Balik rumah tak ada meragam langsung, baik sangat. MasyaAllah.
Kami sekeluarga masih di Meru, Ipoh (rumah mentua) & belum balik ke Putrajaya sebab esok papa Aqasha akan operation yang sama macam Aqasha : skin grafting di tangan kanan.
Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anaknya selamat bergelar isteri pada pasangan pilihan hati. Apa yang lebih mengujakan lagi daripada perkara tersebut adalah bila bergelar seorang nenek buat kali pertama.
Penyanyi lagu Kad Ucapanmu, Noorshila Amin berkongsi berita gembira anaknya Nadia telah selamat melahirkan anak pertama pada Isnin yang lalu.
Berita tersebut sekaligus menukar status Noorshila kepada seorang nenek buat cucunya yang pertama di usia 56 tahun.
Meskipun kapsyen yang ditinggalkan cukup pendek, jelas keterujaan dan rasa gembira Noorshila atas kelahiran cucu perempuan pertamanya itu.
Dalam posting yang dimuat naik itu juga, Noorshila mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran tersebut.
Dalam gambar yang menutup gambar cucunya dengan emoji, Noorshila berkongsi anaknya Nadia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.30 malam Isnin dengan berat 3.2kg.
“No caption. Coz m so happy..,” tulisnya ringkas bersama beberapa tanda pagar pada kapsyen gambar tersebut.
di samping itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, penyanyi era tahun 80-an ini terkenal menerusi beberapa lagunya yang menjadi siulan ramai. Antaranya Kad Ucapanmu, Aku Sudah Jatuh CInta dan juga Rambu Ramba.
Tahniah buat Noorshila Amin yang kini dah bergelar nenek. Semoga cucunya membesar dengan mendapat kasih sayang melimpah ruah daripada Uwannanny yang glamor ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 29 Februari merupakan hari yang sangat unik bagi masyarakat di seluruh dunia Uniknya, tarikh yang muncul empat tahun sekali ini atau dikenali sebagai tahun lompat memberikan tambahan masa 24 jam dalam kalendar. Fenomena ini berlaku kerana orbit Bumi mengambil masa kira-kira 365.25 hari untuk melengkapkan putaran mengelilingi matahari.
Fakta Unik Anak-anak Yang Lahir Pada 29 Februari
Sambut Hari Jadi 4 tahun Sekali
BERIKUT DIKONGSIKAN FAKTA UNIK ANAK-ANAK YANG LAHIR PADA TAHUN LOMPAT:
1. Mereka yang lahir 29 Feb adalah sangat ‘rare’
Anak yang lahir pada tanggal 29 Feb adalah sangat jarang, iaitu sekitar 0.068 peratus. Di dunia, hanya ada sekitar 4.1 juta kelahiran pada tarikh ini.
2. Terpaksa meraikan ulang tahun kelahiran di hari lain
Kebanyakkan anak yang lahir pada 29 Feb disebut sebagai ‘leapling’ atau ‘leapers’. Ia kerana mereka perlu menunggu setiap 4 tahun untuk meraikan ulangtahun kelahiran. Rata-rata mereka menyambut hari lahir pada 28 Feb atau 1 Mac pada tahun bukan tahun lompat.
3. Rasa lebih disayangi
Memiliki cahaya mata yang lahir pada 29 Feb biasanya akan merasai banyak emosi yang dirasakan menjelang ulangtahun kelahirannya yang akan tiba. Jadi, lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan menantikan tarikh ini, membuatkan mereka lebih disayangi dan menjadi lebih perhatian. Ini fakta unik buat mereka yang lahir 29 februari, “4 tahun sekali sambut hari jadi!”
4. Rekod tiga generasi lahir 29 Feb
Menurut Guiness World Records, satu-satunya keluarga yang memiliki tiga generasi berturut-turut lahir pada 29 Feb adalah keluarga Keoghs, daripada datuknya 29 Feb 1940, kepada si ayah 29 Feb 1964 dan juga cucu 29 Feb 1996.
5. Melahirkan tiga anak pada tarikh 29 Feb dalam satu keluarga
Ini pun unik apabila keluarga Karin dan Henry Henriksen memiliki tiga anak yang semuanya dilahirkan pada 29 Feb iaitu anak sulung, Heidi lahir 29 Feb 1960, Olav 29 Feb 1964 dan Leif-Martin, 29 Feb 1968. Keluarga ini juga telah mencipta rekod dunia untuk kelahiran ini.
6. Ibu dan anak perempuannya lahir pada 29 Feb
Michelle Birnbaum dari Saddle River, New Jersey lahir pada 29 Feb 1980 dan 28 tahun kemudian, beliau melahirkan anak bernama Rose, pada 29 Feb 2008.
Sekadar info, Bumi mengambil masa selama 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat untuk melengkapkan putarannya mengelilingi matahari. Disebabkan kelebihan jam ini, maka satu hari tambahan diberi pada bulan Februari untuk setiap 4 tahun, maka terhasilkan tahun lompat dan 29 Februari.
FAKTA RAKYAT MALAYSIA YANG LAHIR PADA TAHUN LOMPAT:
*Seramai 19,026 rakyat Malaysia dianggap bertuah dan unik berikutan mereka menyambut ulang tahun kelahiran empat tahun sekali pada tahun lompat. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah itu direkodkan Malaysia sejak tahun 1912 hingga 2020.
*Individu berusia 51 tahun ke atas paling ramai lahir pada 29 Februari dengan data direkodkan seramai 4,465 orang.
*Individu berusia 31 hingga 40 tahun pula menduduki tangga kedua dengan 3,827 orang lahir pada tarikh itu diikuti 3,624 individu berusia 11 hingga 20 tahun.
*Seramai 2,836 individu berusia 21 hingga 30 tahun lahir pada tahun lompat.
*Seramai 2,353 individu berusia setahun hingga 10 tahun.
*Seramai 1,921 individu berusia 41 hingga 50 tahun.
*Dari segi pengiraan umur, menurut JPN, individu yang lahir 29 Februari akan dikira peningkatan umurnya pada tarikh 1 Mac pada tahun biasa.
*Tiada pengecualian proses atau dokumen bagi individu yang lahir pada tahun lompat untuk sebarang urusan di JPN. Bagi urusan di mana-mana agensi selain JPN, ia tertakluk kepada prosedur agensi terbabit.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.