Pelakon Syatilla Melvin menyangkal dakwaan dia kini sedang mengandung anak kedua selepas gambar yang memperlihatkan bahagian perutnya seperti sedang hamil menjadi perhatian peminat.
Syatilla menerusi Instagram sebaliknya menjelaskan bahagian perutnya kelihatan besar kerana kesan tiupan angin ketika gambar tersebut di ambil.
Dalam pada itu, semalam menerusi kapsyen berbeza, Syatilla turut berkongsi video detik dia melahirkan anak sulungnya, Syeriv pada 9 Mei tahun lalu dengan peminatnya.
Kongsinya, dia seperti tidak percaya anak kesayangannya itu sudah berusia setahun kerana masih terasa luka jahitan melahirkannya.
“Hari ini 9 Mei 2018 satu Malaysia cuti sambut hari jadi anak ibu. Alhamdulillah setahun dah @syerivsamheizy, nyawa ibu, bapak.
“Kecil-kecil dah jadi tauke baju melayu, @matyip_official, mat yip tau dak, luka jahit ibu ni duk terasa nyilu lagi yip oi!
Ads
“Besaq dah anak ibu, dah lama ibu sama bapak tunggu awak. Anak, membesarlah dengan sempurna, sihat tubuh badan dan penuh kasih sayang,” katanya.
Luahan Syatilla itu turut menyentuh perasaan apabila dia memberitahu dia menghadiahkan tenaganya untuk menjaga Syeriv sehingga kanak-kanak itu dewasa.
Ads
Katanya lagi, sebagai ibu dia tidak meminta sebarang balasan cuma cukup sekadar anaknya itu menghormatinya dan bapanya sehingga ke akhir hayat mereka.
“Kalau ada duit lebih bila besaq nanti bagi la, jangan kemut! Masa tu mungkin ibu hang sakit lutut, sakit tumit tak boleh berjalah dah.
“Bapak pulak mungkin kepala lutut dah tiada, masa tu, bapak tengok ibu, ibu tengok bapak. Tak boleh p ke mana dua-dua ekoq. Oklah sayang,HAPPY BIRTHDAY SYERIV SAMHEIZY NYAWA DUNIA AKHIRAT,” tulisnya lagi.
Sumber: Instagram syatillamelvin & mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa macam baru je isteri kepada Youtuber terkenal dan juga pengarah muda, Syahmi Sazli melahirkan anak kedua. Pejam celik, pejam celik, dah sebulan lebih usia Khabib Umar.
Anissa Faizul yang bersalin 3 Julai lalu telah berkongsi gambar anak lelakinya ketika sesi photoshoot mereka sekeluarga.
Dengan hanya menulis kapsyen ringkas, ‘Keluargaku, Syurgaku’ dah dianggap lengkap kehidupan keluarga kecil ini dengan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Dalam pada itu, Anissa juga menitipkan doa buat anak lelakinya supaya membesar menjadi anak yang soleh serta adik yang baik untuk kakaknya.
“Assalamualaikum aunties & uncles. Doakan Khabib Umar sentiasa diberikan kesihatan yang baik & menjadi anak yang soleh untuk ibu & baba.
“Termasuklah menjadi adik yang tersangat baik untuk kakak, Ainul Mardhiah.
“Semoga Allah SWT merahmati & taburkan kebahagiaan dalam keluarga kami selamanya,” kongsi Anissa.
Menerusi ruangan komen, masing-masing menyatakan, Khabib Umar sebiji ikut muka Syahmi. Mungkin lepas ni, kalau Anissa bersalin lagi baru ikut mukanya.
“Comeynyaaaa❤️ Kembar baba sangat ni hehehhe cumeyy🥰🥰”
“Muka Syahmi ni semua eii tapi comel 😍 Moga sihat selalu semua”
Ibu bapa mana yang tidak mahu si kecil mereka kelihatan sihat dan gebu? Bagi mereka, ini merupakan indikator bahawa bayi mereka sedang membesar dengan baik. Namun begitu, apa yang perlu dilakukan jika bayi anda terlalu kurus jika dibandingkan dengan bayi lain?
Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 6 tip menggemukkan bayi yang terlalu kurus.
#1. Beri bayi minum susu ibu
Secara semulajadinya, susu ibu merupakan sumber makanan utama untuk bayi. Susu ibu mempunyai nutrisi semulajadi yang sepatutnya sudah mencukupi untuk tumbesaran bayi.
Sebagai ibu, anda seharusnya memberi susu badan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau ketika bayi itu lapar. Jika bayi mempunyai masalah untuk minum susu secara terus dari payudara ibunya akibat kondisi pra matang atau bibir sumbing, perah susu badan anda ke dalam botol susu. Jika si ibu pula yang mengalami jangkitan pada puting (mastitis), segera dapatkan rawatan doktor.
#2. Beri bayi minum susu formula
Sebagai alternatif buat bayi yang tidak mahu menyusu badan atau si ibu sibuk bekerja, anda boleh pertimbangkan untuk memberi bayi susu formula. Sebenarnya, susu formula juga berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tidak jauh beza dengan susu badan. Selain itu, susu formula dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan bayi sekaligus meningkatkan berat badan bayi.
Jika anda masih was-was mengenai pemilihan susu formula yang terbaik buat si kecil anda, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik mengenai jenis susu formula khusus yang paling sesuai buat bayi anda.
#3. Tenangkan bayi segera jika menangis
Meskipun agak tidak logik, bayi yang kerap menangis cenderung mengalami kesukaran untuk naik berat badan. Ia adalah sama kesannya seperti bayi lapar atau tidak cukup tidur. Untuk menenangkan bayi, anda boleh mendukung, memeluk dan mengusap badannya dengan lembut. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, anda boleh cuba membedung bayi menggunakan kain.
#4. Jaga waktu tidur bayi
Aktiviti bayi yang baru lahir hanya makan dan tidur. Ia merupakan kombinasi dua perkara yang dapat membantu menaikkan berat badan bayi. Bayi yang normal akan tidur selama 16 jam sehari. Oleh itu, ibu bapa perlu merancang jadual si kecil anda dengan sebaiknya agar waktu tidur dan waktu minum susu mereka adalah teratur setiap hari. Bagi memastikan bayi tidur lebih selesa, sediakan katil bayi yang selesa dan selamat daripada sebarang bahaya.
#5. Jaga kebersihan kulit bayi
Kebersihan kulit bayi amat penting bagi si kecil untuk mereka berasa lebih selesa sepanjang harinya. Ia juga penting untuk membuat mereka lebih seronok dan tidak membuat perangai apabila tiba waktu tidur atau waktu minum susu. Ini sekaligus dapat membantu menaikkan berat badan mereka secara semulajadi. Caranya, pastikan mereka selalu memakai pakaian yang lembut, kering dan bersih bagi mengelakkan kulit gatal. Selain itu, kerap mandikan bayi dan hindari daripada menggunakan produk kulit bayi secara berlebihan bagi mengelakkan infeksi dan iritasi.
#6. Jaga pemakanan bayi
Akhir sekali, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah jaga pemakanan si kecil jika bayi sudah boleh makan makanan pejal. Antara jenis makanan yang boleh diberikan pada bayi untuk menggemukkan bayi adalah:
Produk tenusu seperti susu penuh lemak, yogurt atau keju. Gandum penuh seperti roti, pasta atau nasi. Sayur-sayuran dan buah-buahan berkalori tinggi seperti kesemua sayur hijau, pisang, pear dan avocado
Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi perhatian sepenuhnya terhadap si kecil anda jika mereka terlalu kurus dan memerlukan lebih nutrisi dan khasiat. Jika berat badan bayi anda masih tidak menaik meskipun sudah berbagai cara dilakukan, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sebetulnya.
Sharing is caring. Mommy yang ada masalah anak tak naik berat badan atau sembelit boleh refer sini yee
Senarai 20 makanan penambah berat bayi
===========================
1. Susu segar full cream
2. Susu soya
3. whole cream yoghurt (bukan yang berperisa)
4. Cheese
5. Pisang
6. Millet
7. Avocado
8. Sweet potato
9. Telur
10. Kentang
11. butter
12. Ghee
13. Peanut butter
14. minyak zaitun
15. kekacang
16. VCO
17. kacang kuda
18. Dal
19. kacang merah
20. Oat
Ibu-ibu yang pening berat anak tak naik-naik boleh cuba makanan dalam senarai di atas itu.
Nak sentuh sikit no 18..mungkin kita dekat Malaysia jarang kenalkan dhal dekat anak-anak. Ye la kita pun makan dhal cicah roti canai je kan. Tapi dekat India seawal usia 6 bulan dia orang dah kenalkan dhal dekat baby.
Selain dari membantu naikkan berat badan kacang dhal juga tinggi kandungan kalsium dan protien. Orang-orang yang mengamalkan diet vegetarian di India, ni la sumber utama protein mereka.
Kacang dhal jugak bagus untuk sistem pencernaan dan dapat elakkan sembelit. Tinggi kandungan serat, sumber vitamin C, mengandungi flavoneid, zat besi yang mana sangat bagus diambil oleh orang-orang yang ada masalah anemia atau bayi yang ada masalah HB.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa. Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya adalah berkhasiat dan sesuai untuk setiap fasa hidupnya.
Sekiranya anda masih bingung sama ada patut mulakan makanan pertama bayi atau makanan pejal sekarang atau tidak, ikuti perbincangan lanjut ini. Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat berguna untuk membantu anda menentukan adakah si manja anda telah bersedia untuk makanan pertama bayi.
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi anda sewaktu 4 atau 6 bulan pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, susu ibu dan susu formula mencukupi untuk membekalkan jumlah pemakanan dan kalori yang diperlukan anak anda. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan anak anda masih belum cukup berkembang. Oleh itu, pepejal atau sebarang jenis makanan lain adalah dilarang.
Selain itu, menurut American Academy of Pediatrics, anda hanya patut memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin anak anda merasakan makanan pejal lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut. Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekaligus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:
Waktu memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bergantung kepada anda dan keperluan anak anda. Jika bayi anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.