Teruja! Itulah perkataan yang boleh digambarkan oleh anak-anak pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang membawa dua anak mereka ke Tanah Suci.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syatilla dan Sam dilihat membawa dua cahaya matanya melihat Kaabah buat pertama kali ketika berada di Tanah Suci, Mekah.
Dapat dilihat wajah Sarima dan Syeriz cukup teruja kala apabila berpeluang melihat sendiri Kaabah di depan mata.
Pada perkongsian tersebut, Syeriv dilihat memakai pakaian lengkap ihram manakala Sarima pula berpakaian labuh serta berhijab.
“Mata anak-anak memandang Kaabah buat pertama kali.
Ads
“Tak sangka betul. Selalu mereka tengok secara langsung di televisyen, itu yang teruja sangat,” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mencemburui rezeki anak-anak pasangan itu yang dapat melihat Kaabah di usia yang muda.
Ads
Ibu kepada Sam yang juga pelakon, Khaty Fauziah meluahkan rasa syukur dengan keberadaan Sam sekeluarga di Tanah Suci bersama anak-anaknya.
Sam dan Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Aaisyah Dhia Rana siapa yang tidak kenal dengan anak dara Rozita Che Wan atau Che Ta ini bukan. Menginjak usia 9 tahun, Aaisyah memang gemar bergaya. Apa sahaja yang digayakannya sentiasa mencuri pandangan.
Setiap gaya yang ditampilkannya menarik perhatian ramai terutama ketika beraksi persis seorang model. Sama seperti ibunya, gadis kecil ini bijak mengatur langkah ketika berada di depan kamera.
Aaisyah Dhia Rana Anak Dara Che Ta Persis Macam Model
Aaisyah ternyata menjiwai watak dan menunjukkan riak wajah seperti model berpengalaman sedangkan dia baru berusia sembilan tahun.
“Ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. Tak boleh cari makan ibunya nanti,”
Jom kita jamu mata antara gaya comel Aaisyah Dhia Rana.
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Berbeza dengan festival kanak-kanak yang dibawakan Pa&Ma sebelum ini, Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 cukup meriah dengan penyertaan dari lebih 50 buah tadika serta menghimpunkan lebih daripada 2,000 pengunjung.
Mari Mewarna Merdeka! Sebagai pembuka tirai festival, kesemua murid-murid dari taska dan tadika ini terlebih dahulu menyemarakkan acara dengan Perbarisan Cilik Mega yang menghimpunkan lebih 1,000 kanak-kanak sebelum berarak masuk ke ruang pentas utama untuk acara Mari Mewarna Saya Anak Merdeka!
Kesemua anak-anak cilik ini tampil cukup segak dan cantik dengan pakaian bertemakan kemerdekaan. Masing-masing memilih warna bendera Malaysia iaitu merah, biru, putih dan kuning.
Anak-anak kecil ini ternyata menunjukkan kepakaran masing-masing dan begitu leka mewarna bertemakan Saya Anak Merdeka!
Perasmian Edutainment Fest 2024 Meriah Sementara anak-anak mewarna, acara yang ditunggu-tunggu iaitu Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 dilancarkan di pentas utama. Pengacara cantik manis, Uyaina Arshad mengemudikan majlis perasmian ini sambil disaksikan oleh ribuan pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa yang turut sama menyokong anak-anak.
Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh En. Syamil Fahim, Ketua Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan YM Tengku Khairil Azwan Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn Bhd/Ketua Pelaburan PKNS.
Lima anak-anak comel diiringi ke pentas utama untuk sama-sama memecahkan kek sebagai acara simbolik pelancaran majlis. Lima orang kanak-kanak yang mempunyai masa depan gemilang turut dilantik sebagai Hero Cilik Simpan SSPN 2024 yang memulakan perjalanan pendidikan mereka melalui simpanan di Simpan SSPN.
Majlis perasmian cukup meriah ini juga turut dihiburkan dengan persembahan Umai, anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang turut membawakan beberapa buah lagu bagi menghiburkan semua.
Merdeka Marathon Catwalk, Meriah Dengan Warna Pada sebelah petangnya pula, kanak-kanak tadika ini berpeluang beraksi comel di pentas utama untuk Merdeka Marathon Catwalk. Lengkap dengan baju dan busana bertemakan Hari Merdeka, kesemuanya tampil cukup berwarna-warni.
Masing-masing mempamerkan aksi catwalk yang pelbagai dan comel disamping rekaan baju yang cukup cantik-cantik belaka.
Pertandingan Mewarna Saya Anak Merdeka! Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mewarna, Saya Anak Merdeka yang mengumpulkan lebih 200 orang kanak-kanak.
Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemerdekaan yang unik.
Borak Pa&Ma, Syamel & Ika Nabella Kongsi Tip Menyimpan
Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Puan Suhailin Sharul Anuar yang merupakan Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Koporat PTPTN serta tidak ketinggalan dua orang selebriti popular, Syamel dan Ika Nabella yang turut berkongsi tip menyimpan masa depan untuk anak-anak mereka.
Bayi Marathon Latih Fizikal Anak Kecil Berbeza dengan Pertandingan Bayi Merangkak sebelum ini, Pa&Ma kali ini membawakan Baby Marathon yang mana melibatkan tiga ujian fizikal buat anak-anak comel ini seperti melalui terowong kecil, mendaki landasan tinggi serta mencari barang tersembunyi.
Konsert Meletop Bintang Kecil Meriah Potensi dan bakat anak-anak kecil di tadika ini sekali lagi dicungkil bila mana kesemuanya tampil beraksi comel di pentas utama.
Masing-masing membawakan nyanyian, lakonan dan puisi serta sajak bertemakan hari merdeka. Anak kecil ini tampil dengan pelbagai busana comel dan menyerlahkan bakat dan keberanian mereka di pentas.
Konsert penuh meriah dan mendapat sorakan pengunjung ini diadili oleh tiga juri iaitu En. Ahmad Shahril Ghazali, Pengurus PTPTN cawangan Kuala Lumpur, Dr. Tengku Asmadi, Pakar Motivasi & Perkembangan Kanak-Kanak serta selebriti Mark Adam.
Gerai Jualan Pelbagai Acara dua hari ini juga turut meriah dengan penyertaan pelbagai jenama kanak-kanak yang sama-sama berjualan. Antaranya termasuklah Jungle Gym, Little Gym, Klinik Dr Anitawaty, Joie serta yang pastinya booth dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menarik perhatian ramai ibu bapa.
Acara petang Ahad diakhiri dengan Putaran Mega yang menyenaraikan hadiah cabutan yang cukup lumayan kepada semua pengunjung.
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gambar famili Intan Salleh, gelagat anak ketiga curi perhatian, "Nanti dah besar biar dia tengok muka dia nangis." Intan nampak cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak. Gelagat anak-anak mencuri perhatian warga maya.