Pelakon Syatilla Melvin menyangkal dakwaan dia kini sedang mengandung anak kedua selepas gambar yang  memperlihatkan bahagian perutnya seperti sedang hamil menjadi perhatian peminat.

Syatilla menerusi Instagram sebaliknya menjelaskan bahagian perutnya kelihatan besar kerana kesan tiupan angin ketika gambar tersebut di ambil.

Syatilla Nafi Hamil Anak Kedua, Ucapan Hari Lahir Untuk Anaknya Buat Peminat Tersentuh Hati

“Ting ting tang ting tara ting taka ting tang ting… #angintiupbagihint #sezzysengbalikcepat #manadamengandung #ituanginlaaaaa,” tulisnya.

Dalam pada itu, semalam menerusi kapsyen berbeza, Syatilla turut berkongsi video detik dia melahirkan anak sulungnya, Syeriv pada 9 Mei tahun lalu dengan peminatnya.

Harini 9/5/2018 satu malaysia cuti sambut birthday anak ibu?alhamdulillah setahun dah @syerivsamheizy nyawa ibu bapak♥️kecik2 dah jadi tauke baju melayu? @matyip_official ,mat yip tau dak,luka jahit ibu ni duk terasa nyilu lagi yip oi???besaq p dah ank ibu.dah lama ibu sama bapak tunggu awak?anak,membesar lah dengan sempurna,sihat tubuh badan dan penuh kasih syg.ibu hadiahkan anak ibu tenaga ibu hari2 jaga mat yip sampailah mat yip besaq!ibu xmintak balasan apa2, cuma ingat dan hormatlah ibu sama bapak awak ni sampai bila2.kalau ada duit lebih bila besaq nanti bagi laa,jgn kemut??masa tu mungkin ibu hang sakit lutut sakit tumit xbuleh bejalan dah,bapak pulak mungkin kepala lutut dah xdak??masa tu,bapak tgok ibu,ibu tengok bapak.tak buleh p kemana dua2 ekoq??ok lah syg,HAPPY BIRTHDAY SYERIV SAMHEIZY NYAWA DUNIA AKHIRAT?♥️ @shaheizy_sam

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

IKLAN

Kongsinya, dia seperti tidak percaya anak kesayangannya itu sudah berusia setahun kerana masih terasa luka jahitan melahirkannya.

“Hari ini 9 Mei 2018 satu Malaysia cuti sambut hari jadi anak ibu. Alhamdulillah setahun dah @syerivsamheizy, nyawa ibu, bapak.

Syatilla Nafi Hamil Anak Kedua, Ucapan Hari Lahir Untuk Anaknya Buat Peminat Tersentuh Hati

“Kecil-kecil dah jadi tauke baju melayu, @matyip_official, mat yip tau dak, luka jahit ibu ni duk terasa nyilu lagi yip oi!

IKLAN

“Besaq dah anak ibu, dah lama ibu sama bapak tunggu awak. Anak, membesarlah dengan sempurna, sihat tubuh badan dan penuh kasih sayang,” katanya.

Syatilla Nafi Hamil Anak Kedua, Ucapan Hari Lahir Untuk Anaknya Buat Peminat Tersentuh Hati

Luahan Syatilla itu turut menyentuh perasaan apabila dia memberitahu dia menghadiahkan tenaganya untuk menjaga Syeriv sehingga kanak-kanak itu dewasa.

IKLAN

Katanya lagi, sebagai ibu dia tidak meminta sebarang balasan cuma cukup sekadar anaknya itu menghormatinya dan bapanya sehingga ke akhir hayat mereka.

Syatilla Nafi Hamil Anak Kedua, Ucapan Hari Lahir Untuk Anaknya Buat Peminat Tersentuh Hati

“Kalau ada duit lebih bila besaq nanti bagi la, jangan kemut! Masa tu mungkin ibu hang sakit lutut, sakit tumit tak boleh berjalah dah.

“Bapak pulak mungkin kepala lutut dah tiada, masa tu, bapak tengok ibu, ibu tengok bapak. Tak boleh p ke mana dua-dua ekoq. Oklah sayang,HAPPY BIRTHDAY SYERIV SAMHEIZY NYAWA DUNIA AKHIRAT,” tulisnya lagi.

Sumber: Instagram syatillamelvin & mstar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI