Syabas! BCNP Anjur Webinar Bincang 23 Topik Penyusuan Susu Ibu, Beri Impak Yang Hebat

Share

Pada 11-18 September yang lalu, Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) Malaysia telah mengadakan Program “4th ANNUAL CONFERENCE : THE ARTS AND SCIENCE OF BREASTFEEDING 2nd TELECONFERENCE (TASB) 2021”. Program ini merupakan kali yang keempat pada tahun ini dan telah bersiaran secara atas talian untuk kali yang kedua menggunakan aplikasi Zoom akibat pandemik Covid-19.

Menariknya program ini adalah kerana ia melibatkan 23 penceramah hebat dan dua daripadanya merupakan panel antarabangsa. Sebanyak 23 topik berkaitan penyusuan susu ibu telah dibincangkan sebanjang webinar ini.

Antara ringkasan topik yang dibawakan oleh para penceramah adalah seperti vaksin Covid-19, cabaran pandemik, penyusuan untuk bayi pra matang/bayi kembar/bayi sumbing dan bayi istimewa dengan kelainan otot mulut. Selain itu, webinar ini turut membincangkan topik yang menjadi kegemaran ramai seperti emosi dan depresi, kanser payudara dan struktur susu ibu.

Tambah menarik, turut terdapat topik-topik yang dekat dengan hati para ibu seperti makna tangisan bayi dan bahasa bayi, panduan menulis di laman sosial, rawatan cetusan laktasi, masalah berat badan bayi, perkhidmatan kaunseling penyusuan secara online serta rawatan untuk Mastitis dan Breast Abscess.

Barisan penceramah yang terlibat sepanjang webinar berlangsung adalah seperti:

– Dr Hairin Anisa Tajudin (Pakar Pediatrik & Laktasi (IBCLC) Pusat Rawatan Adda)
– Pn Nurdiana Mohd Rasid (Pengarah HBM Breastfeeding Centre)
– Pn Nurul Shahira Ahmad Maswah (Terapis Cara Kerja)
– Assoc. Prof. Dr Karleen Gribble (Adjunct Associate Professor)
– Dr Zurraini Arabi (Pensyarah Senior Perubatan)
– En Shahir Shamshuddin (Pegawai Sains Pemakanan)
– Dr Tan May Loong (Pensyarah Senior, Timbalan Dekan Untuk Penyelidikan)
– Dr Tan Ee Ping (Konsultan Obstetrik & Ginekologi)
– Assoc. Prof. Dr Zaharah Sulaiman (Pensyarah Perubatan dan Konsultan Laktasi)
– Dr Nurjasmine Aida Jamani (Pakar Perubatan Keluarga & Pensyarah)
– Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib (Konsultan Tangisan Bayi)
– Dr Nurul Azreen Hashim (Konsultan Psikiatri & Pensyarah Senior)
– Dr Ezura Madiana Md Monoto (Pensyarah & Konsultan Perubatan Keluarga)
– Dr Ning Desiyanti Soehartojo (Konsultan Laktasi)
– Assoc. Prof. Dr Puteri Shafinaz Akmar Abdul-Rahman (Associate Professor)
– Dr Siti Norhazlin Mohd Said (Ketua Jabatan & Pakar Pergigian Pediatrik)
– Dato’ Dr Zuraidah Abd Latif (Konsultan Pediatrik & Neonatal)
– Pn Surainee Wahab (Pengarah Persatuan Nutrisi & Laktasi Malaysia (PELAKSANA))
– Dr Zilal Saari (Pensyarah Senior)
– Pn Siti Mariam Ali (Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan))
– Dr Ahmad Ridzuan Rahman (Pengasas Shahirah Wellness Centre & SWC Health Care)
– Dr Khalid Iqbal (Pakar Neonatal & Konsultan Laktasi)
– Prof Dr Zamri Radzi (Profesor)

Webinar ini mensasarkan kakitangan barisan hadapan, pemilik mahupun pekerja di pusat jagaan ibu berpantang, tukang urut ibu bersalin atau terapis serta kaunselor penyusuan dan laktasi di bawah pelbagai institusi. Ini berikutan kumpulan ini meruapakan yang paling dekat dalam berurusan dengan ibu selepas bersalin, berpantang dan menyusukan bayi. Syabas kepada BCNP di atas kejayaan webinar mereka ini!

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Emy H