Susulan perbuatan dua guru yang mengasari kanak-kanak di bawah jagaan mereka di sebuah tadika di Ayer Keroh, yang videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, polis mengesahkan tangkapan sudah dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, mengesahkan dua guru terbabit berusia 21 dan 40 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Tangkapan itu dilakukan sejurus pengurus tadika yang berusia 40 tahun membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu selepas menerima video tersebut yang dipercayai dirakamkan dan disebarkan oleh seorang pekerja yang sudah berhenti kerja dari tadika berkenaan 1 Ogos lalu.

“Pengadu percaya kejadian ini berlaku dalam masa dua minggu lalu dan terkilan dengan tindakan pekerjanya yang mengasari anak didik selain tindakan pekerja yang merakam dan menyebarkan tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan pihaknya di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

IKLAN

Video berdurasi 0.37 saat dan 2.12 minit itu mula tersebar di aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu yang memaparkan seorang guru mengasari kanak-kanak dengan menampar seorang kanak-kanak hingga terjatuh dari kerusi selain turut menampar kanak-kanak lain.

Selain itu, perbuatan kejam dua individu berkenaan turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Susulan Penahanan Guru Tadika Di Melaka, Ibu Bapa Mohon Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh

IKLAN

Ibu Ayah Kena Peka  

Sebagai peringatan bersama, perkongsian dari Afnan Rosli yang cukup terkesan dengan perbuatan dua guru tersebut ada benarnya demi keselamatan anak.

Cuba bayangkan kalau orang buat anak kita macamtu. Orang lempang hempuk anak kita.

IKLAN

Saya terpikir, apa agaknya perasaan budak2 ni setiap pagi nak di hantar ke Taska ni ye? Mesti rasa macam kena hantar pegi penjara

Layanan waktu kecil macam ni sangat-sangat beri kesan pada budak sebenarnya. Sampai ke tua memory ni akan terkesan dalam jiwa dan otak mereka. Kepada ibu bapa, please, please, pleaseeee laaa! Siasat betul-betul tempat yang nak tinggal anak tu. Siasat betul2-betul siapa yang nak mengasuh anak kita tu.

Buat spotcheck sekali sekala pergi buat lawatan mengejut. Bincang dengan pengurusan taska minta pasang CCTV yang semua parents boleh access pada phone. Bukan tak ada jual. Murah je sistem tu. Kita duduk di Office boleh tengok apa jadi kat anak.

Bukan apa. Kesan luka fizikal budak boleh sembuh seminggu dua. Tapi Kesan LUKA EMOSI & MENTAL tu akan kekal sampai ke tua. Fobia dan trauma tu akan terkesan pada budak.

PLEASE la. Bukan sekali dua jadi benda ni. Dah banyak sangat dah kes ni. Pengurusan taska pun, cari pekerja tu yang betul-betul suka budak, ada sifat kasih sayang sikit. Bukan yang desprate looking for job sebab nak duit je.

Sumber: Sinar Harian & Afnan Rosli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI