Syukur Ainul Sedar Lepas Bedah. Ramai Doktor Kiriman Allah Di Sebalik Rawatannya Di UK

Share

Bayi kecil yang mengalami kanser Germ Tumor Cell, Ainul Mardhiah telah pun tersedar daripada pembedahan membuang ketumbuhannya yang berlangsung selama 5 jam. Subhanallah!

Bapanya, Ahmad Safiuddin dalam postingnya di Facebook memberikan perkhabaran gembira bayinya itu telah pun sedar. Turut dikongsikan wajah Ainul selepas dibedah dari posisi hadapan.

Anak kecil yang berusia 10 bulan itu kini mendapat rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di London masih berada di unit rawatan rapi dan hanya akan dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya semakin baik.

Ainul dah sedar, alhamdulillah 

Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk make sure Ainul betul-betul ok sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.

Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ye semua ?

RAMAI YANG TERLIBAT DALAM SEPANJANG RAWATAN AINUL

Selain itu, bapa tabah ini mendedahkan ramai yang terlibat sepanjang rawatan anaknya di UK selain daripada Dr Amalina Bakri.

Ramai doktor yang disifatkan ‘doktor kiriman Allah’ yang turut sama memberikan sokongan sepanjang usaha rawatan Ainul di Malaysia & UK. Ahmad Safiuddin dan isteri berasa amat terhutang budi.

Selain Dr Amalina, Ainul juga ada aunty-aunty barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga. Mereka semua adalah Doktor doktor yang hebat!

Special thanks to Dr Jaseem ( Avisena ) and Dr Guna ( SJMC ) yang merupakan Doktor dari Malaysia yang menguruskan transfer Ainul dari Malaysia ke London.

Tugas mereka sangat berat kerana perlu memastikan Ainul selamat ketika dalam perjalanan ( penerbangan 13 jam ). Alhamdulillah, doktor berdua ini dapat hantar Ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya

Dan, Dr Razin ( Medical Director MAS ) yang bantu untuk membenarkan ainul lepas untuk menaiki flight. Dr Razin and team Mas banyak juga ambil tempat dalam menjayakan Ainul ke London. Special thanks dekat Pilot yang bawa ainul termasuk crew cabin yang banyak bantu kami di atas flight!

Setibanya kami di London, kami sekeluarga telah dijemput oleh Dr Fahja ( Anaes, UK ), Dr Najmiah ( anaes, UK ), Prof Dr Faridah ( Lect, UK ) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil dari MAS London.

 

Sepupu saya dari Malaysia juga turut menemani kami dari Malaysia, Dr Ruhaiza dari Hospital Melaka.

Mereka ini adalah kakak kakak kami di sini. Mereka bantu uruskan dari segi penginapan, makanan, dan sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat buat kami suami isteri.

HANYA DIMINTA FOKUS KEPADA AINUL SAHAJA

Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, sentiasa memudahkan urusan kami. Mereka hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada Ainul sahaja, the rest mereka uruskan. Baik sungguh hati!

Walaupun mereka semua sibuk dengan kerja dan keluarga masing masing, tapi sentiasa curi masa untuk bersama kami dan Ainul di hospital.

Kami sangat-sangat gembira dengan Allah bila DIA telah kirimkan kepada kami pelbagai jenis manusia yang baik hati supaya dapat memudahkan segala urusan kami di sini.

Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia; Encik Jeffri dan Dr Shafie.

Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua!

DOKTOR HEBAT KIRIMAN ALLAH

Bapa ini juga menyifatkan apa yang berlaku kepada anaknya itu adalah kasih sayang Allah dan asbabnya ialah doktor-doktor kiriman Allah.

Apa yang telah berlaku hari ini adalah kasih dari Allah swt.

Asbabnya adalah doktor doktor hebat kiriman Allah

Sebelum itu, Ahmad Safiuddun berkongsi mengenai pakar bedah (Craniofacial Consultant Surgeon), Mr Juling Ong yang terlibat dalam pembedahan Ainul Mardhiah.

Thank you Mr Juling Ong! ( Craniofacial Consultant Surgeon )

Mr Ong adalah orang paling kanan dalam rawatan ainul semalam. 

Dan dia sangat gembira tengok keadaan Ainul. 

Pagi tadi Ainul dah sedar dan di stabil. Tiada apa-apa komplikasi setakat hari ini. 

Tapi walaubagaimana pun, Ainul tetap diberikan ubat tidur supaya ainul dapat rehat. 

Luka pembedahan masih baru, dan semestinya ainul akan rasa sakit jika dia bangun. Jadi, mereka rehatkan ainul supaya dia lebih selesa. 

Terima kasih rakyat malaysia, keluarga dan sahabat sahabat baru sebab mendoakan Ainul.

TERHARU SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA

Bapa ini juga terharu dengan sokongan yang diberikan rakyat Malaysia sepanjang kisah Ainul diketahui umum & tular di media sosial.

Personally, saya walid kepada Ainul Aardhiah setuju dengan komen-komen yang sempat saya screenshot ini.

Sejak hari pertama viral, bermacam macam orang hubungi dan whatsapp saya.

Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak, tidak kira agama semuanya ambil berat terhadap Ainul.

Itu belum lagi orang yang tak ada duit, tapi berusaha juga bagi sumbangan kepada ainul ( walaupun saya berpuluh kali tolak penerimaan itu )

Sehingga jika ada page yang post tentang Ainul, kita akan dapat lihat keharmonian rakyat malaysia!

Tahniah semua rakyat Malaysia, doa anda telah dijawab oleh Tuhan! 

Kami suami isteri dan ainul sangat terhutang budi terhadap anda semua. Semoga Tuhan merahmati kita semua. Amin!

#ProudToBeMalaysian

Bapa berusia 24 tahun itu juga berkongsi rakaman skrin beberapa komen warganet pelbagai kaum & agama memberikan sokongan kepada Ainul

Sumber: Ahmad Safiuddin

Published by
Azma ML