“Syukur Ainul Dah Sedar Sepenuhnya. Tak Lagi Bergantung Mesin Ventilator.”

Share

Setelah seminggu dirawat di hospital, kesihatan adik Ainul Mardhiah kini semakin baik dan banyak perubahannya.

Bapanya, Ahmad Safiuddin menjelaskan daripada fasa kritikal sebelum ini, nampak perkembangan Ainul sangat positif dan dia kuat atas izin Allah dan rawatan yang diberikan oleh doktor dan jururawat.

Menurutnya, Ainul kini sudah sedar sepenuhnya dan tidak lagi bergantung pada mesin ventilator.

“Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100%. Bacaan darah dia hampir normal semuanya. Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan. Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik.

“Sehingga bila, itu terpulang pada Doktor. Doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat je.
Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah.

“Ainul ni sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ni. Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.

“Kalau tak ada yang ingin menderma darah, di mana lah hospital nak cari darah-darah untuk pesakit ni,” kongsinya.

Sementara itu, Ahmad Safiuddin turut memaklumkan  lepas je Ainul sedar dari ditidurkan, dia tak tidur semalam dari siang hari. Malam tadi saya jaga Ainul di wad, pukul 2am baru tidur. Pukul 5.30am dia dah bangun.

“Ni sekarang turn mama dia pulak jaga, walid balik rumah jap tidur. Petang nanti walid datang balik.

“Bila kita ada anak yang tak sihat ni, suami isteri perlu sama sama ambil tanggungjawab. Berkomunikasi dan selalu bertolak ansur. Mudah mudahan Allah SWT bantu lancarkan urusan kita,” katanya.

Perkongsian walid Ainul itu buatkan ramai yang berasa lega dan mengucapkan syukur dengan perkembangan ini. Doa dan kata-kata semangat terus dititipkan buat Ainul agar kembali sihat seperti biasa tanpa apa-apa kesan sampingan lain.

Kredit: FB Ahmad Safiuddin

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy