Susunan Anak Dalam Keluarga Pengaruhi Perangainya. Ibu Ayah Jangan Pelik Kalau Ada Anak Kuat Memberontak!

Share

Susunan anak dalam keluarga tidak disangka-sangka memainkan peranan penting dalam pembentukan dirinya anak. Tapi bagaimana ia berlaku?

Dr Taufiq Razif berkongsi info yang mungkin tidak diberikan perhatian oleh sesetengah ibu bapa. Info tentang anak kedua yang selalu diabaikan ini mungkin ramai yang terlepas pandang tapi sangat mustahak untuk ditangani dari awal.

Paling membimbangkan ialah jika ia tidak ditangani awal, efeknya boleh membawa ke masa depan, hingga anak dewasa!

Menurut Dr Taufiq, penemuannya tentang info anak kedua ‘rebellious’ dan perlukan perhatian sama rata agar tidak terabai. Berikut ialah perkongsian beliau;

BETUL KE ANAK NOMBOR 2 SELALU DIABAIKAN?

Tiba-tiba je entah kenapa hati saya jadi sebak teringatkan anak kedua saya ni, Muhammad Solahuddin.

Saya perasan sesuatu. Dia agak ‘ rebellious’ akhir akhir ini. Ye, memberontak! Bila saya kaji kaji balik, bukan sebab tak cukup kasih sayang tapi sebab kasih sayang yang diberikan tu tak seimbang.

Solahuddin ni anak kedua. Di atas ada kakak, di bawah ada adik. Perhatian dan kasih sayang saya mungkin ada 100% untuk mereka tapi 34% pada si kakak, 34% kepada si adik tapi pada anak yang di tengah cuma 32% je lah!

Rupanya betul, ada kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency : Evidence from Denmark and Florida pun menyebut bahawa anak kedua ni mungkin akan bersifat REBELLIOUS!

Mengikut kajian tu lagi, anak kedua ni akan mengalami masalah di sekolah 25% – 40% melebihi anak yang sulung!

Kenapa? Sebab anak kedua ni biasanya akan dapat KURANG PERHATIAN ( less attention) dibandingkan kakak dan adiknya yang lain!

Sebak!

Ya Allah. Ampuni lah kekhilafan hambaMu ni Ya Allah.

5 CARA UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN PERHATIAN KEPADA ANAK KEDUA

Bila dah sedar, insyaAllah kita boleh topup balik emosi anak yang sedang lopong tersebut. Caranya adalah :

  • banyakkan kembali eye contact dengan anak kedua
  • banyakkan kembali sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun ubun anak tu sebelum dia tidur
  • bagitahu anak kita dengan jelas kalimat I LOVE U ataupun MAMA SAYANG KAMU!
  • kalau bergurau dengan anak sulung, kena bergurau sekali anak kedua dan adik adiknya
  • ajar la ilmu ni pada suami sekali sebab suami la ketua dan kapten rumahtangga. Kalau isteri je bersungguh tak menjadi juga.

p/s : Fuh. Kesilapan ni nampak je sederhana tapi efek pada anak boleh bawak sampai ke usia dewasa!

Sumber: Dr Taufiq Razif, www.theproparenting.com

Published by
Azma ML