“Syahid Akhirat Untuk Sarah, Insyallah Ganjaran & Kemuliaan Allah SWT Di Akhirat Kelak” – Imam Muda Asyraf

Share

Perjuangannya bukan sedikit. Berjuang melawan jangkitan virus Covid-19 malah berjuang pula melahirkan bayi yang dikandungnya. Kehilangan yang turut dirasai oleh semua.

Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, akibat COVID-19 sebagai syahid akhirat.

Imam Muda Asyraf menjelaskan, selain virus COVID-19, faktor Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak, membolehkan pemergian penyanyi kesayangan ramai itu tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat.

Sama-samalah berdoa agar Allahyarham Siti Sarah beroleh syahid akhirat”

“Syahid terbahagi kepada tiga peringkat iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia serta syahid akhirat. Syahid kategori pertama ini hanya untuk mereka yang terkorban dalam medan peperangan fisabilillah.

“Syahid kedua iaitu syahid dunia adalah untuk mereka yang pada zahirnya terbunuh dalam peperangan, tetapi sebaliknya, diselubungi nawaitu yang tidak jujur atau dipaksa.

“Syahid ketiga iaitu akhirat apabila kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya.

“Dalam kes Siti Sarah, Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan virus COVID-19 dan baru melahirkan anak. Maka, kita boleh kata Allahyarhamah tergolong dalam syahid akhirat,” katanya berkongsi.

Malah kata Imam Muda Asyraf lagi, individu yang tergolong dalam syahid akhirat akan diberi ganjaran dan kemuliaan Allah SWT di akhirat.

“Jenazah mereka diuruskan seperti biasa. Cuma diberikan kemuliaan khusus di akhirat nanti.

“Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham tergolong dalam syahid akhirat,” katanya.

Terdahulu, Imam Muda Asyraf juga mengetuai majlis bacaan Yassin terawal sebaik Allahyarham Siti Sarah di masukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

 

Selepas lebih 48 jam bertarung nyawa, Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.

Menarik: Dia Bersama Shuib Ketika Shuib Tidak Ada Apa-Apa, Seorang Yang Baik & Sentiasa Taat Pada Suami, Pemergian Sarah Dirasai Sahabat

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: Berita Harian Online 

Published by
SRM