Bagi mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan bukanlah satu hal yang mudah. Jika isteri membuat keputusan untuk berdiet selepas melahirkan anak, suami haruslah turut sama menyokong penuh hasrat isteri. Ada baiknya suami ikut sekali berdiet, barulah isteri rasa lebih bersemangat untuk berdiet.
Lain pula kisahnya dengan isteri ini, Darina Sekeri yang membantu suaminya menurunkan berat badan idea. Dalam tempoh satu tahun sahaja, suaminya berjaya turun 20kg malah bertukar dari saiz XL ke S. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sebegini jika tidak disokong oleh pasangan. Menariknya demi mencapai tujuan ini, isteri sama-sama berdiet malah menyediakan resipi diet buat suami tercinta. Nak tahu apa jenis resipinya?
Setelah berjaya membantu suami saya lost 20kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal kami suami isteri.
Menu Ayam Dan Ulam
Saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare. Ayam atau ikan goreng saya guna airfryer (tanpa minyak).
Nasi tu nampak putih je, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak makan letak budu. Letak sikit tak ada masalah. Asalkan ada rasa.
Bekal Ikan & Ulam
Ni selera orang kampung. Kang kata eat clean orang kata salah pulak sebab makan budu.
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap tu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh. Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula).
Kena juga bersenam untuk badan fit. Baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Ulam Dengan Ikan Rebus Air Asam
Menu Ikan Rebus Dan Ulam
Terdapat 22 resipi ringkas tapi sihat lain yang dikongsikan oleh pasangan ini di facebooknya. Tak salah untuk kita mencuba asalkan menu ringkas dan sihat semacam ini.
Tak dapat banyak, turun 2 hingga 3 kg sudah cukup memadai buat si isteri. Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan suku suku separuh seperti yang disarankan oleh KKM.
Tip:
- Sayur wajib ada. Ulam lagi senang sebab tak payah masak. Berkhasiat pulak tu.
- Ayam atau ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak).
- Bukan eat clean tapi makan cara sihat. Bagi ada rasa sikit-sikit tak apa.
- Amalkan sukatan suku-suku separuh yang disarankan KKM.
- Air dan minuman manis kena stop.
- Sekali sekala makan karipap tu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh. Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula).
- Kena juga bersenam untuk badan fit supaya badan tak menggelebeh.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI