Beberapa hari lepas, Syamsul Yusof telah memuat naik posting dengan ucapan ulang tahun perkahwinan kelimanya buat isteri tercinta. Berterima kasih kepada Puteri Sarah kerana menjadi isteri yang baik dan taat, Syamsul turut mengucapkan terima kasih kerana isterinya telah melahirkan anak lelaki yang comel, Syaikhul Islam, buat menghiasi perkahwinan mereka.
Turut mengingati pesanan isterinya tentang Syaikhul yang menjadi harta sebenar buatnya, Syamsul mengatakan dia tidak lupa dengan pesanan Sarah.
IKLAN
Katanya lagi, dia tidak mampu membalas segala pengorbanan isterinya cuma mampu berdoa agar Sarah mendapat keberkatan dan syurga Allah SWT di akhirat nanti. Syamsul turut melahirkan rasa sayang kepada isteri dan anak mereka selamanya.
Hari ini, Syamsul turut berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak kedua mereka iaitu Summayah binti Mohd Syamsul. Dilahirkan pada jam 3.30 petang semalam. Bersama postingnya itu, Syamsul turut memuat naik foto anak perempuan mereka. So adoreable!
Pa&Ma ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana telah dikurniakan bayi perempuan. Selamat berpantang Puteri Sarah dan kami doakan anda dan baby sihat selalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu kandungkan kamu 9 bulan. Sakit lahirkan kamu ibu rasa sekejap saja, begitu mudah lahirkan kamu. Walaupun ibu kena induce sakit ibu sekejap saja. Kamu lahir hari Jumaat waktu pagi ya Allah sungguh indah.
Kehadiran kamu disambut keluarga tetapi kematian kamu seluruh Malaysia mendoakan untuk kamu Sumayyah. Seindah nama kamu Sumayyah. Ya Allah kau telah kurniakan 1 kurniaan mu yang tak ternilai untuk-Ku iaitu aku melahirkan anak syurga ini dalam rahim Ku Ya Allah.
Ibu halalkan setiap titis susu ibu dekat kamu Sumayyah selama 2 tahun. Ibu abah rindukan kamu. Kamu selalu dalam hati ibu dan abah. Tarik ibu dan abah ke syurga Allah 1 hari nanti ya Sumayyah. Ibu yang melahirkan kamu Sumayyah. Ibu masih terasa pelukan pertama kamu dengan ibu.
Ya Allah sesungguhnya kau Maha Besar Lagi Maha Berkuasa. Aku terima ini takdir Ku. Walaupun pahit pasti ada manisnya nanti. Saat kamu menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan ibu dengan berlumuran darah ibu akur Sumayyah. Kamu harta yang tak ternilai ibu ada di dunia ini Sumayyah. Tidur malam tanpa kamu amat pahit sebab kamu tak pernah berpisah dengan ibu. Ibu cuma ada bantal, selimut kesayangan kamu. Senyum ketawa kamu ibu tak lupa Sumayyah.
Sumayyah Nak Pergi Jumpa Nenek
Begitulah perasaan seorang ibu, Nur Daliia Yusoff, 28, apabila anak sulungnya meninggal dunia apabila dilanggar kereta yang sedang mengundur di halaman rumahnya.
Menerusi laporan Utusan Online, kata-kata Annur Sumayyah Syabandi, 3, yang ingin pergi ke pangkuan neneknya yang telah meninggal dunia 10 bulan lalu menjadi kenyataan apabila anak syurga ini maut dilanggar sebuah kereta yang mengundur dalam kejadian di Rumah Panjang, Tanjung Tokong dua hari lalu.
Menurut Daliia, Sumayyah memberitahu, dia ternampak arwah neneknya sehari sebelum kejadian itu dan ingin pergi bersama-sama neneknya itu.
“Ibu saya meninggal dunia kira-kira 10 bulan, lalu, Sumayyah beritahu dia nampak arwah panggil dia dari atas semalam dan dia mahu pergi ke pangkuan ibu saya.
“Saya tidak sangka Sumayyah benar-benar pergi seperti mana ibu, kami kebumikan Sumayyah di sebelah kubur ibu,” katanya.
Pemandu Tertekan Pedal Minyak
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, Annur Sumayyah maut akibat terkena bahagian belakang kereta Proton Saga yang merempuh bahagian depan rumah panjang itu selepas pemandunya tertekan pedal minyak ketika sedang mengundur kenderaan itu.
Nor Dallia yang kini sarat mengandung lapan bulan berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah manakala anak sulungnya itu berada bersama bapanya, Yusoff Chik, 54, di halaman rumah.
“Saya bergegas keluar sebaik sahaja mendengar bunyi dentuman kuat sebelum ternampak anak saya di tengah jalan manakala bapa saya juga cedera di bahagian tangan dan mengalami bengkak di kaki akibat dihempap pagar kayu,” katanya.
Reda Pemergian Anak
Dalam pada itu, Nur Dallia berkata, dia reda dengan pemergian Sumayyah. Wanita berusia 35 tahun yang melanggar anaknya adalah kenalannya sendiri yang datang ke rumah untuk melawatnya setelah lama tidak berjumpa kerana dia sebelum ini tinggal di Kuching, Sarawak.
Pada saya dia tak mungkin nak buat macam itu, bukan niat dia, Allah SWT dah letak takdir anak saya begini, saya reda,” katanya.
Demi anak tersayang, selebriti, Fazura dan Fattah Amin membuat keputusan membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya, Fatima Aisya bercuti ke luar negara. Ini berikutan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak.
Menerusi perkongsian Fazura, dia memuat naik sekeping gambar memaparkan berita luar negara yang melaporkan tentang penyebaran virus Omicron.
Kata Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, demi keselamatan puteri kesayangannya, dia sekeluarga tidak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat.
“Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya,” tulisnya.
Perkongsian Fazura yang bertindak bijak tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara untuk bercuti turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Beliau meninggalkan komen ringkas dengan meletakkan emoji tanda bagus seperti memuji tindakan yang dilakukan Fazura dalam melindungi keluarga tersayang.
Selain Noor Hisham, ruangan komen hantaran pelakon dan usahawan itu juga dibanjiri ratusan respons daripada rakan artis dan peminat yang bersetuju dengan tindakannya.
“Ya, lebih baik duduk rumah,” kata Nad Zainal.
Hujung November lalu, dunia sekali lagi diancam bahaya apabila berlakunya penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang menular ke banyak negara di seluruh dunia.
Keadaan tersebut membimbangkan masyarakat dunia susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian Omicron sebagai Variant of Concern (VOC) yang diklasifikasikan lebih berbahaya dan cepat merebak.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mulai 1 Mac 2019 , ibu bapa dengan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan tahun satu pada tahun 2020/2021 sudah boleh isi borang permohonan pendaftaran sekolah di public.moe.gov.my.
Ada yang beritahu, mereka tidak faham istilah dalam buku rekod imunisasi anak-anak kerana ditulis singkatan sahaja berbanding borang atas talian yang diisi penuh nama jenis imunisasinya (Rujuk Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3).
Untuk memudahkan ibu bapa, Jururawat Terlatih, Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah menerangkan maksud satu-satu huruf di dalam buku REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN (Pink = Perempuan, Biru = Lelaki).
BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
DTap
D – Difteria
T – Tetanus
P – Pertusis
DT
D – Difteria
T – Tetanus
* Ni isi kat ruang dos tambahan.
Hib
Haemophilus Influenzae type B.
MMR
M – Measles
M- Mumps
R – Rubella.
MR
M – Measles
R – Rubella
* Ni isi kat ruang dos tambahan
JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
Anda perlu tahu:
Bagi anak-anak yang lahir pada 2013 dan 2014, ruang dos 2 untuk MMR itu tidak perlu diisi kerana HANYA jadual imunisasi baru yang dikeluarkan pada 2016 mempunyai MMR dos 2 (Rujuk Gambar 4)
Dalam rekod atas talian, setiap imunisasi MEMANG diasingkan satu demi satu dan tarikh setiap imunisasi diberi adalah SAMA. Ramai yang keliru disini tapi jangan pelik pula bila tarikh yang akan diisi adalah sama bagi setiap set imunisasi.
Dos tambahan dan BOOSTER adalah dua benda yang SAMA.
Semoga posting ini memberi manfaat kepada ibu-bapa yang akan mendaftarkan anak-anak untuk sesi kemasukan tahun 1 pada 2020 dan 2021.