Keibubapaan

Sweetnya Ucapan Fattah Pada Fazura, Bila Dapat Me Time Dengan Fatima

Share

Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Fattah Amin menarik perhatian ramai peminatnya di media sosialnya. Fattah memuatnaik video bersama anak tunggalnya Fatima berserta kapsyen ringkas penuh makna.

”Thank you mommy bagi chance daddy dating dengan Fatima.”

UCAPAN TERIMA KASIH

Bintang filem Pendekar Awang & Tok Gajah ini memberi ucapan ringkas dan penuh makna untuk Fazura di media sosial kerana memberinya peluang membawa Fatima disebuah taman permainan ‘in door’ namun lokasi tidak dinyatakan di mana.

Peminat Luah Rasa Hati Dan Berdoa Pasangan Ini Temui Kebahagiaan

Melihat video dan kapsyen penuh makna Fattah, ramai peminatnya menitipkan doa agar mereka kembali bahagia. Ada juga meluahkan terharu melihat Fatima bersama ayahnya tanpa ibu.

 

 

Apa pun kita doa baik-baik untuk pasangan ini.

Published by
Nor Yusoff