Selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Februari lalu, pelakon Ezzaty Abdullah tampil berkongsi nama untuk anak keduanya.
Tidak perlukan nama yang panjang, sebaliknya Ezzaty dan Azwan sepakat memilih nama ringkas namun punya makna yang baik.
Melalui Instagramnya semalam, pelakon yang sering meninggalkan kesan mendalam dalam lakonannya ini berkongsi nama putera sulungnya sambil berkongsi potongan maknanya.
“AHMET BIN MOHD AL AZWAN.
“Semoga empunya nama ini akan menjadi anak yang soleh, mengharumkan nama keluarga dan agama, berbakti pada ramai manusia, baik budi pekerti, tegas berbicara, disegani, dihormati dan menghormati, kaya dunia & akhirat, dan disayangai ramai,” tulisnya di Instagram.
Sama seperti nama Ahmad, makna Ahmet juga terpuji, sama seperti nama Muhammad, Nabi Muhammad SAW.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan isteri kepada Azwan Kombos ini juga turut sama menitipkan doa untuk bayi lelaki kesayangannya itu.
“Doa ibu untuk Ahmet akan berterusan hingga hujung nyawa ibu. Amin,” tulisnya di Instagram.
Rata-rata pengikut Ezzaty turut memuji pilihan nama ringkas tapi bermakna itu.
“Sweet & simple. Semoga sentiasa menjadi anak yang berbakti dan menyenangkan ibu & ayah dunia akhirat.”
“Alaaa..comelnya nama Ahmet.”
“Masyaallah cantiknye name baby. Semoga baby Ahmet sihat selalu dan semoga menjadi anak soleh buat ibu dan ayah.”
“Assalamualaikum Ahmet. Moga jadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah ye.”
View this post on Instagram
Terdahulu, Ezzaty selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu tepat jam 3.53 pagi.
Menarik: Macam Nak Pengsan Tahan Contraction, Ezzaty Abdullah Syukur Dapat Rasa Nikmat Bersalin
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI